Aku, PKP dan Covid-19 (Part 2)

Aku sebenarnya malas dah nak ulas dan ceritakan pasal Covid-19 ni. Tapi tu la. Lagi aku buat senyap dan tak luah apa yang aku nak luah, sakit hati tu membuak-buak.

Dulu aku pernah up status di Facebook yang aku suruh belajar hidup dengan covid ni. Tapi ramai gila yang kecam aku. So, sebab aku malas nak bertekak dan sampaikan hujah-hujah aku sendiri, aku hide dulu status tu. Sampai waktu nanti, bila kebenaran dah tiba barulah aku buka balik status tu.

Kita sama-sama saksikan, samaada benar apa yang aku beritahu bahawa kita terpaksa belajar hidup dengan covid ni atau tak.

Ko nak tunggu sampai kes 0?

Boleh pergi mimpi.

covid19 Malaysia

Ok gais.

Kita ni dari awal tahun 2021 lagi rasanya PKP ni bermula. Lepas tu dalam bulan 3 ada kelonggaran sikit. Tu pun hanya rentas daerah saja. Kalau siapa nak rentas negeri pula, kena mohon di balai polis untuk rentas negeri.

Aku fikirkan tahun 2021 ni ada sinar baru untuk bergerak bebas. Tapi, lagi teruk dari tahun 2020.

Geng.

Kita ni dah mula tak boleh rentas negeri sejak awal tahun lagi.

Korang boleh bayang tak kes sehari-hari sekarang dah jadi berapa?

Terkini yang terbaru 11k, 12k dan 13k.

Kebodohan apa PKP kali ni?

Kalau dah PKP ni tak menjadi, so buat apa ko nak teruskan PKP?

PKP dah tak releven dah.

Aku tak faham dengan menteri yang ada sekarang ni.

Apa yang mereka fikir sebenarnya?

Apa misi mereka?

Apa agenda mereka?

Adakah dengan benda ni semua mereka dapat melengah-lengahkan masa untuk terus dan kekal berkuasa?

Berapa ramai yang mental disebabkan PKP?

Berapa ramai yang bunuh diri disebabkan PKP?

Berapa ramai yang bercerai berai disebabkan PKP?

Korang yang perut sentiasa kenyang takkan fikir semua benda ni melainkan korang ada sifat empati dalam diri terhadap orang yang terkesan dengan PKP.

Kes yang meningkat naik aku tak kata itu jumlah yang tipu.

Mungkin jumlah tu benar berdasarkan jumlah yang di swab. Tapi, apa faedah sekarang ni sampai orang yang tak ada gejala pun ko nak buat swab?

Kalau dulu ya la. Masa awal-awal covid. Sekarang ni dah hampir dua tahun dah. Ko still nak swab yang tidak bergejala?

Berapa lama yang ko hadapi pandemik ni?

Bukan sehari dua. Dah hampir dua tahun.

Ko tengok stadium masa musim EURO hari tu. Penuh gila orang. Bukan setakat penuh. Yang tak pakai mask pun ada. Aku dah cek statistik yang divaksin setiap negara. Nak kata mereka capai vaksin penuh pun tak juga.

Cara ko nak semak statistik yang dah divaksin berapa orang, boleh taip di Google Chrome “xxxxx vaccination rate”. XXXX tu korang gantikan dengan negara mana yang ko nak tengok. Kalau Malaysia, taip Malaysia.

covid19 Malaysia

Malaysia ni gila swab ke apa?

Menteri-menteri yang ada.

Jika ko nak tahu jumlah kes sebenar hari tu berapa, ko kena swab semua rakyat Malaysia ni 33 juta barulah ko tahu jumlah sebenar hari tu ada berapa orang positif.

Tapi ko mampu tak nak buat swab 33 juta tu?

Kalau tak mampu, jangan buat swab secara rambang macam di Selangor sekarang ni.

Faham maksud aku kan?

Ni duk kira kes sehari-sehari.

Tu yang dah swab.

Ko belum kira yang tidak diswab atau terlepas swab.

Jadi kiraan jumlah sehari yang kita duk kira selama ni adalah tidak tepat sebab nak tahu jumlah yang tepat sebenar kena swab semua rakyat malaysia 33 juta pada hari tu. Esok lusa baru keluar result dan itulah jumlah sebenar yang positif pada hari tu.

Ntah berapa kali dah aku ulang yang ni. Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan.

Pembaca-pembaca sekalian.

Untuk info korang, aku pun salah seorang frontliner di bawah KKM.

Aku pernah buat swab. Aku pernah jaga orang positif covid.

Bukan pernah la. Tapi masih sampai sekarang.

Di sini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku buat swab.

Dulu awal-awal pandemik melanda dulu, prosedur swab boleh dikatakan sangat menjaga SOP. Glove ditukar setiap kali swab orang lain. Lepas Tukar glove, sanitize pula glove tu.

Kalau aku tanya sekarang ni, berapa ramai yang betul-betul menjaga SOP swab sekarang ni seperti dulu?

Aku malas nak hurai panjang bab ni.

Cukup sampai situ.

Aku bukan nak pertikai SOP swab sekarang ni. Cumanya, jangkitan silang mudah berlaku dan buat swab secara besar-besaran ni aku rasa dah tak relevan lagi dah.

Lagi ko korek, lagi “mengamuk” la virus tu.

Jika korang yang pernah buat swab, mungkin korang faham apa maksud aku.

Kemudian. Aku ni pun dah jaga lebih beribu orang dah yang positif covid.

Apa kejadahnya bila aku tanya setiap yang aku jaga tidak ada apa-apa sakit pun. Sedangkan positif covid. Lagi aku nak percaya Covid-19 ni sangat “bahaya”?

Serius aku kecewa dengan pengurusan covid.

Sekarang ni kalau nak ikutkan, herd immunity atau imuniti kelompok kita dah pun capai. Bukan kena kira yang divaksin saja, tapi yang pernah positif pun kita kena campur kira sebab yang mana dah vaksin dan pernah kena covid, dalam badan mereka dah pun terbina antibodi untuk covid-19 tu.

Betulkan aku jika aku silap.

Tapi aku rasa tak silap dah.

Jika korang belajar ilmu perubatan, mana-mana kuman atau virus yang belum pernah menyerang dalam badan seseorang dan tiba-tiba kena serang, secara tak langsung dalam badan kita ni akan terbina antibodi untuk virus atau kuman tersebut.

So, apa lagi yang kita nak takutkan?

Korang boleh fikir tak apa yang Malaysia nak kejar sebenarnya sekarang ni?

Isu vaksin pula.

Kenapa yang dah complete dua dose vaksin, yang still positif pun kena pergi ke PKRC?

Sepatutnya yang dah complete dua dose, tak perlulah untuk pergi ke PKRC. Kuarantin je di rumah sendiri. Lagi ko nak kumpul ramai-ramai yang positif dalam satu dewan.

Sampai bila nak habis orang dekat PKRC tu kalau yang dah cukup dua dose pun still kena pergi ke pusat kuarantin kalau positif Covid.

Ada akal tak?

Apa yang ko nak takut kalau dah cukup 2 dose?

Serius aku tak faham. Ni salah satu jadi punca orang tak mahu ambil vaksin.

Dengan tinggal anak bini kat rumah. Suami pergi ke PKRC untuk kuarantin. Sedangkan suami dah complete dua dose.

covid19 Malaysia

Dan satu lagi aku nak pertikai.

Sepatutnya yang dah cukup dose vaksin ni, tak perlulah untuk di swab test lagi jika tak bergejala.

Bukan nak kata aku ni bijak buat tu ni. Cuma, korang boleh fikir sendiri banyak benda yang pelik-pelik. Arahan pelik-pelik.

Aku harap apa yang dibuat ni bukanlah demi kepentingan politik atau individu.

Mungkin korang setuju atau tak setuju dengan apa yang aku tulis ni.

Aku rasa sampai sini dulu luahan dan pendapat aku mengenai PKP dan Covid-19 ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top