5 Langkah Cara Return Barang Shopee Dan Dapatkan Semula Refund

Macam mana cara return barang Shopee yang tersilap atau rosak dan dapatkan semula refund? Dalam artikel ni saya akan tunjukkan cara dengan lengkap macam mana nak buat semua benda tu.

Ok sebelum tu saya nak cerita la dulu sikit kenapa saya nak return barang ni dan dapatkan semula refund.

Saya sebenarnya order satu metol lampu kecemasan. Bila je buka kotak penghantaran tu, saya tengok mentol lampu ni dah terburai habis.

return barang shopee

So, macam ni la keadaan barang saya yang baru sampai.

Jadi, terpaksalah saya return balik barang ni dan digantikan dengan barang baru atau dapatkan refund semula.

Jika barang korang terjadi macam ni, jangan risau. Kat Shopee kita ada jaminan untuk terima barang dengan selamat atau dapatkan refund.

Barang Macam Mana Boleh Return Semula?

Sebelum tu mari kita lihat dulu barang jenis macam mana yang boleh kita return semula sebab ramai je yang tak tahu dan sesuka hati untuk return barang tu semula.

Antara barang-barang yang boleh direturn semula adalah;

  1. Seller tersalah hantar barang.
  2. Barang yang dihantar tidak berfungsi.
  3. Barang yang dihantar pecah walaupun kesilapan dari courier. Yang ni jangan fikir sebab seller akan buat deal dengan pihak courier nanti.

Tapi jika seller buat penghantaran lambat atau barang lambat sampai, kita tak boleh nak buat return semula barang tersebut.

Selain tu juga, jika barang tersebut korang tak tahu cara nak guna pun tak boleh nak return semula.

Hanya boleh return barang yang betul-betul bermasalah sahaja seperti senarai di atas.

Ok.

Persediaan Sebelum Return Barang Shopee

Sebelum return barang di Shopee, saya nasihatkan untuk chat terlebih dahulu dengan seller untuk nyatakan apa sebenarnya masalah pada barang tersebut.

Jangan terus return barang tu tanpa beritahu seller sebab nanti akan timbul masalah lain pula.

Biasanya bila bila kita chat dengan seller mereka akan minta gambar bukti bahawa barang tersebut memang betul-betul bermasalah.

Jadi, sila bincang dengan seller terlebih dahulu sebelum buat return.

Proses Pemulangan Barang di Shopee

Ok sebelum saya tunjukkan cara macam mana nak buat pemulangan, di sini saya nak beritahu sikit macam mana proses pemulangan barang di Shopee ni.

  1. Sebelum buat pemulangan barang, pastikan kita chat dengan seller terlebih dahulu.
  2. Jika seller bersetuju untuk kita buat pemulangan barulah kita buat pemulangan dengan cara yang saya tunjukkan di bawah ni.
  3. Bila barang yang kita return tu sudah sampai di alamat yang sebetulnya, sistem Shopee akan memberitahu kita bahawa barang tersebut telah pun selamat sampai.
  4. Kemudian, seller akan approve untuk proses pemulangan duit kepada kita.
  5. Duit akan dimasukkan dalam ewallet di Shopee bukannya dalam akaun bank.
  6. Duit tersebut kita boleh gunakan semula untuk buat pembelian barang lain di Shopee atau kita boleh request untuk keluarkan di akaun bank.

Saya pun tak nak panjang lebar. Jom kita teruskan dengan tutorial cara nak return barang dan dapatkan semula refund dari Shopee.

Cara Return Barang Shopee Dan Dapatkan Semula Refund

return barang shopee

Dalam tutorial ni saya hanya tunjukkan cara melalui Laptop atau desktop saja. Jika korang nak guna melalui applikasi Shopee pun boleh tak ada masalah. Step dia lebih kurang sama je.

Langkah 1 Pergi ke laman web Shopee atau app dan login ke dalam akaun Shopee kita.

Langkah 2 Kemudian pergi ke Akaun ยป My Purchase

return barang shopee

Langkah 3 Kemudian di sini korang akan dapat lihat senarai semua barang yang telah diorder.

Jadi, pilih barang mana yang korang nak hantar semula pada seller dan klik pada Request For Return/Refund.

return barang shopee

Langkah 4 Seterusnya di sini kita perlu lengkapkan borang seperti upload gambar produk yang rosak atau tersilap barang, nyatakan sebab-sebab nak refund dan sebagainya.

return barang shopee,kembalikan barang shopee,pulang semula barang shopee

Jadi di sini, lengkapkan semua apa yang disuruh kemudian klik pada butang submit.

