Cara Buat Baja Organik Dari Sisa Makanan

Cara Buat Baja Organik Dari Sisa Makanan | Sisa makanan mungkin menjadi antara masalah utama bagi setiap pemilik rumah kerana ia boleh menyebabkan satu rumah berbau busuk jika tidak diuruskan dengan baik. Contoh seperti saya sendiri, tugas seorang suami perlu buang sampah sekurang-kurangnya dua kali seminggu di tong sampah besar yang disediakan oleh pihak majlis. Bayangkan, sisa makanan ni jika tak dibuang dalam masa sehari pun, ia sudah berulat, berair dan berbau busuk. Lagi naya, jika tak ada motosikal nak bawa, terpaksa bawa sampah dengan kereta.

Ini tak sepatutnya berlaku!

Apa yang perlu korang tahu juga, pembuangan sisa makanan ni boleh menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Selain dari berbau busuk, sisa-sisa makanan ni ia akan melepaskan gas dikenali sebagai gas Methane yang boleh menyebabkan masalah pemanasan global.

Adakah kita nak alam sekitar kita ni tercemar dari bahan-bahan buangan yang kita hasilkan sendiri? Tidakkah kita rasa bersalah?

Jadi dalam artikel ni saya nak kongsikan pada korang macam mana saya uruskan sisa-sisa makanan yang kita makan setiap hari di rumah supaya rumah kita lebih bersih dan sisa-sisa makanan tu nanti kita boleh jadikan ia baja organik secara semulajadi.

Cara Buat Baja Organik Dari Sisa Makanan

Sebelum saya kongsikan cara macam mana saya uruskan sisa makanan ni, jom kita kenali dulu apa maksud baja kompos atau dipanggil juga sebagai baca organik.

baja organik dari sisa makanan

Baja organik merupakan baja yang terhasil dari sumber-sumber yang tidak menggunakan bahan kimia. Sebagai contoh sumber tersebut adalah dari sisa-sisa makanan kita selepas makan, sisa sayuran yang dipotong, kulit buah, buah buruk, nasi basi atau apa-apa saja bahan yang boleh terurai.

Jadi, kesemua bahan-bahan ni, kita boleh kumpul dan boleh jadikan ia sebagai baja. Kelebihan jika kita buat benda ni adalah, kita boleh selamatkan alam sekitar dari terus musnah dan juga kita boleh kurangkan buang sampah basah yang mungkin akan mengotorkan kenderaan kita.

Bahan-Bahan Untuk Buat Baja Organik Dari Sisa Makanan

Bahan nak buat baja kompos ni senang je. Antara alat yang saya perlukan untuk buat baja kompos ni adalah:

  1. Tong sampah ni berkapasiti 22 gelen
  2. Mata penebuk lubang bersaiz 22 mm
  3. Drill Cordless Murah

Ni je barang yang korang perlu sediakan. Cukup mudah nak buat projek ni.

baja organik dari sisa makanan

Tong sampah bersaiz 22 gelen ni aku beli di Shopee. Kalau korang nak beli, boleh beli Tong Sampah Felton 22 Gallen di Shopee.

Tong sampah lain pun masih boleh digunakan tapi saya tak sarankan sebab hanya tong sampah yang ada penutup flip yang sesuai untuk digunakan dalam projek ni. Tujuannya adalah untuk memudakan kita buka dan tutup tong sampah tu nanti.

Dengan berkapasiti 22 gelen, sisa makanan yang kita buang tu tidak akan cepat penuh kerana sisa makanan yang kita buang akan terurai dan diganti dengan sisa makanan baru.

Langkah-Langkah Memulakan Projek DIY Baja Organik Guna Sisa Makanan

Langkah #1 : Tebuk Lubang Pada Tong Sampah

baja organik dari sisa makanan

Untuk langkah yang pertama ni adalah kita perlu tebuk pada setiap sisi tong sampah. Tujuan kita tebuk pada setiap sisi tong sampah adalah untuk memudahkan cacing, semut atau mikroorganisma dalam tanah masuk ke dalam tong sampah ni dan menguraikan sisa-sisa makanan kita tu nanti.

