Pengalaman Raya Aidilfitri 2020 Yang Tak Dapatku lupakan

Artikel kali ni aku saja nak share dengan korang pasal pengalaman raya aku pada tahun ni. Hari raya aidilfitri adalah hari yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat islam terutama bagi kanak-kanak. Yela, siapa tak suka hari raya boleh makan pelbagai juadah sambil dapat kumpul duit raya. Bagi yang dewasa pula, dapat bertemu sanak saudara adalah satu nikmat yang tak dapat digambarkan.

Begitulah suasana setiap kali menyambut perayaan.

Namun, amat berbeza sikit pada tahun 2020 ni di mana anak-anak yang berada di perantauan, tidak dibenarkan pulang, suami isteri yang dah berbulan-bulan tak jumpa juga tak dibenarkan pulang. Ibu ayah yang sentiasa nanti-nantikan kepulangan anak dan cucu nampaknya harapan tinggal harapan.

Pengalaman Raya Aidilfitri 2020 Yang Tak Dapatku Dilupakan

Sebenarnya ada sebab pihak kerajaan tidak benarkan pulang. Sebab kita sekarang ni sedang dilanda wabak yang agak merbahaya. Jadi, untuk membendung penyakit ini dari terus merebak dan merebak, pihak kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan merentas negeri bagi menyambut hari perayaan.

pengalaman raya

Satu kenyataan yang pahit untuk kita telan.

Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin tidak terasa sangat sayunya di pagi raya. Bagi yang hidup bujang, ibu atau bapa tunggal, perasaan tu agak sukar untuk ditelan. Malah ada yang terpaksa bermalam di rumah waris yang terdekat disebabkan anak tak dapat pulang beraya bersama.

Suasana hari raya juga amat berbeza sekali berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika jalan selalu sesak dengan kenderaan, tapi kali ni agak lengang. Ibarat tiada apa-apa yang berlalu. Aku tak tahulah tempat lain. Apa yang aku ceritakan ni berlaku di tempat aku.

Suasana sunyi bukan saja di jalan-jalan besar. Malah di jalan kampung pun agak sunyi di pagi raya. Mungkin mereka beraya sambil tutup pintu sebab ada ura-ura mengatakan pihak berkuasa akan buat pemeriksaan mengejut di setiap rumah. Yela, pihak kerajaan tak mahu ada pihak yang beraya lebih daripada 20 orang pada satu-satu masa.

Biasanya awal pagi raya aku akan bangun untuk bersiap-siap ke masjid menunaikan solat sunat raya. Tapi pagi raya tahun ni tidak. Aku hanya bagun agak lewat sikit dan sembahyang sunat raya seorang diri tanpa ada khutbah.

Hari raya juga tak dibenarkan buat aktiviti kunjung mengunjungi pada hari raya kedua. Kunjung mengunjungi jiran terdekat hanya dibenarkan pada hari raya pertama saja. Aktiviti melawat kubur juga dilarang.

Ya, aku faham. Tapi suasana sebegini sangat sayu dibuatnya.

Tapi aku bersyukur sebab dapat balik ke kampung isteri aku di Kuala Terengganu dan beraya di sana. Sebelum balik aku terpaksa buat surat permohonan terlebih dahulu sebab aku perlu uruskan isteri aku yang nak bersalin di sana.

Apa pula pengalaman raya korang pada tahun ni?

Kalau sudi boleh kongsikan pengalaman korang tu dalam ruangan komen di bawah.

Di bawah ni aku ada buat video ucapan sikit. Siapa sudi nak tengok, boleh la jenguk video bawah ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top