Macam mana cara cek emas tulen ataupun palsu? Emas adalah satu-satunya aset yang tidak akan rugi bagi sesiapa yang suka buat pelaburan emas sebab emas adalah antara aset yang mudah cair dan harganya sentiasa stabil.
Jadi bagi sesiapa yang buat pelaburan emas dan ada ilmu mengenainya, korang antara yang akan beruntung dalam jangka masa panjang sebab harganya akan meningkat berganda jika korang buat simpanan emas dari sekarang.
Sifat-Sifat Emas
Sebelum kita tengok cara cek emas tulen ataupun tidak, kita kena faham dahulu sifat emas ni macam mana barulah korang akan lebih faham lagi apa yang saya nak kongsikan sebentar lagi.
Baik di sini saya akan ceritakan sifat emas dari segi:
- Warna
- Kekerasan
- Ketumpatan
- Sifat Kimia – stabil, lengai
- Pengalir elektrik yang baik
- Pemantul haba yang baik
#1: Warna
Emas tulen berwarna kuning yang berkilau. Emas merupakan satu-satunya logam yang berwarna kuning biarpun ketika masih lagi bijih.
Logam lain yang hampir sama dengan emas adalah tembaga namun warna tembaga agak kemerahan sedikit dan tembaga ni teroksida yang tidak berwarna kuning.
Sekarang ni warna emas muncul bermacam-macam sebab majoritinya emas yang ada di pasaran sekarang ni dicampur dengan logam lain
#2: Kekerasan
Sifat fizikal emas yang tulen adalah lembut sehingga jika korang gigit emas, ia boleh meninggalkan kesan gigitan pada emas. Emas adalah sejenis logam yang mulur di mana jika korang ketuk emas seberat satu auns (28.35g) boleh membentuk sehelai kerajang sebesar empat meter persegi.
#3: Ketumpatan
Emas adalah logam yang mempunyai ketumpatan yang paling tinggi dengan nilai ketumpatan 19.3 gram/mililiter. Ini bermaksud emas adalah logam yang paling berat.
Maksud nilai ketumpatan emas 19.3 gram/mililiter, adalah 19.3 kali ganda lebih berat dari air.
#4: Sifat Kimia
Emas tidak bertindak balas dengan apa-apa bahan kimia termasuk asid atau alkali pekat sebab emas tulen secara amnya mempunyai molekul-molekul yang stabil dan ia adalah sejenis logam yang lengai.
Tidak seperti logam lain bila diletakkan dengan bahan pelarut ia boleh hancur ataupun berkarat.
#5: Pengalir Elektrik Yang Baik
Emas adalah pengalir elektrik yang baik. Ia memberikan rintangan elektrik yang paling rendah berbanding dengan logam yang lain.
Sifat emas ini amat penting dalam industri elektronik terutama industri elektronik yang menggunakan tenaga elektrik yang rendah.
Kecekapan mengalirkan arus elektrik amat kritikal dalam komponen elektronik seperti Central Processing Unit (CPU) komputer atau laptop.
Sebab itu kalau korang ada laptop atau komputer yang dah rosak, cuba tengok pada CPU mesti korang akan temui emas.
#6: Pemantul Haba Yang Baik
Dalam industri aeroangkasa, emas sangat berguna bagi menghalang sinaran infra merah daripada memanaskannya dengan cara helaian kerajang emas akan dipasang pada bahagian luar dinding satelit di ruangan angkasa.
Lapisan kerajang emas ini membenarkan sinaran lain yang berguna menembusi kerajang emas tersebut tetapi memantulkan semula sinaran infra merah yang merbahaya.
Cara Cek Emas Tulen
Jika korang memang seorang pelabur emas atau suka menyimpan emas, nak tak nak korang kena belajar macam mana cara nak cek emas tulen atau tak. Walaupun kita membeli emas dari kedai atau individu yang kita percayai, kita kena tentukan juga kot-kot mereka pun terlepas pandang nak semak emas tu tulen ataupun tak.
Berikut adalah beberapa cara nak cek status ketulenan emas.
#1: Ujian Gigitan
Pernah tengok tak bila seseorang dapat emas, mereka akan cuba gigit emas. Biasanya benda ni kita boleh tengok dalam cerita-cerita kartun.
Pernah tak?
Jika pernah, apa dalam fikiran korang dulu bila lihat orang gigit emas.
Walaupun dalam cerita kartun, situasi tersebut adalah benda yang benar di mana mereka gigit emas adalah untuk memastikan samaada emas tersebut tulen ataupun tidak. Bukannya sekadar suka-suka.
Di sini ramai pula yang menyangka bahawa bila gigit emas dan rasa keras itu adalah emas tulen.
Sebenarnya emas yang 100% tulen, ianya bersifat lembut.
Bila korang betul-betul gigit, emas tersebut boleh tinggalkan kesan gigitan.
Jadi di sini, jika kita gigit sesuatu emas dan ia meninggalkan kesan gigitan, itu bermakna emas tersebut adalah emas yang tulen sebab emas adalah logam yang lembut dan mudah dilentur.
Namun menurut beberapa pakar emas, cara ini hanya boleh digunapakai untuk emas yang betul-betul tulen.
Kalau korang nak tahu, emas yang dijual di kedai majoriti emasnya sudah dicampur dengan bahan lain. Sebab tu kita akan dengar istilah 99.9% kandungan emas, 95.4% kandungan emas dan sebagainya sebab emas yang dijual di kedai sudah dicampur dengan logam-logam yang lain.
#2: Ujian Pembakaran
Emas adalah bersifat lengai di mana jika kita uji dengan kaedah pembakaran, emas yang tulen tidak akan membentuk partikel hangus atau kesan hangus terbakar.
