Tips Jimat Bajet Kahwin Untuk Bakal Pengantin

Macam mana nak jimatkan bajet kahwin? Untuk jayakan sesebuah majlis perkahwinan, banyak benda yang perlu diambil kira. Salah satunya adalah bajet berapa banyak pihak pengantin perlu habiskan untuk lengkapkan hari bahagia mereka.

Bagi mereka yang berduit, pastinya tak ada masalah bab bajet ni. Apa saja yang mereka idamkan, mereka boleh buat tanpa ada masalah nak fikir pasal bajet.

Tapi macam mana pula bagi mereka yang tidak berduit?

Jadi dalam artikel ni saya akan kongsikan pada korang 15 tips macam mana nak jimat bajet kahwin ni supaya lepas dah kahwin nanti korang tak perlu fikir masalah hutang sebab kahwin pula.

15 Tips Jimat Bajet Kahwin

bajet kahwin

Panduan yang saya buatkan ni bukanlah satu panduan rasmi cuma ia hanya perkongsian daripada saya supaya korang yang betul-betul mencari idea nak jimat bajet kahwin, boleh la cuba ikut cara ni.

#1. Tetapkan Jumlah Tetamu

Tetapkan jumlah tetamu adalah salah satu idea yang paling menarik untuk jimat bajet kahwin sebab banyak benda korang boleh cut cost.

Antara kos yang boleh kurangkan adalah bajet makan, sewa meja kerusi dan beberapa perkara yang lain lagi.

Lagipun bila korang tetapkan berapa orang dalam satu majlis, korang boleh bajet dengan tepat berapa perlu belanjakan sesuatu tu supaya tidak jadi lebih dan membazir.

Tetamu ni korang boleh ajak jiran terdekat dan saudara mara sahaja. Jika nak bajet lebih sikit boleh ajak kawan untuk memeriahkan suasana.

#2. Majlis Secara Gotong-Royong

Jika korang berada di kawasan kampung, korang boleh tengok amalan ni masih lagi diterapkan dalam masyarakat kita di Malaysia.

bajet kahwin

Inilah yang kita mahukan di mana masyarakat kampung masih lagi ada muafakat antara satu sama lain.

Bila ada majlis gotong royong macam ni, hubungan antara kejiranan pun makin erat selain dapat jimatkan duit dari korang upah katering.

Teringat zaman dulu-dulu.

Kalau ada je majlis kenduri atau majlis apa-apa, bukan main riuh lagi sekampung bergotong royong.

#3. Elakkan Tempah Pakaian Baru

Jika korang tidak cukup duit, tak perlulah pakaian kahwin yang grand atau jenis mewah-mewah.

Kalau si lelaki, cukup beli baju melayu dan pengantin perempuan pula cukuplah beli baju labuh yang berwarna putih.

Kalau nak rasai baju pengantin, tak ada salahnya untuk korbankan sedikit duit. Tapi biasanya untuk pengantin perempuan je la. Untuk pengantin lelaki cukup je dengan baju melayu dua pasang untuk pakai pada hari pertama dan hari kedua.

Nak lagi jimat pakai je baju melayu yang tahun-tahun lepas punya.

#4. Buat Majlis Di Rumah, Jangan Sewa Dewan

Majlis kahwin ni dalam islam harus dan sunat. Sunat buat majlis kahwin secara kecil-kecilan di rumah pengantin lelaki manakala hukum harus je buat majlis makan di rumah pengantin perempuan.

Jadi, bila hukum macam ni je, cukup je la buat kat rumah je dengan memasang kanopi.

Tak perlu nak fikir cari dewan dan sewa.

Sewa satu dewan bukannya murah.

Kalau kita ni hanya cukup-cukup ada je, buat kat rumah.

#5. Tempah Pakej Ketika Promosi Atau Sale

Salah satu cara terbaik untuk jimatkan kos bajet kahwin adalah dengan menempah sesuatu ketika promosi.

Sebab tu dalam perkongsian checklist persediaan kahwin yang saya buat, dalam tempoh 9 bulan korang dan boleh mula start mencari pakej. Dalam tempoh ni mungkin ada promosi-promosi tertentu yang akan dibuat oleh mereka.

