Cara Bayar Bil Air Online Menggunakan JomPay (Maybank2u)

Cara Bayar Bil Air Online Menggunakan Jompay (Maybank2u) | Jika dahulu korang perlu bersusah payah pergi ke kiosk pembayaran bil air, sekarang ini tidak perlu lagi korang bersusah payah untuk pergi. Tak perlu beratur panjang dan tidak perlu ambil nombor giliran untuk buat pembayaran.

Kepada korang yang kerja office hour tidak perlu risau untuk mencuri masa pergi ke kiosk pembayaran bil air. Semuanya di hujung jari korang dan korang boleh buat pembayaran walaupun jam 3 pagi!

Zaman sekarang semuanya kita hendak bertindak cepat bukan?

Jadi tutorial aku pada kali ini adalah ingin mengajar korang macam mana cara nak buat pembayaran bil air secara online sahaja.

Cara Bayar Bil Air Online Menggunakan JomPay (Maybank2u)

Apa yang aku nak tunjukkan pada kali ini adalah bagaimana korang boleh bayar bil air korang menggunakan JomPay melalui Maybank2u. Jika korang tiada akaun Maybank2u secara online korang patut daftar satu.

Jika korang ada akaun bank atas talian ni akan memudahkan korang untuk buat pembayaran apa sahaja jenis bil nanti.

Kepada yang tiada akaun Maybank, tidak mengapa. Pada tutorial akan datang aku akan tunjukkan cara melalui akaun CIMB pula. Jika korang tiada juga akaun CIMB, baik korang cepat-cepat daftar salah satu sebab Maybank dan CIMB adalah antara bank utama di Malaysia. Kalau tak ada antara salah satu akaun bank ni urusan korang agak sukar sikit.

Baiklah. Kita mulakan tutorial sekarang.

Langkah 1 Login ke akaun Maybank2u

Langkah 2 Klik pada menu “Pay and Transfer”

Langkah 3 Klik pada menu “Pay and Transfer”. Selepas itu korang akan lihat seperti gambar di bawah.

bayar bil air online

Pada bahagian “Pay To” korang klik dan pilih JomPay. Pada bahagian logo JomPay tu pula, korang masukkan “Biller Code”. Biller Code ni korang boleh dapatkan dekat bil air korang. Cuba cari mesti ada. Biasanya ia berada di atas sekali dalam resit bil air korang.

Lepas masukkan “Biller Code” klik “ENTER”

Untuk step ketiga, ini saja dulu.

Langkah 4 Lepas korang klik “ENTER” tadi akan keluar satu popout seperti gambar di bawah.

bayar bil air online

Pada bahagian ini, korang hanya perlu isi bahagian “Ref-1” sahaja.

“Ref-1” ni adalah nombor akaun bil air korang. Yang ni pun korang boleh dapatkan dekat dengan bil air. Cuba semak sekarang.

Lepas masukkan “Ref-1” klik tanda setuju terma dan syaratnya kemudian klik pada butang “Pay”.

Langkah 5 Untuk langkah kelima ni, korang perlu masukkan TAC. Nombor TAC ni akan dihantar ke nombor telefon korang semasa daftar Maybank2u ni.

bayar bil air online

Masukkan TAC dan klik butang “Confirm”

Siap.

Kalau korang rasa tutorial ni bermanfaat, bolehlah share pada kawan-kawan korang atau klik saja butang share untuk share di Facebook.

Di bawah ni saya sediakan video macam mana nak bayar bil air Kelantan secara online.

Cara bayar bil air Kelantan secara online

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

7 thoughts on “Cara Bayar Bil Air Online Menggunakan JomPay (Maybank2u)”

Leave a Comment

Scroll to Top