Langkah 5 Kemudian kita semak email kita sebab Shopee akan menghantarkan kepada kita email pengesahan yang kita buat return untuk barang tersebut.

return barang shopee,kembalikan barang shopee,pulang semula barang shopee

Dalam email tu nanti, korang just klik pada Select Courier.

Kemudian, kita akan dibawa ke halaman di mana di sini dia akan suruh kita pilih Courier mana pilihan kita untuk return semula barang tu.

Di sini dia hanya ada dua saja pilihan iaitu JnT dan juga Poslaju.

Kedua-dua courier ni korang jangan risau sebab ianya percuma saja untuk return.

Jangan nak memandai pergi bayar pula.

Selain tu juga di sini korang akan dapat lihat alamat ke mana barang tu perlu dihantar.

return barang shopee,kembalikan barang shopee,pulang semula barang shopee

Jangan risau.

Semua benda ni nanti kita akan print label.

Ok lepas kita dah pilih courier apa semua, klik pada butang Confirm.

Langkah 6 Lepas kita dah klik pada butang confirm tadi lepas dah pilih courier, dia akan keluar butang View Instruction secara automatik.

Di sini korang klik je pada view instruction dan dia akan keluar label untuk kita print dan lekatkan pada kotak barang yang kita nak hantar tu.

Label tu lebih kurang macam ni.

return barang shopee,kembalikan barang shopee,pulang semula barang shopee

Ok.

Print je label tu dan tampal pada kotak.

Langkah 7 Lepas dah siap bungkus barang dan tampal return label, boleh la pergi ke kaunter courier yang korang pilih tadi.

Sebagai contoh jika korang pilih pos laju tadi, pergi ke pos laju untuk hantar barang ni.

Pastikan bila sampai di pos laju tu, pergi ke kaunter dan cakap nak return barang dari shopee.

Nanti dia akan bagi kita satu borang untuk kita isi.

Itu je.

Siap!

Harap dengan panduan yang ringkas dan padat ni dapat jimatkan masa korang untuk buat return dan dapatkan semula barang dari Shopee jika ada kerosakkan atau tersilap barang yang dihantar oleh seller.

Jika korang nak tengok dalam bentuk video, boleh la jenguk video di bawah. Kot lebih senang faham lagi macam mana caranya.

Jangan lupa untuk lihat video-video saya yang lain di Channel YouTube Blog Faiz.

Kesimpulan

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan dengan lengkap cara macammana nak return barang Shopee yang rosak dan dapatkan semula refund.

Walaupun tutorial ni agak simple tapi ramai yang tak tahu cara nak buat.

Harap lepas ni korang tak perlu risau lagi jika terbeli barang yang rosak di Shopee sebab setiap barang yang kita beli akan dijamin oleh pihak Shopee.

Dan satu lagi nasihat saya pada semua, kalau nak beli barang tu, belilah melalui platform rasmi jualan seperti Shopee dan Lazada sebab di Shopee dan Lazada tidak timbul pun isu scammer dan sebagainya.

Jika korang pernah terkena tipu sebelum ni, boleh rujuk artikel macam mana cara nak dapatkan semula wang dari scammer.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

7 thoughts on “5 Langkah Cara Return Barang Shopee Dan Dapatkan Semula Refund”

  1. Sy cuba print refund label dari shopee guna courier poslaju tpi watermark poslaju xnk kuar la. Just plain label with barcode & sender, recipient details. Cuma nk clarify adakah label tu jdi isu nanti masa kita pass over the counter without the watermark of the courier?

    1. ada dua soalan ke ni? untuk saya jawab dengan tepat, kena jelaskan soalan dengan betul…seller taknak return barang tu semula? maaf saya tak faham soalan…

  2. saya nak tanya saya ada beli barang lepas ru saya ada buat permohonan untuk batalkan pesanan, lepastu dia approve, lepas berfikir dua kali saya terus nak cancel sebab saya memerlukan duit untuk beli barang yang lebih memerlukan. Saya dan contact dengan pihak seller dan dia bersetuju untuk batalkan permintaan saya untuk kali kedua. cuma masalahnya dia suruh chat dengan currier untuk return parcel. so persoalan saya macam mana nak contact dengan currier dan macam mana nak cancelkan delivery tu. Terima kasih kerana membantu.

Leave a Comment

Scroll to Top