Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » (Review) Berbaloikah Aircond Portable Untuk Dibeli?

(Review) Berbaloikah Aircond Portable Untuk Dibeli?

Last Updated on December 6, 2020 by FaizAlias 20 Comments

(Review) Berbaloikah Aircond Portable Untuk Dibeli? – Dua hari lepas aku baru saja menerima barang yang aku beli dari lazada dengan harga RM1349. Barang tersebut adalah sebuah aircond portable jenama Midea.

Sebelum korang beli aircond portable, korang harus baca review yang aku buat ni dulu supaya korang dapat buat keputusan yang bijak samaada ingin membelinya ataupun tidak.

Unboxing dan cara pasang aircond portable

Berbaloikah Aircond Portable Untuk Dibeli?

Pertama sekali kenapa dalam fikiran korang nak beli aircond portable ni? Kenapa tak beli aircond yang biasa tu yang boleh lekat kat dinding tu sebab aircond yang biasa lagi murah dan lebih sejuk (pada pengalaman aku) dan kenapa aku beli aircond portable ni jika aircond biasa lebih baik?

Sebenarnya aku beli aircond portable ni untuk memudahkan aku jika berpindah rumah nanti. So tak perlu la nak fikir pasal nak buka balik aircond yang telah dipasang di dinding ketika pindah rumah nanti.

Kalau korang nak tahu pasang dan buang aircond korang akan dikenakan cas kerana korang perlu mengupah orang lain untuk melakukannya. Melainkan korang pandai untuk pasang dan buka sendiri.

Harga untuk pasang sebuah aircond sekarang pun diantara RM150 hingga RM300. So, sebab aku tak mahu fikir panjang, aku beli saja aircond portable ni walaupun aku sudah tahu kondisinya macam mana.

Ok, sekarang ni review aku sejujurnya tentang aircond portable ni setelah seharian aku menggunakannya. Nanti aku up lagi artikel lain setelah sebulan aku menggunakannya.

Aircond ni aku tempah dari Lazada. Dari apa yang aku perhatikan dan buat survey, beli online ni rupanya lagi murah. Bezanya ratus-ratus juga. Risiko beli online ni jika ada barang rosak susah korang nak jumpa seller sebab jauh. Kalau beli walk in ni korang senang nak berurusan jika ada masalah pada aircond.

Jika korang first time beli benda ni, korang akan blur kerana spare part agak banyak dalam ni untuk korang pasang saluran udara panas. So korang akan pening sekejap bila melihatnya.Tapi takpe. Aku ada sediakan video tutorial pada korang bagaimana nak pasang aircond portable ni.

Walaupun banyak barang yang diberikan, korang hanya gunakan separuh sahaja dari barang yang diberikannya.

Berikut adalah spesifikasi Aircond Portable Midea.

  • Brand & Model : Midea MPF-12CRN1 1.5hp Ionizer Portable Air-conditioners
  • Net Weight : 31.4 kg
  • Gross Wirght : 35.5 kg
  • Power supply : 220v-240v
  • Packing Size : (515 x 443 x 880) m
  • Auto Swing
  • Timer Settings
  • R410A Refrigerant (Eco-friendly)
  • Ionizer
  • Cooling Capacity Btu/h 12000
  • Remote Control
  • Built-in Ionizer

Aircond ni mengambil masa antara 15-30 minit untuk menyejukkan secara keseluruhan ruangan bilik aku yang bersaiz sederhana.

Dari segi penjimatan elektrik, aku masih belum dapat kepastian lagi. Nanti aku tuliskan review lagi selepas sebulan aku menggunakannya. Untuk jimat kos elektrik, korang jangan pasang aircond ni tanpa henti. Ia perlu berehat juga. Nanti tak pasal-pasal bil elektrik korang melambung tinggi.

Apa Pros dan Cons menggunakan aircond portable ni?

Pros

  • Senang nak bawa ke mana-mana tanpa perlu fikir untuk pemasangan
  • Senang pasang

Cons

  • Harga agak mahal berbanding aircond biasa
  • Lambat menyejukkan bilik

Kesimpulan aku untuk korang yang ingin mendapatkan aircond portable ni, jika korang jenis berpindah randah, aircond portable ni sangat sesuai untuk korang. Jika korang dah ada penempatan yang tetap, aircond yang biasa tu jauh lebih baik.

