Lazada vs Shopee. Mana Yang Terbaik?

Pernah kita terfikir Lazada vs Shopee yang mana web yang terbaik dari segi untuk menjual mahupun untuk berbelanja. Jadi saya akan bahaskan topik ni sebentar saja lagi.

Dalam dunia sekarang ni kita dah tak perlu pening nak fikir nak beli barang jika malas nak keluar rumah. Cukup ada sambungan internet pada smartphone dah boleh dapat apa yang kita nak tanpa keluar rumah pun.

Antara online shopping terbaik yang ada di Malaysia setakat ni adalah Lazada dan Shopee.

Tapi, mana satu pilihan korang untuk berbelanja online atau yang penjual mana satu pula pilihan korang untuk dijadikan platform jualan?

So, dalam artikel ni saya akan cuba huraikan beberapa perkara mengenai Lazada dan juga Shopee untuk korang bandingkan yang mana lagi best untuk berbelanja atau menjual.

Lazada vs Shopee Yang Mana Terbaik

lazada vs shopee

Dalam topik ni, saya akan bahaskan mengenai sejarah penubuhan, design web, sistem, dan banyak lagi.

Jom kita mulakan.

#1. Sejarah Penubuhan

Lazada

Lazada ditubuhkan pada 27 Mac 2012 pertama kalinya di Singapura. Setakat ini Lazada mempunyai sebanyak 10,000 orang pekerja dalam pelbagai sektor.

Lazada wujud bagi semua Asia Selatan iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam kecuali Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timur Leste.

Namun sekarang ni semasa artikel ni ditulis, Lazada adalah di bawah Group Alibaba iaitu sebuah syarikat Ecommerce gergasi di China.

Shopee

Hebat tak hebat Singapura ni, Shopee juga pertama kalinya wujud di Singapura. Ia ditubuhkan pada Febuari 2015 iaitu 3 tahun lebih lewat daripada Lazada.

Shopee pertama kali mula sebagai pasaran pengguna-ke-pengguna (C2C) tetapi telah berpindah ke kedua-dua model hibrid C2C dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

Dengan ini, Shopee dapat menyaingi pesaingnya yang dah popular ketika itu iaitu Lazada.

Apa yang menariknya tentang Shopee ni, penjual tidak dikenakan komisyen untuk menyenaraikan barang jualan di Shopee.

#2. Web Design

Lazada

Secara peribadi, saya suka dengan web design Lazada. Tak tahu kenapa mungkin sebab dah lama dengan Lazada berbanding Shopee.

Dengan design Layout dia yang agak friendly membuatkan saya lebih suka untuk lepak di Lazada berbanding di Shopee.

Dalam fikiran korang, apakah warna branding Lazada?

Yes. Kalau korang jawab biru/purple samalah apa yang saya fikirkan.

Jadi, bila warna biru atau purple ni mata kita tak sakit sangat kalau tengok lama-lama pun.

lazada vs shopee

Shopee

Rasanya Shopee pun tak ada masalah layout web design dia.

Bagi saya kedua-dua design web ni senang dan mudah untuk kita faham navigation web nak pergi mana walaupun pertama kali singgah sini.

Cuma kat Shopee ni terlalu banyak promo dia letak di homepage.

Kadang-kadang ni promo ni buat mata kita jadi semak sebab ditunjukkan barang yang kita tidak perlu.

Macam website spam gitu.

Tak macam Lazada promo dia hanya pada bahagian banner atas saja.

Warna branding Shopee pun lebih kepada warna oren tapi warna oren ni kalau dilihat dan jika ditenung lama-mana boleh buat sakit mata walaupun warna ni sangat menarik dan nampak ceria.

Apa-apa pun, bagi saya benda ni tak jadi masalah besar untuk saya berbelanja di Shopee.

lazada vs shopee

#3. Refund

Lazada

Pengalaman saya di Lazada jika ada barang kita rosak semasa penghantaran, kita boleh buat claim refund atau dapatkan barang baru.

Langkah dia mudah je, boleh cuba tengok video di bawah ni macam mana jika barang kita tu rosak dan nak dapatkan semula refund.

Shopee

Shopee pun tak ada masalah jika nak refund ke apa. Sebab Lazada dan Shopee ni konsep mereka, mereka akan pegang dulu duit buyer dalam tempoh tertentu sebelum dilepaskan pada seller.

Jadi dengan cara ni jika ada seller yang cuba menipu mereka tidak senang-senang akan dapat duit kita tu.

Saya pun pernah buat return barang rosak dari Shopee dan digantikan dengan baru.

So, Lazada dan Shopee terbaik dari segi refund.

Tapi bila saya baca komen-komen daripada buyer, return barang dan dapatkan refund dari Lazada lebih senang berbanding Shopee.

#4. Customer Support

Lazada

Untuk support kepada buyer, Lazada bagi saya adalah yang terbaik sebab mereka tawarkan servis live chat untuk kita direct tanya masalah pada customer support Lazada.

Korang boleh dapatkan support 24/7 kecuali pada cuti umum. Selain tu juga boleh call mereka di antara pukul 8 pagi sehingga 8 petang.

Staff support mereka pun ok. Tidak biadap dan rasanya mereka boleh jawab secara professional.

Shopee

Shopee pula hanya buka pertanyaan melalui sistem tiket. Tiada live chat untuk support melainkan seller saja ada live chat untuk support mereka.