Secara jujurnya, saya tak ambil kisah sangat yang ni sebab nak tunggu promosi yang dibuat kita tak tahu bila.

Kita nak rancang benda ni dengan cepat.

Tapi beruntungnya jika korang sedang mencari mereka tengah buat promosi.

#6. Hadkan Waktu Majlis

Cuba hadkan waktu majlis. Contoh biasanya majlis rasmi akan bermula pada pukul 12.30 hari dan akan berakhir pukul 5 petang.

Hadkan waktu sebegini supaya korang lagi senang nak bajet jamuan untuk tetamu yang datang.

Lagipun bila kita buat hidangan secara serentak dalam tempoh tersebut, dengan izin Allah makanan ataupun jamuan tadi dapatlah kita bajet dengan tepat.

#7. Elakkan Hantaran Mahal

Sebagai bakal pasangan pangantin, kita perlulah bijak dalam semua bajet termasuk bajet hantaran.

bajet kahwin

Hantaran ni orang tak pandang sangat pun. Beg jenama apa, kasut jenama apa.

Terus terang saya katakan di sini, hantaran saya dulu main beli Shopee je sebab nak jimat.

Tak semua tapi ada la beberapa barang yang saya beli dekat Shopee.

Paling penting bagi saya pada masa tu cincin je la ataupun gelang yang nak pakai lepas akad nikah.

Barang-barang yang lain semuanya barang bajet je.

#8. Elakkan Majlis Pada Musim Cuti Sekolah

Secara kebiasaannya, pada musim cuti sekolah orang akan buat majlis sebab saudara mara yang jauh pun senang nak datang tanpa ganggu anak-anak nak bersekolah.

Untuk tips ni, korang buatlah pilihan yang terbaik samaada nak ikut atau tak.

Bagi saya sendiri, saya akan pilih pada musim cuti sekolah sebab memudahkan urusan orang lain datang ke majlis kita. Jangan fikir nak jimat semata-mata.

Namun, tips ni juga salah satu faktor di mana korang boleh jimatkan bajet sebab pada musim cuti sekolah boleh dikatakan semua barang kahwin akan naik untuk seketika.

Korang boleh tengok perbezaan sewa kanopi dan meja pada musim cuti sekolah ianya agak berbeza dengan musim biasa. Sewa kanopi pada musim cuti sekolah kebiasaannya agak tinggi sikit berbanding musim biasa.

Jadi ini tips yang saya turut selitkan untuk korang fikir mana yang lebih baik.

#9. Dahulukan Keperluan Dari Kehendak

Dalam korang berjimat cermat, korang kena tahu antara keperluan dan kehendak.

bajet kahwin

Apa itu keperluan?

Keperluan adalah sesuatu di mana jika kita tak miliki ia membawa banyak mudharat pada kita.

Apa itu kehendak?

Kehendak adalah sesuatu perkara yang kita nak miliki kerana nafsu.

Sebagai contoh, saya boleh katakan zaman sekarang ni telefon itu adalah satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Tapi bila korang mengidam telefon yang mahal seperti iPhone dan sebagainya, ia sudah menjadi barang kehendak, bukan lagi keperluan.

Selain tu juga, bila buat kad kahwin tu, buat hanya sekadar keperluan bukannya kehendak. Kalau korang buat kad kahwin mengikut kehendak, satu kad kahwin boleh mencecah RM5-RM10 setiap kad.

Bukan ke benda ni satu pembaziran?

Bila korang faham konsep keperluan dan kehendak, korang akan lebih bijak dalam berbelanja.

#10. Jangan Beli, Sewa!

Beli atau sewa?

Semestinya sewa itu lebih menjimatkan dari beli. Nak beli baju pengantin macam dekat butik pengantin tu bukannya murah harganya.

Satu set baju pengantin boleh mencecah ribuan ringgit jika korang beli tapi kalau korang sewa boleh je dapat antara RM100-RM200. Kat situ berapa dah korang boleh berjimat.

Kemudian, kalau korang nak lagi jimat, si lelaki pakai je baju melayu dan si perempuan pula pakai je baju yang labuh seperti jubah untuk dijadikan baju pengantin. Baju jubah labuh untuk perempuan ni boleh beli terus je. Lagi jimat dan boleh pakai pula lepas kahwin.

Nak jual semula lepas kahwin pun boleh.

bajet kahwin

Sebagai contoh saya nak tunjukkan di sini, satu set pengantin lelaki dan perempuan di atas ni harganya korang boleh dapat dalam RM490 je di Shopee.

Cantik juga kan kalau tengok.

Kalau korang tak percaya boleh cuba tengok set baju pengantin di Shopee.

Itu baru satu jenis warna. Ada pelbagai jenis warna lain lagi yang korang boleh tengok.

Sebenarnya benda ni nak tak nak je.

Kalau korang betul-betul nak jimat boleh buat macam ni.

#11. Simpan Duit 5 Tahun Sebelum Kahwin

Kalau korang baca artikel ni masih lagi muda dan nak rancang kahwin lambat lagi, cuba la buat simpanan duit secara konsisten dan berdisiplin sebanyak RM100 je sebulan selama lima tahun.

bajet kahwin

Dengan izin Allah jika nilah usaha yang korang buat, banyak duit akan terkumpul nanti apabila tiba hari perkahwinan nanti.

#12. Gubah Sendiri Hantaran

Hantaran merupakan salah satu perkara yang penting ketika majlis nanti. Walaupun ia bukan satu benda yang wajib tapi adat melayu takkan kita nak tinggalkan. Betul tak?

Jadi saya sarankan kepada korang yang jenis suka upah je semua benda, cuba la gubah sendiri hantaran tu.

Saya yakin bahawa ada antara keluarga kita yang sukakan dan pandai gubah hantaran ni.

Nak cantik macam mana kan?

Cukupla buat hiasan sikit-sikit, buat lipatan berseni sikit ok la tu.

Ni bukan pertandingan gubahan hantaran.

#13. Buat Survey Harga

Jika korang nak dapatkan harga sesuatu barang yang murah dan terbaik, korang kena buat survey harga.

Saya akui nak buat survey harga ni bukan sesuatu yang senang dan mudah sebab korang kena banyak benda perlu dibandingkan sampai kadang-kadang boleh buatkan rasa nak muntah pun ada.

Tapi nak tak nak, kena buat survey harga sesuatu barang kahwin.

Saya yakin jika korang pandai survey, korang boleh jimat antara RM100-RM1000.

#14. Sertai Program Kahwin

Kebanyakkan di negeri sekarang ni buat satu program di mana program ni pasangan pengantin akan berkahwin secara beramai-ramai.

bajet kahwin

Ni antara program kahwin yang akan buatkan korang jimat teruk sebab dengan hanya bayaran RM1000-RM2000 untuk setiap pasangan sahaja korang dan cukup lengkap pakej.

Nak buat majlis sendiri atau tak lepas ni terpulang.

Kalau tak nak buat pun tak mengapa dah sebab majlis tu siap dengan majlis meraikan pengantin.

#15. Berpakat Dengan Pasangan

Sebelum kahwin, apa kata kita berpakat dulu dengan pasangan masing-masing untuk kumpul dan cari duit kahwin bersama.

Masa nilah juga korang nak nilai sejauh mana pasangan korang tu lepas kahwin nanti tapi benda ni tak boleh dijadikan ukuran secara terus menerus.

Secara batilnya, jika pasangan kita tu sanggup berkorban bersama-sama dengan kita mencari dan mengumpul duit kahwin, sudah tentunya kita boleh baca sikap pasangan kita tu nanti macam mana.

Senang bawa bincang atau tak.

Penutup

Sebenarnya nak rancang jimat bajet kahwin bukanlah satu benda yang susah. Semuanya datang dari kita nak jimat ke tak nak jimat.

Kebanyakkan bakal pengantin sekarang ni nak buat majlis grand tapi masing-masing tak cukup wang ataupun jenis meminjam bank semata-mata nak buat kahwin.

Di sinilah silapnya.

Bila kahwin dengan buat pinjaman bank, akan banyak masalah berlaku timbul selepas kahwin.

Alhamdulillah.

Ikut pengalaman saya, saya tiada membuat pinjaman bank untuk kahwin.

Semuanya duit simpanan sendiri di mana saya buat bisnes sendiri sebelum ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top