Lepas dah siap tebuk, korang akan lihat hasilnya seperti ini.

baja organik dari sisa makanan

Pastikan bawah tong sampah tu tebuk sekali sebab kita nak biarkan sisa-sisa makanan kita tu terus kena tanah. Bila sisa makanan kita kena tanah, ia lebih mudah untuk terurai.

Nak tebuk bawah tu sy guna gergaji halus. Korang gaji je sampai terbentuk lubang macam tu.

Tapi terus terang saya cakap nak siapkan benda ni saya perlukan masa hampir 8 jam untuk siapkan sepenuhnya sebab proses nak tebuk lubang tu agak makan masa.

Langkah #2 : Gali Tanah

Lepas dah siap tebuk tong sampah, kemudian kita beralih pula pada mengali tanah.

Untuk gali tanah ni, korang gali sehingga paras leher tong sampah.

Maksudnya bila korang tanam tong sampah ni nanti, pastikan ia tidak terlalu tenggelam atau terlalu timbul.

Tujuannya nanti senang la untuk korang nak uruskan tong sampah sisa makanan ni.

Langkah #3: Tanam Tong Sampah

Bila semuanya dah selesai, kita beralih kepada langkah terakhir iaitu proses tanam tong sampah.

baja organik dari sisa makanan

Cara nak tanam tong sampah ni ada caranya seperti yang saya beritahu sebelum ni iaitu tanam sehingga paras leher tong sampah sahaja.

Lepas dah ngam masukkan sehingga paras yang kita nak, kemaskan pula tong sampah tadi dengan tanah supaya ia tidak mudah bergerak.

Hasilnya? Rujuk gambar di bawah.

baja organik dari sisa makanan

Sekarang projek DIY kita cara buat baja organik dari sisa makanan telah pun siap sedia untuk digunakan.

Pastikan korang tahu sampah apa yang boleh dimasukkan dalam lubang tadi.

Contoh sampah yang boleh kita masukkan dalam ni adalah;

  1. Kulit bawang
  2. Lebihan hirisan sayuran
  3. Sisa makanan lepas makan
  4. Nasi basi
  5. Buah buruk
  6. Kulit tembikai
  7. Perut ikan/ayam

Atau apa-apa saja jenis sampah yang boleh terurai. Apa saja sampah boleh terurai, boleh masukkan dalam lubang kita hasilkan tadi.

Jika korang nak lebih faham projek DIY yang kita hasilkan ni, boleh cuba rujuk video yang saya hasilkan di bawah ni.

Adakah tempat pembuangan sisa akan berbau busuk jika menggunakan teknik ini?

Tidak berbau busuk seperti yang korang sangka kerana bau busuk tadi telahpun diserap oleh tanah.

Adakah air bertakung bila hujan?

Tengok kawasan dan tempat. Jika kawasan tersebut tanah kurang meresap air, air akan bertakung di dalam lubang ni buat sementara waktu. Jika kawasan tersebut baik penyerapan air, air tidak akan bertakung

Macam mana cara buat baja organik dari sisa makanan?

Bahan atau sisa makanan yang kita buang, akan melalui proses penguraian oleh cacing dan ulat dalam tanah. Segala zat yang ada dalam sisa makanan akan diserap dalam tanah yang akan menjadikan tanah tersebut subur untuk dijadikan tanah menanam.

Adakah jin suka tempat pembuangan sisa makanan?

Dengan teknik ni korang jangan risau kerana kita buat secara tertutup. Sisa makanan yang dikatakan dijilat jin adalah sisa buangan yang tidak bertutup seperti tempat pembuangan sampah.

Apa perlu buat jika dah penuh?

Dengan teknik ini, sisa makanan nak penuh agak sukar kerana penguraian dalam tanah sentiasa berlaku 24 jam. Andai kata memang dah betul penuh, korang boleh ambil sisa makanan dalam tu dan boleh terus letak dekat akar pokok atau boleh ambil sisa makanan dalam tu dan gaul bersama dengan tanah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top