Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Sotong Celup Tepung Terbaik Di Kuala Terengganu – Warung Pok Nong

Sotong Celup Tepung Terbaik Di Kuala Terengganu – Warung Pok Nong

Post on March 16, 2020 Last Updated on February 19, 2021 by FaizAlias

Kat mana nak cari sotong celup tepung kat Kuala Terengganu ni? Sebenarnya kat Kuala Terengganu ni ada banyak gerai sotong celup tepung dan ikan celup tepung.

Tapi, yang paling viral dan paling tersohor adalah Warung Pok Nong yang terletak di Kampung Teliput, Kuala Terengganu.

sotong celup tepung kuala terengganu

Kalau korang datang melancong ke Kuala Terengganu ni, ni adalah salah satu tempat wajib yang mesti korang singgah.

Kalau nak ikutkan, tak ada yang spesial sangat pun. Rasanya sama je macam kat gerai-gerai lain. Tapi mungkin sebab warung tersebut sudah lama dibangunkan dan pernah disinggah oleh program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) TV3.

Di sini bukan jual sotong celup celup tepung, tapi ada juga ikan celup tepung, keropok lekor dan udang celup tepung.

Kalau air pula, tak banyak pilihan pun. Yang ada air jus epal, oren dan air yang biasa seperti sirap dan bandung. Tapi yang paling spesial rasanya kat sini hanya air kelapa.

blank

Masa aku awal-awal sampai tu dalam pukul 3 petang, ramai gila orang beratur kat sini.

Nak sampai kat tempat makanan tu, makan masa dekat sejam juga lah.

Ramai tak ramai orang yang datang sini.

Tapi disebabkan aku nak buat content untuk review pada korang, so aku terpaksa beratur lama.

blank

Gambar atas ni aku ambil pemandangan dengan drone. Memang beratur panjang la weh.

Kereta pula penuh parking kiri kanan.

blank

Nah, ni pula pandangan dalam warung ni. Nasib baik warung ni jenis terbuka. Kalau tak, boleh sesak nafas dalam korang tu.

blank

Perniagaan mereka akan mula pada 3.30 petang dan akan tutup pada 8.00 malam pada setiap hari kecuali hari selasa akan cuti.

Jadi, korang jangan fikir mereka buka awal pagi dan tutup lewat malam. Mereka ambil masa tengah-tengah tu. So, plan dari awal kalau nak datang sini.

blank

Haa.

Satu lagi aku suka sini sebab boleh layan diri.

Layan diri best sebab kita boleh pilih apa yang kita nak. Just order je.

Lagipun aku rasa layan diri macam ni lagi cepat jika keadaan orang ramai macam ni.

Lama-lama aku beratur, ni je aku order.

Hahaha…

Lagipun harga banyak ni dah nak dekat RM50.

Bagi aku agak mahal.

Harga sepinggan sotong tu lebih kurang dalam RM30 dan harga seekor ikan tu harga dalam RM5 je.

Tapi, agak kecewa sikit sebab jika korang lihat dalam pinggan tu macam penuh dengan sotong kan?

Tapi kalau dah habis makan lebih kurang 65% akan tinggal tepung dalam tu. Hanya 35% sahaja sotong dalam tu.

blank

Jadi, kalau korang nak cuba, boleh la datang ke sini walaupun harganya agak mahal.

Untuk bayar pula, kat sinilah kauter bayaran. Korang mesti bayar dulu sebelum makan.

blank

Di bawah ni aku sediakan alamat untuk warung Pok Nong supaya korang senang untuk datang ke sini.

Address: Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Hours: 3.30 PM – 8.00 PM (hari Selasa cuti)
Phone: 013-351 7262

Kalau nak tengok video aku kat sini, boleh tengok video kat bawah ni.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Baca juga..

  • Apa Jadi Jika Kerajaan Cetak Wang Dengan Banyak?
  • Jom Belajar Asas Kamera
  • Teknik Scammer Penipuan Pembelian Wang Lama
  • Cara Tambah Kelajuan Internet Di Rumah
  • 5 Idea Bisnes Modal Bawah RM1000 Untuk Usahawan

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives