Cara Terkini Buat HIV Test Kahwin Untuk Bakal Pengantin

Macam mana cara untuk buat HIV test kahwin? Sebelum korang nak melangsungkan perkahwinan ada beberapa perkara yang perlu dibuat. Salah satunya perkara yang wajib buat adalah ujian HIV untuk bakal pengantin sebab setiap pasangan muslim yang ingin berkahwin di Malaysia mesti buat saringan HIV terlebih dahulu. Benda ni bermula sejak dari tahun 2009 lagi bila ramai sangat pasangan yang nak berkahwin tapi tak tahu status HIV pasangan masing-masing.

Jadi, bila pihak berkuasa memperkenalkan tambahan syarat baru ni, pasangan boleh berbicang semula samaada nak teruskan perkahwinan atau tidak supaya masjid yang dibina tak mudah berkecai dikemudian hari.

Baiklah.

Tentu korang bingung bukan macam mana caranya nak buat HIV test kahwin ni. Sebenarnya tak susah pun. Cuma tak biasa dan tak pernah buat je yang buatkan korang rasa prosedure ni agak sukar.

Jadi dalam artikel ni saya akan tunjukkan step by step macam mana nak buat supaya prosedur dapat berjalan dengan lancar dan memudahkan urusan korang

Sebelum kita tengok cara macam mana nak buat HIV test kahwin ni, mari kita tengok dulu kenapa perlu buat ujian HIV ni.

Tujuan Ujian HIV Pra Perkahwinan

Kenapa kerajaan Malaysia mewajibkan untuk melakukan saringan ujian HIV pra perkahwinan? Ini sebabnya.

  1. Dapat mengelakkan penyakit berjangkit.
  2. Supaya dapat buat keputusan yang bijak jika pasangan positif HIV.

Sebab itu pasangan yang positif HIV akan diberikan kaunseling bersama dengan pasangan samaada nak teruskan perkahwinan ataupun tidak.

Jika diteruskan perkahwinan, pasangan yang tidak dijangkiti HIV akan berisiko besar untuk mendapat HIV.

Apa itu HIV?

Sedikit pengenalan tentang HIV.

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus dimana virus ini boleh memusnahkan atau melemahkan sistem ketahanan badan seseorang yang boleh menyebabkan AIDS. Akibatnya, pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan susah untuk sembuh.

AIDS pula adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan ia merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV yang boleh membawa maut.

HIV tiada ubat yang boleh menghilangkannya tapi hanya boleh mengurangkan risikonya saja buat masa ini. Contohnya ubat HAART.

Cara Terkini Buat HIV Test Kahwin Untuk Bakal Pengantin

Cara yang saya tunjukkan dalam ni mungkin sedikit berbeza di sesetengah tempat atau negeri. Tapi saya percaya walaupun sedikit berbeza ia tak lari jauh sangat dengan apa yang saya ceritakan dalam ni.

Baiklah.

Langkah 1 Sebelum pergi tu, apa yang korang perlu sediakan adalah IC, duit RM1, pen dan juga borang dari pejabat agama untuk pengesahan HIV.

Saya tak pasti samaada semua tempat perlu ada borang pengesahan HIV dari pejabat agama atau tak.

Tapi di Kelantan ia ada satu borang khas di mana borang ni kita akan bawa semasa nak buat ujian HIV nanti.

Kemudian keputusan akan dicop atas kertas tersebut sebelum diserahkan kepada imam mukim kawasan masing-masing.

Contoh borang adalah seperti di bawah ni.

hiv test kahwin

Jika korang dari kelantan dan nak dapatkan borang tersebut, boleh download borang HIV pra perkahwinan. Tak perlu nak pergi ke pejabat agama untuk dapatkan borang ujian ni.

Langkah 2 Untuk buat ujian HIV ni korang boleh je pergi ke mana-mana klinik yang berdekatan di daerah masing-masing. Lain daerah atau negeri pun tak ada masalah jika nak buat bersama pasangan.

Sebagai info tambahan, kalau nak buat ujian HIV ni hanya sah di klinik kerajaan sahaja sebab ujian HIV ni akan ada satu borang khas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tujuan perkahwinan. Kalau klinik swasta saya tak pasti boleh atau tak.

Sampai saja di klinik, korang pergi terus ke kaunter pertanyaan dan beritahu nak buat ujian HIV untuk kahwin.

Nanti mereka akan berikan satu borang ujian HIV pra perkahwinan untuk korang isikan maklumat. Pastikan bawa pen juga nanti tak pasal-pasal korang terkial nak cari pen untuk tulis.

Nak buat ujian ni bukan percuma ya. Korang kena bayar sebanyak RM1 sahaja. Jadi jangan datang dengan tangan kosong saja. Bawa la sedikit duit. Nanti tak dapat pula borang tu.

Huhu…

Langkah 3 Prosedure seterusnya mungkin berbeza sikit berbanding dengan korang punya tempat.

Selepas saya siap tulis info dalam kertas ataupun borang yang diberikan tadi tu, saya dikehendaki letak borang tersebut dalam satu bakul kecil.

Kat mana nak letak borang tadi?

Korang boleh tanya balik dekat kaunter tadi kat mana nak letak borang tu lepas siap isi. Pasti mereka akan tunjukkan kat mana nak letak borang ujian HIV pra perkahwinan yang telah siap diisi.

Ok?

Langkah 4 Lepas beberapa minit je saya letak borang tu dalam bakul, nama saya telah pun dipanggil dalam satu bilik. So, dalam bilik ni la mereka akan ambil darah untuk buat ujian HIV.

Mesti korang tertanya macam mana ya ujian HIV tu?

