Senarai Semak Sebelum Publish Video di YouTube

Senarai semak sebelum publish video di YouTube | Sekarang ni dah ramai rakyat Malaysia yang cuba buat duit dengan YouTube ni. Tak kira yang kerja sendiri sampailah yang kerja kerajaan pun cuba berkarya di YouTube untuk jana pendapatan sampingan.

Aku sendiri pun ada channel YouTube. Kalau korang belum follow, boleh follow channel Blog Faiz sekarang. Masa aku menaip artikel ni, subscribers aku tepat 16,000 subscribers.

Sebenarnya mudah je nak buat duit kat YouTube ni. Cuma perlukan idea untuk hasilkan content-content yang unik sekaligus menarik ramai penonton untuk lihat video kita.

Itu kunci yang paling utama.

senarai semak youtube

Jadi topik aku pada kali ni adalah berkaitan dengan YouTube iaitu senarai semak sebelum publish video di YouTube.

Senarai Semak Sebelum Publish Video di YouTube

Di bawah ni aku berikan beberapa tips apa yang perlu korang buat sebelum publish video di YouTube supaya video korang tu dapat banyak video daripada biasa.

#1. Review Video Penuh

Sebelum korang upload video di YouTube, aku sarankan untuk semak dan lihat secara penuh video yang nak upload tu. Bukan apa, takut ada bahagian yang korang tersalah edit nanti boleh betulkan dengan segera.

Bukannya upload baru nak review full. Yang ni ramai silap. Upload kat YouTube dulu baru lihat video. Kalau ada silap pada video tu tak ke bazir masa dan kouta nak kena ubah balik.

Nanti sebelum kita klik pada butang publish pun kita akan review sekali lagi. Tapi review yang tu bukan nak lihat kat mana kita salah edit video dah tapi kita nak lihat kat mana perlu tambah baik lagi.

Pasal isu copyright ni banyak sangat masalah bagi mereka yang baru nak bermula. Ada yang tak faham pun ramai. Mereka main ambil je lagu dan letak dalam video YouTube. Bila dah kena copyright nak mohon untuk monetize pun tak boleh.

senarai semak youtube

Jadi, pastikan sebelum upload video kat YouTube tu, kenalpasti lagu, musik background adalah bukan copyright.

#3. Letakkan Hastag Yang Sesuai

Letak hastag atau bagi mereka yang tak tahu hastag tu macam mana, ni ha simbol hastag (#). Hastag ni sangat berguna jika ada orang ingin cari topik yang lebih kurang sama.

Sebagai contoh korang buat vlog di Cameron Highland. Jadi dalam description video tu korang boleh letak #cameronhighland #cameron #tanahtinggi dan sebagainya. Itu contoh yang aku bagi.

Nanti hastag tu akan jadi link yang boleh di klik. Bila orang klik pada hastag dia akan senarai semua hastag yang sama.

#4. Pastikan Tajuk Video Yang Menarik

Bab nak buat tajuk video yang menarik ni agak susah juga sebenarnya. Orang kata tajuk yang lebih catchy.

Bila orang baca tajuk kita tu, mereka rasa nak klik dan tengok video kita.

Ni kena ada skill juga sebenarnya. Skill clickbait.

Ramai yang tak faham bila sebut je clickbait kata tak boleh.

Tajuk yang Clickbait ni boleh sebenarnya. Yang tak boleh adalah tajuk misleading.

Ok contoh aku bagi ayat clickbait macam dalam video yang aku pernah buat sebelum ni.

senarai semak youtube

Di sini aku buat tajuk “Kelas YouTube Cardock Sampah?

Korang kena faham di sini. Ini adalah ayat pertanyaan. Bukan aku nak beritahu yang kelas YouTube Cardock ni sampah.

Tapi ramai yang fikir aku akan beritahu perkara yang sebaliknya.

Jadi, ini adalah contoh tajuk clickbait yang dibenarkan.

Berbeza pula dengan tajuk misleading.

Tajuk yang misleading adalah tajuk yang tidak kena atau tidak berkaitan dengan video.

Sebagai contoh. Tajuk video “Buaya Makan Buah Durian” sebab korang nak nampak tajuk ni menarik tapi dalam video tu hanya video buaya yang sedang berenang biasa. Jadi, ini adalah contoh tajuk yang misleading yang perlu korang elakkan.

Tajuk yang misleading ni pun boleh dikenakan penalti dari pihak YouTube.

#5. Masukkan Keyword Yang Berkaitan

Lepas upload video dalam YouTube, sebelum klik butang publish tu korang kena pastikan dulu korang dah tulis keyword-keyword atau katakunci yang berkaitan.

senarai semak youtube

Katakunci ni sangat penting sebab bila ada orang cari video nanti, mungkin video kita akan tersenarai di carian YouTube.

Jadi, jangan abaikan katakunci ni dan pastikan taip katakunci yang berkaitan sahaja.

#6. Tulis Description Yang Menarik

Description ni tak penting sangat pun tapi ia serba sedikit membantu korang dari segi SEO dan jika kena caranya ia boleh tambah pendapatan sampingan.

Secara ringkas, tulis je ringkasan mengenai video yang korang upload tu. Dan kalau ada link affiliate, korang boleh letak sekali link affiliate dalam tu. Bila orang klik dan beli produk melalui link affiliate tu, korang akan dapat komisyen.

Jadi, pastikan korang tulis sikit pada bahagian description ni sebelum klik publish video.

#7. Guna Custom Thumbnail

Untuk featured image, memang pihak YouTube akan generate beberapa gambar dari video kita tu secara random. Tapi nasihat aku untuk korang, jangan terus guna thumbnail yang dicadangkan oleh YouTube tu. Apa yang perlu korang buat adalah upload featured image sendiri yang dicustom made.

Bila custom made, korang boleh reka design yang lebih menarik lagi dari yang dicadangkan oleh YouTube.

senarai semak youtube

Bab thumbnail image ni juga sangat penting sama dengan tajuk.

Korang boleh buat manipulasi sikit pada gambar untuk orang tertarik untuk klik pada video kita tu.

Untuk buat thumbnail image atau thumbnail YouTube dengan lebih cepat dan nampak lebih pro, aku cadangkan untuk cuba TubeBuddy.

Kesimpulan

Jadi, itulah senarai semak yang korang boleh follow untuk optimize video korang tu di YouTube.

Sebenarnya banyak lagi setting tapi setting yang biasa-biasa tu korang boleh buat sendiri mengikut kesesuaian video.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top