3 Cara Bayar Bil Elektrik Online Tanpa Perlu Bayar Di Kaunter

Macam mana cara bayar bil elektrik online? Bila saya cuba buat research di Google, rupanya ramai juga yang buat carian macam mana nak bayar bil elektrik online ni ataupun cara bayar bil TNB.

Maksudnya di sini orang ramai dah mula sedar akan kemudahan buat bayaran bil secara online tanpa perlu beratur dan ambil nombor giliran lagi.

Jimat masa, jimat duit bayar parking dan jimat dari segi masa.

Hanya perlu sambungan talian internet pada smartfon atau laptop dah boleh settel pembayaran bil.

Tahniah saya ucapkan kepada korang yang sudah sampai ke sini.

So, korang pun nak guna kemudahan ni.

Jadi, dalam tutorial ni saya akan tunjukkan macam mana nak bayar bil elektrik tnb secara online melalui tiga kaedah iaitu melalui Maybank2u, CIMB Clicks dan juga MyTNB.

Sebelum tu mari kita lihat dulu apa kelebihan bayar bil secara online yang saya akan tunjukkan dalam tutorial ni.

Kelebihan Bayar Bil Elektrik Online

Banyak kelebihan yang dapat jika kita pandai buat bayaran bil elektrik secara online ni. Antaranya adalah;

  1. Jimat masa. Kalau kita buat bayaran bil secara walk-in ataupun melalui kiosk yang telah disediakan, mungkin ambil masa sejam atau dua jam bergantung pada jarak jauh rumah korang dengan kaunter pembayaran. Yela, masa nak pergi dah berapa banyak masa terbuang. Cari parking lagi. Nak boleh sampai tu boleh dikatakan separuh masa dah habis.
  2. Jimat duit. Jimat duit dari segi minyak petrol dan juga bayar parking.
  3. Boleh bayar di mana-mana. Untuk bayar bil elektrik secara online ni apa yang korang perlukan hanya peranti samaada smartfon atau laptop. Tapi secara personal saya lebih suka guna laptop jika nak buat apa-apa saja pembayaran sebab laptop screen lebih luas.
  4. Jika kita pandai buat bayaran bil elektrik online ni, kita boleh tolong buat pembayaran untuk orang lain juga. Macam contoh nak tolong bayar bil elektrik pada mak dan ayah kat kampung. Jadi tak perlu bersusah payah lagi mereka nak keluar bandar semata-mata nak bayar bil elektrik ni. Onlinekan je.
  5. Tidak menganggu masa kerja. Sesiapa yang bekerja tu faham lah akan keadaan masa bila nak cari masa pergi ke kaunter pembayaran untuk bayar bil elektrik. Kadang-kadang nak minta dengan bos keluar kejap pun tak boleh. Boleh naik stress dibuatnya. Jadi jika dah ikut dalam tutorial ni tak perlu lagi dah untuk pergi ke kaunter pembayaran lepas ni.

Baiklah. Jadi kali ni saya nak kongsikan pada korang macam mana nak bayar secara online dengan cara paling mudah dan ringkas.

Cara Bayar Bil Elektrik Online Melalui 3 Kaedah

bagaimana cara nak bayar bil elektrik secara online

Dalam tutorial ni aku akan gunakan tiga kedah cara pembayaran bil TNB secara online.

Mari kita lihat.

Cara #1 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui Maybank2u

Langkah 1 Mula-mula login akaun Maybank2u dan klik pada menu Pay & Transfer seperti yang ditunjukkan gambar di bawah.

pilih pay & transfer maybank

Langkah 2 Lepas itu korang akan lihat paparan seperti di bawah. Klik pada menu Pay.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Ok di sini ada tiga petak korang kena isi. Pertama Pay From tu just pilih dari akaun mana korang nak bayar. Pay To pula sila pilih JomPay dan pada petak logo JomPay tu sila masukkan Biller Code. Biller code ni boleh di ambil dari resit bil eletrik korang.

Lepas sudah masukkan biller code tadi, klik enter.

Langkah 3 Dah klik enter kan tadi? Kemudian dia akan keluar satu popout seperti gambar di bawah.

masukkan nombor akaun TNB untuk buat bayaran online

Pada petak Ref-1 tu sila masukkan nombor akaun TNB korang. Yang ni pun boleh dapat dekat bil elektrik. Jangan salah masukkan pula nanti terbayar untuk orang lain. Huhu…

Kemudian, terus lompat ke Pay Amount. Sila masukkan jumlah bil di sini.

Klik tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions dan klik butang Pay.

Langkah 4 Langkah ini adalah untuk keselamatan iaitu masukkan nombor TAC untuk meneruskan pembayaran. TAC ni akan dihantar dalam telefon korang semasa mendaftar Maybank2u ni.

klik request TAC untuk buat bayaran elektrik online

Klik request dan klik sahkan pembayaran.

Itu saja cara-cara untuk bayar bil elektrik online.

Cara #2 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui CIMB Clicks

Langkah 1 Login ke dalam akaun CIMB Clicks.

Langkah 2 Lihat pada menu sidebar, pilih Pay & Transfer »JomPAY.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Langkah 3 Kemudian, anda perlu isi biller code, ref-1, pilih dari akaun mana nak buat bayaran dan masukkan jumlah.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Untuk dapatkan Biller Code dan Ref-1, anda boleh lihat di bil TNB. Ia berada di bawah bil sebelah kanan. Kebiasaannya biller code adalah sama untuk semua.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Langkah 4 Kemudian, anda perlu klik yes pada terma dan syarat dan klik pada buatng make payment.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u
cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Anda perlu request terlebih dahulu nombor TAC di mana ia akan dihantar ke nombor telefon kita.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Jika dah terima nombor TAC, masukkan je dan klik pada butang Confirm.

Kalau pembayaran korang dah berjaya, korang akan terima mesej seperti berikut.

cara bayar bil elektrik online,bayar bil tnb online,bayar bil tnb cimb clicks,bayar bil tnb maybank2u

Siap!

Cara #3 Cara Bayar Bil Elektrik Melalui MyTNB

Untuk bayar melalui applikasi myTNB, sebenarnya aku sudah buat satu tutorial yang khas sebab tak nak bagi korang nampak celaru. Boleh lihat tutorial cara bayar bil elektrik melalui akaun my TNB.

Namun di sini aku beritahu secara ringkas.

Langkah 1 Daftar akaun MyTNB

Langkah 2 Login ke akaun dan klik pada Pay Bill

Langkah 3 Pilih akaun yang nak dibayar dan klik sekali lagi pada Pay Bill.

Langkah 4 Akhir sekali pilih kaedah pembayaran dan buat bayaran.

Siap!

Manfaat Bayar Secara Online

Antara manfaat jika korang buat pembayaran secara online adalah

  1. Boleh bayar bila-bila masa dan di mana saja.
  2. Tak perlu keluar pejabat waktu kerja untuk urusan pembayaran bil.
  3. Jimat minyak motor atau kereta.

Kalau korang masih amalkan bayar secara walk-in di kaunter, korang patut ubah sekarang buat bayaran secara online pula.

Jika korang suka tutorial secara bervideo, boleh lihat salah satu video tutorial yang aku hasilkan di bawah.

Cara bayar bil elektrik TNB melalui applikasi MyTNB
Cara bayar bil elektrik TNB melalui CIMB Cliks
Cara bayar bil elektrik untuk orang lain secara online
Bayar bil elektrik TNB melalui Maybank2u

Tempat Bayaran Bil Elektrik TNB Selain Bayar Online

Mungkin ada yang tidak tahu untuk buat bayaran bil elektrik TNB secara online.

Tapi, korang juga boleh buat bayaran seperti di tempat berikut jika tak tahu nak bayar online.

  1. Kioks mesin pembayaran TNB. Kebiasaan terletak di pejabat TNB saja. Nanti kita boleh layan diri. Tak perlu beratur ambil nombor giliran.
  2. Bayar direct di kaunter TNB. Yang ni kaedah jenis lama yang mana dah ramai tak guna cara ni lagi dah.
  3. Bayar di 7-Eleven. Just pergi ke kaunter pembayaran dengan bawa bil TNB. Nanti cashir 7-Eleven akan buat pembayaran untuk korang. Biasanya mereka akan ambil sedikit fee.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini saya telah tunjukkan tiga cara macam mana korang boleh bayar bil elektrik online tanpa perlu pergi ke TNB atau kiosk pembayaran lagi selepas ini.

Saya rasa pada zaman serba canggih ni dah tiba masanya untuk kita kurangkan benda yang dibuat secara walk-in macam contoh pembayaran bil TNB ni. Bila kita buat je semua secara online sebenarnya dah banyak benda kita boleh jimatkan dan dapat selesaikan masalah kita dengan mudah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “3 Cara Bayar Bil Elektrik Online Tanpa Perlu Bayar Di Kaunter”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top