Ambil darah cucuk-cucuk jarum besar ke? Berapa liter darah kena ambil?

Taklah.

Tak cucuk darah sampai berliter pun.

Cuma diorang akan ambil darah di bahagian hujung jari korang dan disuntik sedikit dengan jarum yang sangat halus. Kemudian darah tadi akan diletakkan dalam satu alat untuk lihat samaada HIV negatif atau positif.

hiv test kahwin

Korang jangan risau. Tak sakit pun. Malah macam tak rasa apa-apa pun. Cara mereka sangat pantas.

Langkah 5 Selepas itu apa jadi?

So tunggu saja la. Tak sampai dua minit pun keputusan akan keluar.

Pastikan sebelum korang tinggalkan klinik, ada cop dari klinik tersebut untuk mengesahkan bahawa korang bebas dari HIV.

Itu saja prosesnya. Mudah dan tak ada pun prosedure yang sukar. Nanti borang ni korang akan bagi kepada tok imam mukim korang.

Siap.

Semoga artikel ni sedikit sebanyak dapat bantu korang. Saya doakan juga kepada bakal pasangan pengantin harapnya korang kekal bahagia.

Update terkini : Mulai 1 Januari 2021, seluruh Malaysia menggunakan borang Ujian Saringan HIV pra perkahwinan (klik untuk download) yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, tak perlu nak pergi ke pejabat agama untuk dapatkan borang ujian HIV pra perkahwinan.

Punca Pasangan Terkena HIV

Setiap penyakit yang kita dapat mesti ada puncanya.

Begitu jugalah bagi mereka yang terkena HIV ni.

Di sini saya senarai beberapa perkara kenapa pasangan boleh terkena HIV ni (jika ada).

  1. Mereka yang suka melakukan seks dengan cara bertukar-tukar pasangan
  2. Pengambilan dadah melalui suntikan jarum yang dikongsi.
  3. Bayi yang minum susu ibu

HIV ia tidak tersebar melalui air, udara dan sentuhan.

Paling seksa penghidap HIV ni akan tanggung seumur hidup.

Jadi kalau ada pasangan yang terkena HIV tu, mungkin mereka ni suka melakukan perkara-perkara yang keji.

Soalan Lazim HIV Test Kahwin

Berapa lama tempoh masa sah ujian HIV?

Ujian HIV sah untuk tempoh 6 bulan. Jika dah lebih dari 6 bulan korang perlu buat ujian lain jika perlu.

Kat mana boleh buat HIV test kahwin?

Untuk buat HIV test kahwin hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Tak boleh buat di klinik swasta.

Berapa bayaran diperlukan untuk HIV test Kahwin?

Untuk buat ujian ni di Klinik kerajaan hanya bayar sebanyak RM1 sahaja. Tak lebih tak kurang.

Tapi pelik juga bila baca pengalaman orang lain tak bayar pun ada.

Apa dokumen perlu dibawa semasa ujian HIV?

Bawa semua dokumen lengkap untuk perkahwinan terutama IC. Sebab lain klinik mungkin lain prosedure mereka demi keselamatan dan pengesahan. Macam saya punya pengalaman hanya bawa IC dan surat kebenaran untuk ujian HIV daripada pejabat agama islam negeri. Mungkin sesetengah negeri hanya perlu bawa IC saja.

Jadi langkah selamat untuk lancarkan urusan, bawa semua dokumen perkahwinan.

Berapa lama tempoh tahu keputusan HIV?

Ujian HIV ni siap dalam tempoh 2-5 minit sahaja. Lepas tu boleh terus pulang lepas dapat cop pada borang pengesahan ujian HIV.

Perlu buat appointment dulu ke?

Ikut pengalaman saya benda ni tak perlukan appointment pun. Cuma mungkin ada tempoh masa dari pukul berapa hingga ke pukul berapa untuk ujian HIV ni. Jadi saya sarankan untuk korang call terlebih dahulu klinik yang berdekatan untuk tanya hal tersebut. Boleh lihat senarai telefon Klinik Kesihatan di Malaysia.

Apa berlaku sekiranya positif HIV?

Jika positif HIV, korang akan dirujuk pada pakar perubatan keluarga (FMS) dan akan menjalani confimatory test sebagai ujian pengesahan.

Selain tu juga akan ada sesi kaunseling dari pejabat agama samaada nak teruskan perkahwinan atau tidak.

Adakah non-muslim juga perlu buat ujian saringan HIV?

Bagi non-muslim Malaysia yang ingin berkahwin, korang tak perlukan untuk buat ujian HIV ni. Ujian HIV hanya untuk muslim sahaja kerana pasangan muslim tertakluk kepada undang-undang syariah.

Macam mana nak tahu positif HIV atau tak?

Senang je nak tahu positif HIV atau tak. Pada test kit HIV tu, jika ia keluar double line bermaksud positif la tu. Macam test kit orang mengandung. Kalau double line bermaksud mengandung la tu. Sama juga dengan test kit HIV ni.

Di mana nak download borang kebenaran ujian HIV pra perkahwinan?

Sejak Januari 2021, seluruh Malaysia menggunakan borang yang sama dan tidak lagi perlu dapatkan borang ujian HIV pra perkahwinan di pejabat agama negeri masing-masing. Boleh download borang Ujian HIV pra perkahwinan.

Penutup

Ujian HIV sebelum kahwin ni sangat penting sebab kita boleh tentukan samaada nak teruskan dengan pasangan yang ada HIV ataupun tidak.

Jadi, keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tepat mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin buat dulu ujian HIV walaupun pada awalnya perkara ni sangat leceh tapi ia demi kebaikkan semua dalam jangka masa yang panjang.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top