Cara Refund FoodPanda Paling Mudah

Macam mana cara refund FoodPanda jika ada masalah dengan pesanan yang kita buat di applikasi Foodpanda? Foodpanda merupakan salah satu food delivery yang paling popular buat masa kini di Malaysia. Perkembangan Foodpanda ni boleh dikatakan sangat cepat berbanding pesaing yang lain seperti Grab Food, Odamakan dan lain-lain lagi. Jadi, di sini kita boleh beranggapan bahawa servis dari Foodpanda ni sangatlah mantap sehingga boleh berkembang pesat di Malaysia dengan begitu cepat.

Namun, di sebalik servis yang cepat dan mantap dari Foodpanda ni, mesti ada kekurangannya juga. Maklumlah, nak handle berpuluh ribu customer dalam masa sehari mesti ada juga yang terlepas pandang. Betul tak?

Salah satu contoh masalah yang kerap terjadi di Foodpanda adalah isu refund. Masalahnya adalah, ada sesetengah pelanggan yang layak dapat refund, akhirnya ambil masa berminggu bahkan ada yang bebulan-bulan lamanya untuk dapatkan refund.

Jadi, apa yang patut korang lakukan jika korang berada dalam situasi ini?

Dalam artikel ini, saya akan guide korang apa yang patut korang buat untuk dapatkan refund Foodpanda sebab dalam video Youtube cara refund Foodpanda yang saya buat sebelum ni ada juga yang tidak dapat refund walaupun layak.

Cara Refund FoodPanda

cara refund foodpanda

Untuk refund Foodpanda ni di sini saya ada dua cara untuk tunjukkan pada korang iaitu melalui applikasi Foodpanda dan juga melalui email.

Cara #1 Cara Refund Foodpanda Melalui Applikasi

Untuk cara yang pertama ni, saya akan tunjukkan cara macam mana nak buat refund Foodpanda melalui applikasi Foodpanda.

Langkah 1 Login applikasi Foodpanda

Langkah 2 Klik pada menu hamburger atau tiga garisan yang terletak di hujung atas kiri.

cara refund foodpanda

Langkah 3 Klik pada Help center.

cara refund foodpanda

Langkah 4 Klik pada Get help with my orders.

cara refund foodpanda

Langkah 5 Kemudian, di bahagian ni pilih makanan yang baru korang order. Order yang layak untuk kita refund akan tersenarai di sini.

Lepas tu, klik pada butang Get Help.

cara refund foodpanda

Langkah 6 Di sini korang boleh pilih banyak menu pilihan apa masalah korang dengan Foodpanda.

Untuk buat refund, boleh klik pada “I received the wrong order

cara refund foodpanda

Langkah 7 Seterusnya, pada bahagian ni korang perlu pilih cara untuk refund dan tulis sedikit nota pada Further details apa masalah korang sehingga ingin refund.

Lepas dah buat semua perkara di atas, klik butang submit untuk hantar kepada pihak support Foodpanda.

cara refund foodpanda

Tunggu dalam masa sehari atau kurang untuk mereka reply.

Pihak Foodpanda akan menghubungi korang untuk tindakkan selanjutnya.

Cara #2 Cara Refund Foodpanda Melalui Email

Cara kedua ni adalah cara buat refund Foodpanda melalui email. Kadang-kadang, dengan cara ni lagi berkesan berbanding memohon refund melalui applikasi mereka.

Jadi, saya sarankan jika korang ada masalah refund melalui applikasi, ikut cara kedua ni.

Jom kita mulakan.

Langkah 1 Sediakan bukti pembayaran seperti nombor order, invois dan sebagainya. Screenshot bukti tersebut untuk tukarkan dalam bentuk gambar.

Untuk dapatkan bukti tersebut, korang boleh login ke dalam applikasi Foodpanda.

Langkah 2 Login ke dalam akaun email samaada Gmail, Yahoo atau apa-apa saja penyedia email anda.

Langkah 2 Kemudian, pada subject email tulis “Refund for Order ID: (tulis order ID anda)” dan upload sekali dengan bukti yang telah kita screenshot tadi.

Pada body email pula, korang boleh tulis ni.

Hi FoodPanda Support team,
Please check my refund status.
Here I have attached receipt for your reference.
Thank You.

Langkah 3 Hantar email tadi ke email support@foodpanda.my

Setakat pengalaman saya, pihak mereka aktif reply email. Jadi, tunggu saja mereka reply untuk buat pengesahan dan seterusnya buat proses refund.

Itu saja untuk buat refund melalui email.

Jika korang nak tengok dalam bentuk video dan penerangan yang lebih dalam, boleh lihat video di bawah ni.

Tips Refund Foodpanda

Disebabkan ramai yang tidak dapat refund di Foodpanda walaupun layak, pastikan anda tahu beberapa tips berikut supaya permohonan refund korang di Foodpanda berjalan dengan lancar.

  1. Jika ada masalah pada pesanan, buat segera seberapa cepat yang mungkin.
  2. Sentiasa follow up status refund sehingga pihak Foodpanda membuat refund pada korang.
  3. Jika tututan refund melalui applikasi tidak berkesan, buat melalui email dengan ikut kaedah kedua di atas.

Soalan Lazim

Bila saya akan dapat refund dari Foodpanda?

Berikut adalah tempoh masa yang diambil untuk refund mengikut cara pembayaran.

1. Online banking, masa yang diperlukan untuk refund akan mengambil masa 14 hari.

2. COD/Cash, masa yang diperlukan adalah sehingga tempoh 2-7 hari bekerja.

3. Boost, jika bayar melalui applikasi Boost, masa yang diambil untuk refund adalah 1-7 hari bekerja.

4. Kad Debit/Kredit, mengambil masa sehingga 14 hari untuk refund.

Adakah saya layak untuk refund?

Berikut adalah contoh situasi yang layak untuk refund samaada refund penuh atau refund separuh.

Untuk refund penuh hanya layak untuk korang yang tidak menerima pesanan, makanan rosak/basi, tersalah pesanan, vendor membatalkan pesanan.

Untuk refund separuh pula hanya layak untuk makanan tumpah dan makanan hilang

Kenapa saya tidak dapat refund untuk makanan yang saya batalkan pesanan?

1. Anda membuat pembatalan setelah order diterima oleh Vendor.
2. Pembatalan berlaku bila rider Foodpanda tidak dapat menghubungi anda melalui nombor telefon yang diberikan. (Rider Foodpanda akan menelefon sebanyak dua kali)
3. Pembatalan berlaku bila rider Foodpanda tidak menjumpai lokasi yang anda berikan setelah rider Foodpanda menunggu selama 10 minit.
4. Pembatalan berlaku bila anda tidak mengambil makanan dalam tempoh 20 minit selepas pick up order.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top