Dalam artikel ini, aku akan dedahkan lima idea bisnes untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes dengan modal bawah RM1000. Untuk mulakan perniagaan dari zero ni sebenarnya bukan mudah sebab banyak faktor yang korang perlu ambil kira. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah masa, modal, tempat dan ilmu.
Tapi kalau dengar dari orang yang dah berjaya, kita jangan banyak fikir jika nak mulakan sesuatu bisnes. Kita langgar saja dulu. Kalau modal sikit, buat cara sikit. Ilmu dan lain-lain kita akan belajar dengan sendirinya nanti melalui pengalaman yang telah kita tempuh. Bukankah guru yang terbaik adalah pengalaman kita sendiri?
Baiklah.

Ini adalah jenis perniagaan yang aku dapat listkan untuk korang jika ingin mulakan modal di bawah RM1000.
1. Berniaga Burger

Burger adalah satu makanan yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut saja burger budak umur 5 tahun pun tahu. Jadi, untuk menjual burger di negara kita sudah tidak mustahil lagi.
Burger adalah satu perniagaan yang korang boleh bermula di bawah RM1000.
Apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk berniaga burger?
a. Roti Burger x 5 = RM25
b. Daging Burger x 3 = RM30
c. Sayur-sayuran (Salad, kubis) = RM50
d. Bahan penambah perisa (Ex: Sos, mayonis, kicap perisa ) = RM150
e. Bahan memasak (Majerin, gas) = RM100
Total semua sekali adalah lebih kurang RM355. Ini adalah anggran kasar untuk kita memulakan burger pada hari pertama. Cukup dengan ini dahulu untuk kita bermula. Dapat idea?
Untuk mulakan bisnes ni, aku syorkan untuk korang bermula di tapak pasar malam, pasar minggu atau kat mana-mana tempat orang lalu lalang. Mesti akan ada yang perut lapar.
Jika korang ingin mulakan perniagaan burger, boleh baca Panduan Lengkap Bisnes Burger yang ditulis oleh Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.
2. Bisnes Air Balang

Bestkan bila kita pergi ke bazar ramadhan pada bulan puasa bila lihat air berwarna-warni dalam balang? Setiap warna tu ada pelbagai perisa. Kecur air liur dibuatnya.
Warna kuning mungkin perisa jagung, warna merah perisa tembikai dan sebagainya.
Bisnes air balang juga adalah salah satu bisnes yang boleh kita mula di bawah RM1000.
Apa yang kita perlukan untuk memulakan bisnes air balang?
a. Balang x 4 (Untuk 4 perisa) = RM500
b. Gula x 5 = RM15
c. Air masak = RM2
d. Bahan-bahan lain = RM300
Total semua adalah lebih kurang RM800 sahaja. Untuk balang, korang mungkin boleh cari yang terpakai. Daripada survey, harga satu balang baru lebih harganya kurang RM150. Jika korang mencari yang terpakai, mungkin dalam sekitar RM50-RM100 sahaja untuk satu balang.
Lagi jimat kos anda bukan?
Untuk mulakan bisnes ni, aku syorkan untuk korang bermula di tapak pasar malam, pasar minggu atau mana-mana tempat orang lalu lalang. Kalau mereka dahaga, mereka pasti akan singgah beli.
Jika korang ingin tambah ilmu dalam bisnes air balang, boleh baca Panduan Lengkap Bisnes Air Balang yang ditulis oleh Mizan Sulaiman iaitu seorang pengusaha air balang di bazar ramadhan dan pasar malam.
3. Bisnes Bakeri