Jadi, jika korang ada masalah urgent, terpaksa tunggu mereka reply terlebih dahulu. Tapi jangan risau, dalam masa kurang sehari mereka akan reply.

Tapi tu lah. Kadang-kadang ada masalah urgent korang perlukan penyelesaian segera.

Mereka juga ada buat servis call di mana korang boleh call pada pukul 7 pagi sehingga pukul 7 petang dan pada hujung minggu hanya pukul 9 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Update: Saya ada terdengar bahawa Shoppe juga sudah ada Live chat tapi hanya melalui app shopee saja. Tapi saya belum pernah try. Kalau ada sesiapa yang dah try Liva chat support shopee boleh cuba reply komen di bawah.

#5. Phone App

Bagi pendapat saya sendiri, applikasi Lazada lebih laju dan mempunyai reka bentuk yang lebih kemas berbanding applikasi Shopee.

Halaman produk Lazada mempunyai keterangan produk yang lebih terperinci dan senang untuk dibaca.

Selain tu juga, dengan applikasi Lazada korang boleh cari sesuatu barang dengan hanya mengambil gambar dan sistem applikasi Lazada akan sesuaikan gambar kita tersebut dengan produk yang ada di Lazada.

Sebagai contoh korang tidak tahu nama sesuatu barang. Just ambil gambar nanti jika ada produk yang sama dengan gambar tersebut, ia akan tersenarai.

So, senanglah untuk korang mencari produk nanti.

#6. Harga Barang

Apa yang saya perasan, harga barang di Shopee ni lebih murah berbanding di Lazada.

Saya pun tidak tahu kenapa benda ni boleh terjadi.

Sebab apa yang saya perasan, Shopee ni juga lebih banyak buat shipping percuma selain barangnya agak murah.

Bila dibandingkan dengan Lazada, ia agak berbeza sikit. Selain itu di Lazada setakat ni saya belum pernah mendapat shipping secara percuma. Hanya dapat diskaun saja untuk shipping.

Kalau nak bandingkan di Shopee, saya dah banyak kali dapat shipping percuma.

So, harga barang di Shopee ni agak menjimatkan.

Tapi kena pandai pilih la pula.

#7. Platform Untuk Seller

Saya tak nafikan bila saya sendiri bandingkan antara platform shopee dan juga Lazada untuk seller yang baru ingin menjual, Shopee antara yang terbaik perlu korang cuba jika ingin mula menjual secara online.

Nak listing barang di Shopee cukup mudah.

Bila korang dah daftar dalam akaun Shopee, ia bermaksud korang sudah mula boleh membeli dan juga menjual.

Nak listing produk dekat Shopee ni pun mudah dan senang. Simple je interface dia.

Berbanding dengan Lazada, bila korang daftar akaun Lazada, itu hanya untuk membeli, jika korang ingin jadi seller pula, korang perlu daftar akaun lain pula.

Namun, komisyen setiap barang yang terjual akan dicas dari kedua-dua ecommerce ni iaitu sebanyak 2% sahaja dari jumlah jualan bersih.

Tapi, untuk peniaga baru yang jualan hasil kurang 100, shopee tidak akan kenakan cas langsung. So, ini adalah peluang terbaik untuk peniaga baru.

Kesimpulan

Jadi, itu saja dulu perbandingan yang boleh saya buat antara Lazada vs Shopee berdasarkan pengalaman saya.

Secara peribadi, saya suka membeli di Lazada. Tak tahu kenapa. Sebab dah biasa kot sebelum Shopee terbina. Tapi, untuk menjual dan kumpul follower, saya lebih suka di Shopee.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

3 thoughts on “Lazada vs Shopee. Mana Yang Terbaik?”

  1. Berkaitan dengan info Shopee, banyak yang tidak tepat mengikut polisi sediada mengikut pada tarikh penulis membuat posting ini. Minta untuk penulis membuat kajian dan bacaan dengan lebih lagi berkaitan dengan Shopee, tidak kurang juga lazada.

    Menulislah berdasarkan polisi yang telah dikeluarkan, bukan pengalaman yang baru sahaja kita temui…Terutama sekali dengan kadar cas yang dikenakan dan faedah yang sediada.

    1. post di diterbitkan pada July 7, 2020…mungkin ada polisi yang dah berubah dan tak sempat nak diubah…jika ada masa sy akan perbetulakn yang mana ada perubahan.

  2. Lagi selesa dengan shopee daripada lazada…tak suka lazada sebab tak boleh padam akaun…shopee boleh padam akaun dan nombor telefon tu boleh daftar baru tapi ada had dia berapa kali boleh buat akaun baru dengan nombor yang sama…pernah beli simkad baru…saja-saja cuba login dengan nombor baru nak tengok nombor tu ada akaun lazada tak sebelum ni dari pengguna lama nombor telefon tu, dan ya nombor tu ada akaun lazada…akaun tu masih ada baki lazada wallet RM3.27…cuba masuk dalam chat live tanya macamana nak padam akaun tu, malangnya akaun tu tak boleh padam…sekali buat akaun baru dengan lazada memang tak boleh padam dah akaun tu selagi lazada tak ubah polisi syarikat tu untuk benarkan akaun pengguna boleh padam…bahaya wooo….takut-takut ada beli benda yang bukan-bukan dalam tu, lepas tu kita dah tak pakai nombor tu orang lain pulak pakai tengok history barang apa yang kita beli…malu wooo…

Leave a Comment

Scroll to Top