6 Langkah Mudah Cara Basuh Uri Dalam Islam

Cara Basuh Uri Dalam Islam | Uri adalah sebagaian daripada bayi di mana kita sebagai penjaga harus uruskan uri dengan sempurna selepas bayi dilahirkan. Ramai je ayah-ayah zaman sekarang tidak tahu nak uruskan uri dengan sempurna. Sebab tu ada yang tinggalkan uri dekat hospital macam tu je atau buang terus dalam bakul sampah.

Apa yang boleh saya nasihatkan di sini, kita sebagai seorang ayah, janganlah memperlakukan uri anak kita macam tu kerana ia nampak seolah-olah hina dan tiada tanda hormat sedangkan uri adalah peneman setia dan pelindung bayi kita semasa mereka di alam rahim.

Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab, kita perlu belajar cara nak uruskan Uri dengan sempurna kerana uri juga datang daripada darah daging kita. Sanggup ke kita lihat darah daging kita dihurung semut atau dimakan binatang buas?

Jadi, dalam artikel kali ni saya nak tunjukkan cara basuh uri dalam islam.

Apa Itu Uri?

Masih ada ke tak kenal apa itu Uri? Uri juga dikenali sebagai plasenta dalam bahasa perubatan. Uri adalah satu struktur yang terbentuk dalam rahim dengan tujuan untuk melindungi bayi dalam kandungan dan juga memberikan nutrisi serta oksigen.

Gambar di bawah ni adakah bentuk Uri setelah ia dikeluarkan dari rahim.

cara basuh uri

Hukum Basuh Uri Dalam Islam

Dalam islam, hukum basuh dan tanam uri selepas bayi dilahirkan adalah harus. Jangan pula anda rasa berdosa atau terkilan jika sebelum ni anda tidak pernah pun untuk basuh uri anak lepas dilahirkan.

Cuma, kita sebagai seorang islam kita mestilah menunjukkan contoh yang baik pada agama lain supaya benda ni menjadi ikut ikutan. Bila kita basuh uri dan tanam, islam tu akan nampak lebih indah lagi berbanding dengan ajaran agama lain yang mungkin buang macam tu je dalam bakul sampah!

Lepas tu mulalah datang semut hurung dan binatang buas pun mula selongkar tong sampah sebab nak makan uri tadi. Ingat, jika korang berada di kawasan kampung, babi dan anjing liar memang suka menjamah uri ni.

Bahan Persediaan Basuh Uri

Di bawah ini saya senaraikan beberapa bahan yang perlu korang sediakan sebelum mula basuh uri. Barulah kerja tak tergendala.

Antara barang tersebut adalah;

  1. Garam
  2. Asam Jawa
  3. Asam Keping
  4. Kain Balut (untuk balut uri)

Kesemua bahan ni kita boleh dapat dengan mudah di kedai.

Namun, saya sarankan untuk anda dapatkan pakej set lengkap cuci uri.

cara basuh uri

Dalam set pakej lengkap basuh uri ni, anda akan dapat semua benda yang diperlukan tanpa perlu cari satu satu di kedai.

Yang paling best, apron, glove serta facemask juga diberikan dalam set pakej lengkap ni.

Klik sini untuk dapatkan set lengkap cuci uri.

Cara Basuh Uri Dalam Islam

cara basuh uri

Macam mana cara basuh uri dalam islam? Sebagai ayah atau penjaga, kita mesti ambil tahu cara basuh uri atau menguruskan uri ni secara sempurna kerana kita tak mahu uri anak kita dimakan oleh binatang buas, dihurung semut atau lalat sehingga menampakkan uri anak kita tu jijik dan hina.

Mesti kita tak mahu lihat perkara ni berlaku kan?

Jadi, di sini saya akan kongsikan cara macam mana kita nak uruskan uri ni mengikut islam yang penuh adab dan tertib walaupun cuci uri ni tiada panduan khusus dalam islam.

Langkah 1 Sebagai seorang islam, apa-apa saja perkara yang ingin kita lakukan haruslah membaca bismillah terlebih dahulu. Barulah setiap perkerjaan yang ingin kita lakukan jadi lebih mudah dengan harapan Allah bantu kita.

Langkah 2 Cuci uri terlebih dahulu dari kesan kotoran darah beku dan bilas dengan air sehingga bersih.

Langkah 3 Cuci pula uri bersama garam, asam jawa dan asam keping.

Langkah 4 Lepas dah siap basuh, bilas sekali lagi dengan air sehingga bersih.

Langkah 5 Bungkus uri tadi dengan kain pembalut dengan kemas.

Langkah 6 Gali tanah dengan anggaran binatang buas tidak dapat bau dan korek semula tanah tersebut. Siap!

Jika korang nak tenok dalam bentuk video, boleh rujuk video YouTube di bawah.

Soalan Lazim

Apa hukum cuci uri dalam islam?

Hukum cuci uri dalam islam adalah harus. Buat tak dapat pahala, tak buat tak dapat dosa apa-apa pun. Tapi, kita harus tahu tanam sesuatu yang datang dari badan kita, hukumnya adalah sunat. Jadi secara tak langsung kita akan dapat pahala sunat sebab tanam uri.

Apa kaitan cara basuh uri dengan perangai anak?

Perangai anak tiada kaitan langsung dengan cara cuci uri. Semuanya bergantung kepada didikan yang diberikan oleh ibu bapanya.

Boleh ke tanam uri tanpa basuh?

Boleh. Tiada masalah. Tujuan kita basuh adalah untuk kurangkan bau dan mengelakkan mudah dikesan oleh binatang buas seperti anjing liar dan babi.

Kenapa Uri perlu ditanam?

Uri perlu ditanam sebab ia juga sebahagian anggota yang datang daripada tubuh badan kita. Lagipun hukum tanam uri adalah sunat seperti mana nabi menanam kuku selepas dipotong.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top