Untuk dapatkan review yang lebih baik, korang boleh lihat video yang aku hasilkan di bawah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

Minat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Comments

  1. blankHaYa says

    April 6, 2020 at 11:22 am

    Salam

    So macam mana bil elektrik mahal tak pakai portable aircond ni?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      May 7, 2020 at 2:10 pm

      saya xpakai full…saya hanya pakai waktu malam saja…bil naik dalam RM15-RM20 ringgit

      Reply
      • blankKecik says

        May 9, 2020 at 2:52 pm

        X full mksudnya brp jam sekurang2nya sehari? Dan bkn hark2 pakai la ek?

        Reply
        • blankFaizAlias says

          May 17, 2020 at 10:20 pm

          sy guna waktu malam je…dari kul 8-12 tgh malam

          Reply
  2. blankAleeza says

    April 23, 2020 at 3:36 am

    Jimat tak letrik guna?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      May 7, 2020 at 2:08 pm

      pertengahan….sy xdapat nak jawab soalan yg tepat samaada jimat atau tak…

      Reply
  3. blankemey says

    May 5, 2020 at 10:12 pm

    salam nk tnye model portable aircond ni air die bnyak x klua??ker die ade tangki simpanan air sdiri utk keringkan air??

    Reply
    • blankFaizAlias says

      May 7, 2020 at 2:07 pm

      wsalam…banyak keluar air….xde tangki simpanan tapi dia ada wayar panjang untuk salur buang air tu…

      Reply
  4. blankazi says

    July 23, 2020 at 2:51 am

    Salam, nak tanya full review paling latest pasal penggunaan portable aircond ni boleh tak? sebab tengah berkira2 nak membeli, sebab bilik saya sangat panas, ruang tertutup sebab menyewa bilik bawah. aircond ni sejuk kan ruang atau tak, dan sejuk nya kira nya selesa atau just biasa sahaja?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      August 5, 2020 at 1:55 pm

      aircond ni sejuk macam aircond biasa…mcm aircond kereta

      Reply
  5. blankSlash says

    August 8, 2020 at 6:49 am

    Aircond jenis midea 1.5 hp mmg Ada tangki simpanan

    Reply
    • blankFaizAlias says

      August 8, 2020 at 7:03 am

      ya…nak guna salur air boleh tak guna pun boleh…

      Reply
    • blankFadhlan says

      October 31, 2020 at 3:54 pm

      Salam, sekarang masih pakai lg ke portable aircond ni?? Bil letrik mahal x?bunyi kuat lg ataupun dh slow skt…rekeman x utk pakai brand midea 1.5hp ni??tq

      Reply
      • blankFaizAlias says

        October 31, 2020 at 3:57 pm

        ya…sgt rekemenkan pakai yg ni….bunyi dah tak kuat…mula2 pasang je dulu bunyi kuat…lama2 bunyi akan kurang…letrik bergantung pada cara guna…

        Reply
  6. blankNaim says

    November 12, 2020 at 1:22 pm

    Agaran saya guna.. 1 bulan rm80 1 bulan.. Siang mlm on

    Reply
    • blankFaizAlias says

      November 12, 2020 at 2:15 pm

      murah dah tu kalau buka siang malam RM80 je sebulan…TQ..sebab saya ON jarang2 aircond ni…

      Reply
  7. blankJi says

    November 18, 2020 at 1:55 am

    Assalammualaikum tuan, so far tuan ada bersihkan dia atau belum lagi ? Leceh ke nak bersihkan dia & boleh bersihkan sendiri atau kena panggil orang datang ?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      November 18, 2020 at 3:30 pm

      so far saya guna setahun lebih xde lagi kena bersihkan…

      Reply
  8. blankwati says

    December 3, 2020 at 2:16 am

    saya nak naiag coklat, booth saya xde aircond yg di dinding.
    sesuai tak saya guna portable aircond.
    tapi xde lubang nk letak wire yang bagi air kluar.
    ada tak yang jenis simpan air.

    Reply
    • blankFaizAlias says

      December 6, 2020 at 11:16 am

      sesuai…aircond ni rupanya tak perlu tempat keluar air pun…dia kering dengan sendiri..cuma udara panas tu perlu alir dengan betul

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives