Bagaimana cara bayar bil elektrik secara online? Bila aku buat research di Google, rupanya ramai juga yang buat carian macam mana nak bayar bil elektrik online ni.
Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online – Isi Utama
Cara #1: Bayar Bil Elektrik Melalui Maybank2u
Cara #2: Bayar Bil Elektrik Melalui CIMB Clicks
Cara #3: Bayar Bil Elektrik Melalui MyTNB
Baiklah. Jadi kali ni aku nak kongsikan pada korang macam mana nak bayar secara online dengan cara paling mudah dan ringkas.

Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online
Dalam tutorial ni aku akan gunakan tiga kedah cara pembayaran bil TNB secara online.
Mari kita lihat.
Cara #1 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui Maybank2u
Langkah 1 Mula-mula login akaun Maybank2u dan klik pada menu Pay & Transfer seperti yang ditunjukkan gambar di bawah.

Langkah 2 Lepas itu korang akan lihat paparan seperti di bawah. Klik pada menu Pay.

Ok di sini ada tiga petak korang kena isi. Pertama Pay From tu just pilih dari akaun mana korang nak bayar. Pay To pula sila pilih JomPay dan pada petak logo JomPay tu sila masukkan Biller Code. Biller code ni boleh di ambil dari resit bil eletrik korang.
Lepas sudah masukkan biller code tadi, klik enter.
Langkah 3 Dah klik enter kan tadi? Kemudian dia akan keluar satu popout seperti gambar di bawah.

Pada petak Ref-1 tu sila masukkan nombor akaun TNB korang. Yang ni pun boleh dapat dekat bil elektrik. Jangan salah masukkan pula nanti terbayar untuk orang lain. Huhu…
Kemudian, terus lompat ke Pay Amount. Sila masukkan jumlah bil di sini.
Klik tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions dan klik butang Pay.
Langkah 4 Langkah ini adalah untuk keselamatan iaitu masukkan nombor TAC untuk meneruskan pembayaran. TAC ni akan dihantar dalam telefon korang semasa mendaftar Maybank2u ni.

Klik request dan klik sahkan pembayaran.
Itu saja cara-cara untuk bayar bil elektrik online.
Cara #2 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui CIMB Clicks
Langkah 1 Login ke dalam akaun CIMB Clicks.
Langkah 2 Lihat pada menu sidebar, pilih Pay & Transfer »JomPAY.

Langkah 3 Kemudian, anda perlu isi biller code, ref-1, pilih dari akaun mana nak buat bayaran dan masukkan jumlah.

Untuk dapatkan Biller Code dan Ref-1, anda boleh lihat di bil TNB. Ia berada di bawah bil sebelah kanan. Kebiasaannya biller code adalah sama untuk semua.

Langkah 4 Kemudian, anda perlu klik yes pada terma dan syarat dan klik pada buatng make payment.


Anda perlu request terlebih dahulu nombor TAC di mana ia akan dihantar ke nombor telefon kita.

Jika dah terima nombor TAC, masukkan je dan klik pada butang Confirm.
Kalau pembayaran korang dah berjaya, korang akan terima mesej seperti berikut.

Siap!
Cara #3 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui MyTNB
Untuk bayar melalui applikasi myTNB, sebenarnya aku sudah buat satu tutorial yang khas sebab tak nak bagi korang nampak celaru. Boleh lihat tutorial cara bayar bil elektrik melalui akaun my TNB.
Namun di sini aku beritahu secara ringkas.
Langkah 1 Daftar akaun MyTNB
Langkah 2 Login ke akaun dan klik pada Pay Bill
Langkah 3 Pilih akaun yang nak dibayar dan klik sekali lagi pada Pay Bill.
Langkah 4 Akhir sekali pilih kaedah pembayaran dan buat bayaran.
Siap!
Manfaat Bayar Secara Online
Antara manfaat jika korang buat pembayaran secara online adalah
- Boleh bayar bila-bila masa dan di mana saja.
- Tak perlu keluar pejabat waktu kerja untuk urusan pembayaran bil.
- Jimat minyak motor atau kereta.
Kalau korang masih amalkan bayar secara walk-in di kaunter, korang patut ubah sekarang buat bayaran secara online pula.
Jika korang suka tutorial secara bervideo, boleh lihat tutorial yang aku hasilkan di bawah.
Kesimpulan
Dalam tutorial ini aku telah tunjukkan tiga cara bagaimana korang boleh bayar bil elektrik secara online tanpa perlu pergi ke TNB atau kiosk pembayaran lagi selepas ini.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
kalau bayar online kena bayar office hour atau anytime boleh bayar?
bayar online boleh bayar anytime… 🙂