Kenali 10 Jenis Warna Najis Anak Dan Status Kesihatannya

Mungkin ada antara korang belum tahu macam mana nak pantau status kesihatan anak kecil yang baru lahir kan? Sebenarnya kita boleh pantau kesihatan mereka melalui warna najis je. So di sini kita perlu belajar dan kenali warna najis anak untuk kita tahu samaada anak kita tu sihat atau tak.

Sebelum teruskan, di sini saya nak beritahu ni adalah post pertama saya mengenai ilmu parenting.

InsyaAllah.

Sejak dah ada anak sorang ni saya rasa nak tambah kategori parenting pula dalam blog ni untuk terus berkongsi dengan korang berkaitan dengan ilmu parenting.

Tapi jangan anggap saya ni pakar dalam bab menjaga anak pula. Saya bukan Sheikh Muszaphar Shukor. Saya tak pakar pun dalam bab ni tapi apa yang saya buat adalah saya rujuk pakar, saya praktik dan saya kongsikan dalam blog ni dengan korang semua.

Sama-sama kita belajar apa salah kan?

Ok sekarang kita berbalik pada topik asal iaitu macam mana nak tahu status kesihatan anak melalui bentuk dan warna najis.

Kenali Warna Najis Anak Dan Status Kesihatannya

warna najis,warna najis anak

Apa yang Allah cipta pada kita cukup hebat. Hanya melalui darah dan juga warna najis, seseorang tu boleh dikesan menghidap penyakit apa. Sebab tu setiap kali korang pergi hospital tak kira sakit apa pun doktor akan ambil darah sebab nak buat ujian ada penyakit apa.

Tapi, untuk anak kecil kita sekadar perhatikan warna najisnya sahaja pun sudah memadai samaada anak kita cirit birit, berdarah dalam perut, sembelit dan sebagainya.

So, inilah jenis-jenis najis serta status kesihatannya.

#1. Newborn Poo (Meconium)

Jangan terkejut jika lihat warna najis anak yang baru lahir berwarna hitam kehijauan. Bagi bayi yang baru lahir, benda ni adalah normal kerana ia terdiri daripada sel dinding usus, hempedu, cecair amnion dan juga mukus. Najis ni tidak berbau tapi agak payah untuk ditanggalkan.

warna najis anak

#2. Najis Bermukus

Najis yang bermukus atau kelihatan berlendir adalah kerana sistem tubuh badan sedang melawan sesuatu penyakit. Ini berkemungkinan bayi korang mengalami alergik atau ada infection dalam badan. Apa perlu buat korang terus pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

warna najis anak

#3. Najis Berketul

Pernah lihat najis anak yang berketul-ketul tapi dalam kuantiti yang sedikit? Tu bermakna anak korang sedang mengalami gejala sembelit. Perbanyakkan makanan yang mengandungi fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebab semua makanan jenis ni akan melembutkan najis.

warna najis anak

#4. Najis Breastfeeding

Ni pula najis bayi yang menyusu ibu 100%. Ia akan berwarna golden yellow dan kelihatan berketul-ketul seperti susu yang basi. Ini bermaksud bayi korang normal dan tidak bermasalah.

warna najis anak

#5. Najis Iron Fortified

Najis bayi yang diberikan makanan ber”iron” seperti sayur sawi atau supplemet iron najisnya akan berwarna kehitaman bercampur kekuningan. Ini adalah normal. Tapi, jika tidak diberikan iron dan warna najis seperti ini, sila berjumpa segera dengan doktor sebab khuatir ada masalah yang lain.

warna najis anak

#6. Najis Cair (Cirit-birit)

Najis bayi yang cirit birit tekstur najisnya akan kelihatan terlalu cair dan biasanya dalam jumlah yang banyak. Jika keadaan berlarutan, sila berjumpa dengan doktor dengan sekadar segera sebab ciri birit boleh buatkan bayi jadi lemah.

warna najis anak

#7. Najis Formula Milk

Jika bayi korang sudah mula minum sus formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Sisa susu formula akan kelihatan ketulan-ketulan lebih besar berbanding breastfeeding. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya. Bau najisnya juga lebih kuat.

warna najis anak

#8. Najis Solid Food

Bila bayi sudah mula makan makanan pejal seperti roti atau nasi, najisnya juga akan mula berubah. Warnanya lebih coklat dan berbau. Kadang-kadang tekstur najisnya seperti orang dewasa.

warna najis,warna najis anak

#9. Najis Partially Digested Food

Jika najis bayi korang berketul dan kelihatan makanan yang belum hadam, ini adalah perkara normal bagi bayi yang baru belajar mengambil makanan solid. Biasanya terjadi jika bayi makan carrot, ubi dan sayuran lain.

warna najis,warna najis anak

#10. Najis Berdarah Segar

Ada sesetengah bayi mengalami alergik pada milk protein menyebabkan ia boleh bercampur dengan sedikit darah. Selain tu juga, semak pada sekitar punggung anak jika berlaku pendarahan.

warna najis,warna najis anak

Tindakkan Perlu Dibuat Jika Warna Najis Kelihatan Aneh

Sebagai seorang ibu dan ayah yang bertanggungjawab terhadap kesihatan anak kecil, kita hendaklah sentiasa perhatikan segala benda yang aneh pada anak kita terutama perubahan yang berlaku pada najis anak.

Cara memerhatikan najis anak adalah cara yang paling mudah untuk pantau status kesihatan.

Jadi, apa perlu korang buat jika najis anak kelihatan aneh dan lain dari yang lain?

  1. Pertama sekali jangan panik sebab dengan panik akan buatkan korang tidak dapat berfikir dengan matang dan rasional.
  2. Segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan bertangguh sebab jika bertangguh takut ada komplikasi lain pula yang akan berlaku. Pengesanan awal buatkan doktor lebih mudah untuk semak ada penyakit apa.
  3. Ambil gambar dan post di group ibu di Facebook sebab ada banyak “pakar” di sana. Tak apa jika pakar tak bertauliah pun tapi kebanyakkan mereka ada banyak pengalaman apa yang berlaku. Antara group yang korang boleh join adalah Kelab Ibu Mengandung dan Menyusu.
  4. Selain tu juga boleh rujuk dan bertanya di group theAsianparent Malaysia. Nanti boleh download applikasi mereka di Smartphone dan bertanya di Forum mereka.
  5. Buat pemerhatian berkala tingkah laku anak jika teksture najis berbeza sebelum ni.

Kesimpulan

Jadi itu saja perkongsian saya dalam artikel ni. Jika korang nak tahu anak ada sakit atau masalah apa, boleh cuba tengok dulu melalui warna najisnya. Jika najis tak normal ada sesuatu la tu. Segera jumpa doktor tanpa bertangguh.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top