Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Murah

Macam mana cara renew insurans kereta online? Mungkin masa korang rujuk tutorial ni, kita dah tak ada lagi dah kawalan pergerakkan (PKP) untuk memutuskan rangkaian Covid. Nak renew insurans kereta bukan main susah sebab perlukan surat polis dulu untuk rentas daerah atau negeri jika di kawasan korang tu tak ada kaunter untuk renew insurans kereta.

Bila jadi macam ni, ia agak melecehkan. Jadi korang kena fikir satu alternatif lain macam mana nak renew Insurans kereta tanpa. Padahal boleh je korang renew insurans kereta secara online je. Tak payah nak pergi ke mana-mana kaunter untuk renew insurans ni. Masa pun jimat. Lepas siap tak sampai 10 minit dah dapat polisi insurans.

Jadi, dalam tutorial pada kali ni, saya nak tunjukkan cara macam mana kita boleh renew insurans kereta ni secara online je.

Kelebihan Renew Insurans Kereta Secara Online

Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari. Amat rugi sekiranya korang masih lagi renew insurans kereta ni secara walk-in di pejabat.

Ini kelebihan jika korang renew insurans kereta secara online.

  1. Boleh pilih pelbagai agensi untuk renew Insurans kereta secara online. Antaranya adalah MYEG, Bjak, dan juga laman web Etiqa.
  2. Boleh pilih yang mana harga paling murah untuk renew.
  3. Jimat dari segi masa, minyak petrol dan wang untuk parking.
  4. Boleh tolong renew untuk orang lain. Silap-silap boleh buat servis renew Insurans. Boleh tambah duit poket.
  5. Boleh dapat dalam masa 5 minit. Ini mengikut pengalaman saya setelah renew di laman web ETIQA.

Laman Web Untuk Renew Insurans Kereta Secara Online

Hanya ada tiga saja laman web yang saya percayai untuk kita renew Insurans kereta secara online setakat ini.

  1. MYEG – MYEG adalah sebuah syarikat yang dah lama dalam industri servis renew lesen, bayar saman, road tax dan sebagainya.
  2. Etiqa – Dimiliki oleh Maybank Group.
  3. Bjak.my – Mudah nak bandingkan harga

Jika ada lagi, saya akan tambah dari semasa ke semasa di sini.

Cara Renew Insurans Kereta Online

Dalam tutorial ni saya ada tunjukkan macam mana nak renew insurans kereta melalui ketiga-tiga laman web tersebut.

#1. Cara Renew Insurans Kereta Melalui Etiqa

Langkah 1 Layari laman website www.etiqa.com.my

Langkah 2 Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kereta anda yang sah dan klik butang Find my vehicle.

cara renew insurans kereta online

Langkah 3 Kemudian, masukkan poskod tempat anda tinggal dan pilih ID Type. Jika korang adalah polis, pastikan korang pilih Police, jika orang awam, pilih NRIC dan begitulah seterusnya.

Ok sebagai contoh di bawah, saya akan pilih NRIC dan masukkan IC seperti biasa.

Lepas tu, klik butang Get my quote.

cara renew insurans kereta online,cara renew insurans

Langkah 4 Pada bahagian ni, korang akan lihat harga quotation korang yang perlu dibayar. Tapi harga ni korang boleh kurangkan dengan pilih berapa jumlah yang ingin dicover jika berlaku kemalangan.

Jika korang pilih kurang, maka jumlah insurans yang perlu dibayar pun kurang.

Kemudian, di sini juga ada add on yang korang boleh pilih beberapa pilihan untuk dicover jika berlaku perkara yang tak diingini seperti cermin pecah, banjir, bencana alam dan beberapa perkara lain lagi.

Perlu diingat, jika korang pilih add on ni bermaksud jumlah insurans korang pun akan bertambah. Namun yang ni tidak wajib untuk dipilih.

cara renew insurans kereta online,cara renew insurans

Lepas dah puas hati apa yang korang pilih, sekarang klik butang To Declaration Page.

Langkah 5 Pastikan korang tick pada terma dan syarat yang telah dinyatakan. Jika korang rajin, boleh baca terma dan syarat mereka. Tapi nak tak nak, korang perlu tanda juga tick tanda setuju sebelum buat pembayaran.

cara renew insurans kereta online,cara renew insurans

Langkah 6 Masih di halaman yang sama, korang scroll ke bawah sikit dan korang akan lihat kaedah untuk membuat pembayaran.

Di sini ada banyak pilihan pembayaran yang korang boleh pilih. Antaranya melalui Maybank2u, kad debit dan kkredit, Amex dan FPX.

cara renew insurans kereta online,cara renew insurans

Pilih je mana-mana kaedah pembayaran yang paling mudah untuk korang.

Lepas tu, klik pada butang Pay Now.

Langkah 7 Apa yang perlu anda buat sekarang adalah, sila proceed pembayaran. Ikut saja flow apa yang diminta untuk lengkapkan pembayaran korang.

Langkah 8 Lepas dah selesai buat pembayaran, lihat pada email korang di mana pihak etiqa akan menghantar polisi insurans yang telah korang perbaharui sebentar tadi. Sila download dan simpan di tempat yang selamat atau korang boleh print dan simpan.

cara renew insurans kereta online,cara renew insurans

Siap! Itu saja.

Senang kan cara nak renew insurans kereta moto ni secara online?

Dalam artikel ni saya tunjukkan cara nak renew melalui Etiqa. Pada masa akan datang saya akan tunjukkan pula cara renew insurans melalui Bjak.my.

Jika ada sesiapa nak lihat lebih detail cara nak renew insurans secara online, boleh lihat video di bawah.

Soalan Lazim Renew Insurans Kereta Online

Berikut adalah soalan lazim yang sering dikaitkan dengan renew insurans kereta secara online.

Syarikat mana yang terbaik untuk renew Insurans kereta secara online?

Pada pandangan peribadi saya, ada tiga syarikat pilihan yang terbaik yang boleh korang renew Insurans secara online iaitu MYEG, Bjak.my dan juga Etiqa.

Adakah selamat renew Insurans kereta secara online?

Ya. Ianya selamat dan terjamin.

Boleh ke nak tolong renew Insurans kereta untuk orang lain?

Ya boleh. Tapi kita mesti ada info yang lengkap untuk orang tersebut.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top