Bakeri atau roti adalah jenis makanan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat dan umur. Dengan teksture yang lembut dan mudah dikunyah, ia menjadi kegemaran tidak kira tua atau muda. Bahan yang diperbuat juga adalah bahan-bahan yang mudah untuk didapati di pasar raya.
Jadi, kenapa korang tidak mulakan saja bisnes ni sebagai permulaan?
Mari kita lihat dan buat kira-kira secara kasar apakah bahan yang diperlukan.
a. Tepung x 5 = RM30
b. Telur x 100 biji = RM50
c. Lain-lain bahan = RM300
Eh! Habis tu pengisar tepung dan alatan lain tak perlukan modal ke?
Ok. Macam ni. Apa yang saya beritahu ni adalah dengan mulakan bisnes apa yang ada di tangan. Gunakan saja apa-apa seperti pengisar tepung atau oven yang ada. Tidak perlu untuk beli baru semua tu.
Jika ada saudara mara yang baik hati, boleh cuba pinjam dengan mereka.
Bila bisnes kita sudah semakin naik, belilah peralatan sendiri atau upgrade yang lebih power.
Jika korang ingin menambah ilmu dalam bidang bakeri, boleh baca panduan di sini Panduan Lengkap Bisnes Bakeri yang ditulis oleh Nik Roslin Nik Men iaitu seorang pengusaha bakeri sambilan.
4. Bisnes Ice Blender/Cool Blog
Fuhh!
Makanan yang menjadi trend beberapa tahun lalu. Walaupun sudah kurang popular, sebenarnya ice blander/cool blog masih lagi mampu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.
Bisnes ini juga korang boleh bermula di bawah RM1000.
Apakah bahan yang diperlukan?
a. Pengisar Ice x 1 = RM360
b. Perisa x 10 Jenis = RM100
c. Ice Tongkol/Ice Cube = RM50
d. Hiasan (Jagung, manik, manisan) = RM200
Total untuk mulakan bisnes ini lebih kurang RM800 sahaja. Ini anggaran kasar yang telah saya buat.
Tempat yang sesuai untuk mulakan bisnes ini adalah depan pasar raya dan depan sekolah.
Pernah aku sembang dengan pengusaha cool blog di mana harga tapak sewa gerainya adalah RM4000/sebulan (tapak dalam pasarraya AEON, Seremban). Jadi, korang boleh bayang berapa yang dia dapat dalam tempoh sebulan untuk bisnes ice blender ni?
5. Bisnes Ais Krim

Ais krim adalah salah satu perniagaan yang laris di Malaysia jika korang buat kena dengan caranya. Antara faktor yang jadi penyebab kenapa jualan ais krim di Malaysia menguntungkan adalah kerana di negara kita ni beriklim tropika yang iklimnya sentiasa panas dan ada kalanya sejuk sikit.
Cuaca yang berubah-ubah menyebabkan tekak orang Malaysia ni nak makan benda yang sejuk, manis dan sedap.
Jadi, mari kita cuba kira berapa kos untuk memulakan bisnes aiskrim ni.
a. Mesin Aiskrim x 1 = RM500 (cari murah-murah kat Lazada/Shopee)
b. Roti = RM50
c. Kon Aiskrim = RM50
d. Lain-lain peralatan = RM400
Untuk aiskrim aku anggarkan cukup-cukup modal untuk RM1000 sebab mesin membuat aiskrim ni agak mahal juga. Sebenarnya ada yang harga sekitar RM2000-RM5000.
Tapi korang boleh cari kat Lazada atau Shopee yang murah punya.
Mulakan dari bawah.
Jika dah dapat untung banyak, boleh beli mesin aiskrim yang lebih mahal dan berkualiti.
Kalau korang nak ilmu pasal menjual aiskrim ni, boleh lihat Panduan Lengkap Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.
Kesimpulan
Apabila berbicara perihal memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, maka aku akan sentiasa teringat kisah pengasas Boon Siew Honda, mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang telah memulakan perniagaannya dengan membeli 11 unit bas dengan wang simpanannya RM 2, 000. Bas ini kemudiannya dibaikinya sendiri dan dijual dengan harga RM 12, 000 setiap satu.
Begitu juga dengan tokoh usahawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang memulakan perniagaan jual beli lembu dan kerbau seawal usia 19 tahun dengan hanya berbekalkan modal yang sangat kecil.
Nasihat aku, sekiranya modal kecil yang kita ada, maka mulakan dengan bisnes kecil. Pilih bisnes yang sesuai dengan diri kita. Jadilah seorang yang berjiwa besar agar permulaan yang kecil ini boleh menjadikan korang seorang usahawan yang berjaya.
Sebenarnya, kesemua perniagaan yang aku beritahu di atas ni korang boleh dapatkan peralatan di Usahawan.com. Di sana banyak peralatan untuk korang mulakan bisnes secara kecil-kecilan.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Leave a Reply