Jika kita perasan apabila kita membakar sesuatu logam, partikel hangus akan terbentuk dan ianya agak susah nak ditanggalkan sebab logam lain selain emas ianya bersifat tidak lengai.
Ini kerana emas yang tidak tulen akan mengalami proses pengoksidaan yang akan meninggalkan enepan oksida logam asing (kesan hangus terbakar) berbanding emas tulen yang tidak akan dioksidakan api.
Namun proses ini tidak boleh digunakan untuk menentukan kadar peratusan emas tulen dalam sesuatu barang kemas.
Ujian untuk menentukan kadar peratusan emas tulen adalah dengan kaedah timbangan ataupun kaedah kimia sahaja.
#3: Kaedah Timbangan
Kaedah timbangan adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk menentukan ketulenan emas sebab kaedah timbangan ni ia menggunakan satu alat timbangan yang khas.
Alat penimbang khas ini mempunyai kompartmen berisi air yang digunakan bagi mendapatkan ketumpatan sesuatu partikel emas.
Daripada ketumpatan yang diperoleh, kualiti emas kemudiannya ditentukan dengan cara membandingkan jisim partikel emas “dalam udara” dan diikuti timbangan “dalam air”
Kalau nak ceritakan di sini secara detail memang agak teknikal sikit sebab ia banyak menggunakan pengiraan dan juga formula.
Namun, itulah serba sedikit penerangan macam mana alat penimbang ini digunakan untuk menentukan ketulenan sesuatu emas.
#4: Kaedah Kimia
Untuk kaedah kimia, ia jarang digunakan kecuali di tempat-tempat tertentu sahaja.
Kaedah ini menggunakan bahan kimia iaitu dengan cara menitikkan asid (asid nitrik atau asid hidroklorik) ke atas serbuk emas yang telah diasah dengan menggunakan batu pengasah.
Perubahan warna yang diperhatikan menentukan paras ketumpatannya dan nilai karat.
Sekiranya emas tersebut tulen, ia tidak memberikan apa-apa perubahan warna.
#5: Kaedah Instrumentasi
Kaedah yang seterusnya untuk menentukan emas tulen atau tidak, kita akan menggunakan kaedah instrumentasi atau dikenali juga sebagai X-Ray Flourescence (XRF).
Kelebihan peralatan ini adalah ianya pantas, mudah digunakan, lebih tepat dan tidak merosakkan partikel emas.
Kelemahannya pula adalah ianya mahal dan mengeluarkan sedikit sinaran X-ray yang dapat menjejaskan kesihatan.
Namun tak banyak syarikat yang mempunyai peralatan ini.
#6: Penguji Emas Elektronik
Jika korang nak tahu, ketulenan sesuatu emas juga boleh diukur dengan menggunakan alat elektronik iaitu jenis Mizar M24. Kalau ditengok pada bentuknya, ia seakan-akan multimeter yang kebiasaan digunakan oleh juruelektrik.
Alat ni mampu menguji emas 9k, 10k, 12k, 14k, 16k, 18k, 22k, 24k dan platinum dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Kelebihan alat ini adalah pada saiznya yang kecil, ringan dan pantas memberikan julat nilai karat emas.
Kelemahannya pula adalah ia tidak begitu tepat kerana hanya dapat mengukur nilai anggaran karat sahaja dan bukannya peratus kandungan emas. Jadi alat ini lebih sesuai kepada buat saringan sahaja.
Kaedah ini lebih sesuai digunakan bagi emas bersaiz kecil seperti rantai dan emas bar kecil
Penutup
Dalam artikel ni saya dah ceritakan pada korang kaedah-kaedah macam mana cara cek emas tulen supaya korang dapat elak daripada ditipu semasa membeli emas.
Tak dinafikan, emas adalah satu-satunya harta yang boleh dimiliki tanpa ada risiko kerugian sebab harga emas sentiasa stabil dari dulu sampailah sekarang.
Kalau tak silap saya, dalam islam sendiri pun menggalakkan kita menyimpan emas daripada duit sebab duit boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti inflasi dan sebagainya namun emas tidak ada masalah yang timbul.
Harap dengan perkongsian ini dapat memberikan korang sedikit ilmu cara cek emas tulen mahupun emas palsu.
Soalan Lazim
Apakah sifat-sifat emas?
Dari segi warna emas adalah berwarna kuning yang berkilau. Ia adalah sejenis logam yang lembut tapi mempunyai ketumpatan yang tinggi iaitu dengan nilai ketumpatan 19.3 g/mililiter. Emas juga merupakan sejenis logam yang tidak teroksida atau bertindak balas dengan mana-mana cecair kimia termasuk asid atau alkali yang kuat. Dan korang perlu tahu bahawa emas adalah pengalir elektrik dan pemantul haba yang baik.
Apakah jenis-jenis emas di Malaysia
Untuk lihat jenis-jenis emas yang terdapat di Malaysia, korang boleh rujuk pada jadual di bawah.
Jenis | Penerangan |
---|---|
999-24k | 99.9% kandungan emas (emas tulen) |
950-23k | 95.4% kandungan emas |
916-22k | 91.6% kandungan emas |
18k | Mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 75% emas |
14k | Mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58.3% emas |
12k | Mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 50% emas |
Apakah kaedah menentukan ketulenan emas?
Cara cek emas tulen ada beberapa cara iaitu:
1. Ujian gigitan
2. Kaedah kimia
3. Kaedah instrumentasi
4. Pengujian emas elektronik
5. Ujian pembakaran
6. Kaedah timbangan
Kesemua kaedah ini saya sudah terangkan dalam artikel ini.
Mengapa Emas perlu di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas.
Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
perkongsian menarik…dulu pernah tengok dalam movie apa ntah mmg dia ada gigit emas untuk tentukan samaada emas tersebut tulen ataupun palsu