Cara Bayar Zakat Online | Zakat ni adalah salah satu kewajipan yang perlu kita jalankan. Seperti yang sedia maklum, zakat ni ada banyak jenis. Sebagai contoh zakat pendapatan, zakat emas, zakat hasil dan banyak lagi. Tapi semua zakat tu hanya untuk orang yang layak membayarnya saja. Tapi, kalau sebut zakat fitrah, tak kira miskin kaya semua wajib bayar.

Baik. Kalau dulu-dulu kita nak bayar zakat, kita kena tunggu amil (pengutip zakat) barulah boleh bayar. Tapi korang tahu ke tak itu sebenarnya cara yang lama. Sekarang ni kita dah melepasi tahun 2020 jadi nak bayar zakat tu lebih senang iaitu dengan cara online je.

Jadi, tutorial kali ni saya nak tunjukkan bagaimana nak bayar zakat secara online je tanpa perlu jumpa amil.

Cara Bayar Zakat Online

Baiklah. Untuk tutorial bayar zakat online ni, saya akan gunakan bank daripada Maybank2u. Kalau korang ada apa-apa saja bank sekalipun, sebenarnya cara dia lebih kurang saja. Cuma yang berbeza interface web bank tu.

Ok. Ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Buka laman web Maybank2u kemudian login seperti biasa

Langkah 2 Lepas saja login, lihat menu atas ada “Pay & Transfer”. Klik pada menu tersebut.

Langkah 3 Kemudian kita klik pada new payment. Lepas kita klik pada new payment, dia akan keluar senarai institusi untuk kita membuat pembayaran tu.

Sebagai contoh, saya nak bayar zakat fitrah di negeri Kelantan. Jadi saya akan taip “Kelantan”. Nanti dia akan keluar “Majlis Agama Islam Kelantan”. Kemudian klik padanya.

cara bayar zakat online

Langkah 4 Lepas kita klik, akan keluar satu popout. Di sini kita perlu masukkan jumlah zakat yang kita nak bayar, nombor telefon kita, pilih jenis zakat nak bayar kemudian kita klik pada butang “Pay”

cara bayar zakat online

Langkah Akhir Akhir sekali, kita request nombor TAC. TAC ni adalah nombor kod keselamatan yang akan dihantar ke nombor telefon kita semasa daftar Maybank2u untuk tujuan keselamatan.

Lepas dah dapat nombor TAC ni, masukkan dan teruskan buat pembayaran.

Siap.

cara bayar zakat online

Jadi gais. Itulah perkongsian aku cara bayar zakat online. Lepas ni kalau malas nak jumpa amil boleh buat bayaran secara online saja. Tapi pada pandangan aku, buat cara biasa lebih meriah sikit. Tak gitu?

Ok. Sesiapa nak tengok dalam bentuk video pula, boleh tengok video di bawah ok. Nanti sambil tengok tu, sambil subscriber la channel tu sekali tanda support korang semua.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.