Cara Post Gambar di Instagram Melalui Laptop | Instagram adalah satu laman sosial yang sangat ramai pengguna. Bermacam-macam tujuan yang digunakan oleh pengguna. Ada yang menjual barang, ada yang buat diari bergambar malah tak kurang juga ada yang jenis create akaun dan jual akaun tersebut.

Aku juga ada akaun Instagram. Tapi akaun Instagram aku ni agak kurang aktif sebab aku belum ada idea nak jadikan Instagram aku ni sebagai apa. Sekarang aku dah ada idea. Kalau korang belum follow akaun Instagram aku sila Follow ya. Jika dah follow jangan lupa komen di bawah nanti aku dan pembaca di sini akan follow korang.

Cara Post Gambar di Instagram Melalui Laptop

cara post gambar

Baiklah.

Korang tahu tak sebenarnya Instagram tidak boleh dipost melalui websitenya. Ianya hanya boleh dipost melalui applikasi.

Namun, ada sedikit cara yang korang boleh post gambar atau video terus dari laman web di laptop.

Caranya tak susah.

Ikut cara di bawah.

[step1] Buka laman web Instagram di laptop www.instagram.com

[step2] Sekarang ni aku menggunakan browser Google Chrome. Korang lihat sebelah kanan atas sekali ada tanda tiga titik. korang klik situ.

cara post gambar

Kemudian dia akan keluar dropdown seperti di atas. Klik ikut turutan nombornya.

[step3] Lepas selesai pada langkah 2 tadi, korang akan lihat pula seperti berikut. Klik pada icon sperti anak panah tunjukkan dalam gambar di bawah.

Dan tunggu sehingga progressnya selesai.

[step4] Selepas itu korang akan lihat interface Instagram akan muncul seperti gambar di bawah di mana ia ada fungsi butang seperti yang ada di applikasinya.

Siap!

Itu saja cara-caranya.

Mudah bukan?

Jika ada gambar yang datang dari laptop korang untuk upload ke Instagram, sekarang tak perlu lagi untuk main transfer ke smartfon kemudian baru upload gambar.

Dengan korang ikut saja tutorial di atas ni, masalah nak upload gambar ke Instagram akan selesai.

Jika korang rasa tutorial ni bermanfaat, jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan dan bolehlah follow laman sosial aku kerana banyak perkara yang aku ingin kongsikan secara percuma.

Untuk lihat tutorial secara bervideo, boleh lihat di bawah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.