Checklist Persediaan Kahwin

Apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin? Sebut je kahwin siapa je yang tak mahu kahwin kan? Semua manusia yang normal atas muka bumi ni nak berpasangan dan mahu kahwin kecuali yang tidak normal je la samada dari segi pemikiran, pandangan atau ada masalah peribadi.

Walau macam mana pun, kahwin ni bukanlah satu benda wajib tapi dengan perkahwinan kehidupan kita akan menjadi lebih lengkap lagi terutama di hari tua kita nanti.

Tak pe. Jodoh itukan rahsia Allah.

Baik.

Perkahwinan ni boleh dikatakan satu pengalaman yang kita akan rasa hanya sekali sahaja dalam seumur hidup kita.

Walaupun korang berkahwin banyak kali, perkahwinan yang pertama itu adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa indahnya rasa saat itu.

Yela.

Mungkin masa pertama kali kahwin tu korang masih lagi berjiwa muda dan belum pernah lagi tempuhi alam perkahwinan. Jadi feel perkahwinan pertama tu lain macam dia rasa.

Jadi, kita hendaklah merancang majlis kita tu dengan teliti supaya bila tibanya hari majlis kita ia dapat berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah. Spoil mood tau jika hari perkahwinan kita ada masalah yang berlaku. Benda ni yang kita nak elakkan.

So, apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin ni supaya tak ada masalah yang timbul?

Dalam artikel ni, saya akan bincangkan apa persediaan kahwin yang perlu korang buat supaya majlis korang nanti berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Checklist Persediaan Kahwin

persediaan kahwin,persiapan kahwin

Di bawah ni saya sediakan beberapa perkara yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin mengikut tempoh bulanan.

Namun, panduan ni bukanlah satu panduan rasmi cuma ia adalah berdasarkan pengalaman dan juga untuk rujukan tidak rasmi korang.

Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang perlu dibuat.

12 Bulan Sebelum

Saya mulakan dari 12 bulan sebelum tarikh kahwin sebab ini adalah tempoh yang ideal untuk korang mula membuat persiapan. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

#1. Hadiri Kursus Perkahwinan

Perkara terawal yang korang perlu buat sebelum kahwin adalah dengan menghadiri kursus pra perkahwinan.

Kursus ni salah satu syarat wajib sebelum korang nak kahwin sebab dalam kursus ni korang akan belajar secara asas ilmu rumahtangga, tanggunjawab suami isteri dan seangkatan dengannya.

Untuk melayakkan diri korang dapat sijil dalam kursus kahwin, korang kenalah hadiri kusus ni selama dua hari berturut-turut. Selain tu juga jika korang lewat 15 minit setelah kursus ni bermula, korang tak layak untuk dapatkan sijil ni dan perlu ulang semula.

Kursus ini korang boleh hadir di pejabat agama daerah masing-masing.

Harga bayaran untuk kursus ni adalah sebanyak RM70 – RM80 selama dua hari

9 Bulan Sebelum

#1. Tentukan Lokasi Majlis

Dalam tempoh 9 bulan terakhir ni, kenalpasti lokasi majlis kahwin tu nanti terutama yang jenis nak buat di dewan serbaguna atau dihotel.

Kalau nak buat di rumah masing-masing tak kisah pun.

Jadi dalam tempoh ni adalah masa yang sesuai untuk tentukan lokasi dan buat bayaran pendahuluan tanda korang jadi atau sudah tempah.

Kalau lambat nanti penuh sebab setiap tahun mesti ramai pasangan baru yang akan berkahwin dengan buat tempahan hotel atau dewan.

#2. Cari dan Booking Vendor

Bila saya sebut vendor di sini, saya maksudkan kepada beberapa perkara iaitu;

  1. Pelamin
  2. Kanopi
  3. Jurugambar/Juruvideo
  4. Katering
  5. Pakaian pengantin

Dalam tempoh ni korang dah mula boleh mencari beberapa vendor yang saya sebutkan di atas ni.

Saya yakin setiap di daerah atau di negeri masing-masing mesti ada busana butik pengantin atau kedai kahwin di mana mereka menyediakan pakej yang cukup lengkap untuk hari bahagia korang nanti.

Bincang nak pelamin macam mana ikut bajet korang, pakaian pengantin macam mana dan sebagainya.

Biasanya di kedai kahwin ada sediakan pakej-pakej yang lengkap termasuk kanopi, pelamin, jurugambar dan sebagainya. Pilih je yang mana ikut bajet.

Pada masa ni juga, korang perlu pilih tema apa yang korang nak supaya senang nak pilih warna pelamin, kanopi, hiasanya dan sebagainya.

Bagi korang yang jenis tak ikut tema tak ada masalah.

6 Bulan Sebelum

#1. Tempah Baju Kahwin dan Baju Tema Keluarga

Bagi yang jenis pentingkan tema, tempoh 6 bulan terkahir ni adalah paling sesuai untuk tentukan tema keluarga macam mana, baju pihak family warna apa dan sebagainya.

Ada kalanya kena buat tempahan khas.

Jadi kalau hantar dekat tukang jahit pun dalam tempoh 6 bulan ni adalah paling ideal.

Selain tu juga, masa ni korang dah mula boleh mencari dan tempah baju pengantin.

Kalau tak nak tempah pun boleh. Boleh beli terus dari kedai yang menjual pakaian pengantin.

3 Bulan Sebelum

Biasanya 3 bulan sebelum adalah masa yang paling genting untuk korang buat persediaan di hari perkahwinan korang tu nanti.

Banyak perkara yang korang kena lakukan dalam tempoh ni.

#1. Buat Ujian HIV

Dalam tempoh 3 bulan sebelum, perkara yang korang perlu buat adalah buat saringan ujian HIV sebab ujian HIV pun salah satu perkara wajib sebelum akad nikah.

Ujian HIV ni mula diwajibkan di Malaysia kalau tak silap sejak tahun 2009 lagi. Mana-mana pasangan yang nak berkahwin mesti buat saringan HIV dulu supaya dapat elakkan masalah yang akan berlaku selepas kahwin.

#2. Lengkapkan Dokumen Nikah

Lepas dah buat saringan HIV tadi, barulah korang boleh mula lengkapkan dokumen nikah dengan lancar.

Antara dokumen nikah yang perlu korang sediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Borang permohonan nikah
  3. Borang saksi permohonan nikah
  4. Surat perakuan bujang
  5. Pengesahan ujian HIV
  6. Borang nikah luar kawasan (jika ada kaitan)
  7. Sijil kursus kahwin
  8. Sijil nikah ibubapa pengantin perempuan
  9. Surat mastautin

Macam mana pun, dokumen-dokumen ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Tapi buat masa sekarang ni, ni adalah dokumen yang perlu korang mesti lengkapkan sebelum kahwin.

Ikut pengalaman saya dulu, saya beli satu file khas untuk dokumen ni supaya dapat susun dengan kemas dan teratur apa yang perlu dibuat dan apa yang sudah siap.

#3. Tempah Kad Jemputan, Bunting dan Doorgift

Masa ni korang perlu cari dah kedai yang boleh buat kad jemputan dan bunting untuk buat tempahan.

Biasanya benda tu boleh siapa dalam masa 3-4 minggu saja.

So, waktu ni adalah waktu yang ideal untuk korang buat tempahan benda tu.

Kemudian, soal doorgift ni kalau korang ada budget lebih boleh je upah orang siapkan semua termasuk cari barang. Tapi kalau korang nak rasa suasana tu, baik buat sendiri.

Beli je apa-apa makanan ringan seperti sumi, gula-gula atau keropok untuk dijadikan dooorgift kemudian bungkus je sendiri.

Ajak saudara mara mari bungkus.

Best ada suasana macam ni.

Jimat pun jimat.

#4. Beli Barang Kemas

Kenapa saya pilih 3 bulan sebelum untuk membeli barang kemas?

Dalam tempoh tiga bulan ni ia tak terlalu awal dan tak terlalu lewat dengan hari perkahwinan kita. Paling penting, saiz jari pasangan kita tak terlalu ketara berlaku perubahan jika pasangan kita jenis cepat gemuk atau kurus.

Nanti, cuba ambil masa pergi beli cincin bersama untuk terus cuba on the spot. Barulah ngam nak sarung pada hari akad nikah nanti.

1 Bulan Sebelum

#1. Jaga Diri

Orang tua kata, bakal pengantin ni berdarah manis. Jadi, korang tidak digalakkan keluar rumah kerap kali jika tiada urusan yang mustahak terutama perempuan.

Yang lelaki pula jika selalu keluar malam lepak dengan kawan sebelum ni, hold dulu niat korang tu.

Duduk je rumah dan fikir tentang hari perkahwinan kita tu nanti.

Pesanan orang tua tersebut bukanlah satu ikutan wajib tapi sebagai peringatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya.

Hati-hati.

#2. Jaga Penampilan Diri

Penampilan diri juga perlu dijaga terutama di kawasan muka supaya muka tak berjerawat masa hari pernikahan korang nanti.

Kalau ada bajet lebih pergilah SPA, salon dan sebagainya.

Sekali sekala apa salah kan untuk manjakan muka dan tubuh badan kita dengan pergi SPA.

Seminggu Sebelum

Ni adalah minggu paling sibuk. Korang dah tak ada masa benda lain lagi nak fikir selain lengkapkan persiapan kahwin yang korang dah rancang sebelum ni. Masalah luar letak tepi dulu dan fokus pada persiapan kahwin.

Ini benda yang korang kena buat seminggu sebelum.

#1. Follow Up Vendor

Pastikan korang follow up dengan vendor seperti katering (jika ambil katering), pembekal kanopi, jurugambar, pemasangan pelamin dan sebagainya.

Pastikan korang remind mereka untuk bersedia segala-galanya sebelum tiba majlis korang tu.

Sehari Sebelum

Masa ni korang tak ada masa lagi dah nak fikir benda lain selain tunggu je hari perkahwinan esok.

Rasa debaran kian terasa terutama si lelaki sebab nak lafaz nilah tu tu bukan perkara yang mudah sebab penuh dengan berdebar dan rasa gemuruh.

Di bawah nanti saya kongsikan tips cara untuk kurangkan debaran masa akad nikah bagi lelaki.

#1. Sediakan Pakaian Pengantin

Baik sebelah lelaki mahupun perempuan, sediakan baju pengantin korang dengan kemas.

Gosok dengan kemas dan pastikan double check jika ada sesuatu yang tak kena pada pakaian tersebut. Jika ada terkoyak dan kotor boleh la atasi awal-awal.

Di sini saya tak perlu sebutlah satu persatu apa pakaian pengantin tu.

Kalau lelaki tu songkok, samping dan sebagainya sediakan awal-awal sebab pagi nak akad nikah tu kira nak pakai je. Tak ada masa lagi dah nak cari itu ini.

#2. Persiapan Diri

Kalau yang perempuan suka berinai tu, berinai la awal-awal.

Jangan risau.

Inai boleh buat solat.

Jadi pakailah awal-awal

#3. Pastikan Vendor Bersedia

Korang kena pastikan segala tempahan yang korang buat sebelum ni dah dihantar dengan jayanya.

Macam contoh kanopi dan dipasang, katering dah siap untuk hidang pada tetamu pada hari majlis, kerusi meja dah tersusun elok dan sebagainya.

#4. Jaga Makan & Minum

Nampak je remeh benda ni. Tapi jika tak kena cara, silap hari bulan korang tak boleh nak akad nikah sebab asyik berulang ke tandas.

Jadi nasihat saya pada malam hari sebelum tu, jangan makan benda pelik-pelik sebab takut nanti korang tercirit pula keesokkan hari.

Kalau boleh cuba amalkan pemakanan yang sihat.

Hari Perkahwinan

Tahniah! Hari ini adalah hari tiba masanya untuk korang disatukan dengan pasangan. Segala penat lelah korang buat persiapan selama setahun, inilah bayarannya.

#1. Bangun Awal

Untuk elakkan darah gemuruh, bangun awal sebelum subuh. Kemudian solatlah subuh.

#2. Sarapan

Bab sarapan ni, saya tak galakkan korang ambil makanan berat atau tak ambil langsung. Cuba makan roti atau telur je sebagai tenaga pada hari tersebut. Kalau nak makan nasi, jangan terlalu banyak sebab makan nasi yang terlalu banyak pada waktu pagi boleh buat tubuh badan korang jadi lemah disebabkan mengantuk.

Satu lagi. Jangan minum air terlalu banyak dan minumlah air masak. Kalau korang minum air terlalu banyak nanti asyik nak berulang ke tandas pula.

Boleh spoil mood pada hari kahwin nanti.

#3. Datang Awal

Kalau boleh pengantin lelaki datanglah awal ke tempat akad nikah sebab ni adalah rahsia terbesar untuk korang hilangkan rasa gemuruh.

Ikut pengalaman saya, saya datang ke masjid (tempat akad nikah) sebelum orang lain sampai lagi.

Jadi, di sini saya boleh ambil masa bertenang sebelum orang ramai mulai memenuhi ruangan masjid.

Cara Hilangkan Rasa Gemuruh di Hari Perkahwinan

Rasa gementar dan rasa gemuruh masa hari perkahwinan adalah perkara normal bagi semua orang.

Yela benda yang tak pernah kita lalui sebelum ni tiba-tiba hari ni kita berada dalam suasana yang agak ganjil. Dikelilingi oleh orang ramai dan semua orang fokus pada kita.

Jadi di sini saya nak kongsikan seidkit tips dengan korang macam mana nak hilangkan rasa darah gemuruh ni terutama bagi pengantin lelaki yang akan melafazkan akad nikah.

  1. Pada hari perkahwinan, korang kenalah bangun awal pagi. Kalau boleh sebelum subuh lagi. Mandi, siapkan diri, buang apa yang patut dan sebagainya.
  2. Makan dan minum ala kadar untuk ambil tenaga sahaja. Jangan makan dan minum berlebihan dikhuatiri korang berulang alik ke tandas.
  3. Mulut sentiasa berselawat dan berzikir.
  4. Bersedia dengan soalan yang bakal ditanya oleh imam. Biasanya imam akan menyoal korang beberapa soalan yang berkaitan dengan fardhu ain. Contohnya bacaan dalam solat dan sebagainya. Jadi belajarlah fardhu ain.
  5. Datang awal ke tempat akad nikah. Kalau boleh sejam atau setengah jam sebelum tu korang dah ada di sana. Sampai awal di tempat akad nikah kita boleh menyesuaiakan diri dulu keadaan di sana. Jadi rasa gemuruh tu akan kurang sikit.
  6. Jangan pandang sekeliling orang ramai sebab ini akan buatkan korang lagi rasa gementar.
  7. Jika dalam masjid, ambil wuduk awal-awal dan duduk satu tempat untuk berzikir sambil menunggu tok kadi dan juga pengantin perempuan.

Penutup

Jadi itulah serba sedikit perkongsian saya apa yang perlu korang buat untuk persediaan kahwin.

Kalau korang nak tips dan juga mencari kelengkapan kahwin, boleh la cuba tengok website NikahSatu sebab saya tengok dalam website tu sangat bagus dalam memberi tips tentang nikah kahwin.

Soalan Lazim

Sampai bila sah sijil kursus pra perkahwinan?

Sijil kursus pra perkahwinan tiada tamat tempoh. Katakan korang hadiri kursus pra perkahwinan dengan lengkap pada tahun 2010. Korang boleh guna sijil tu untuk berkahwin pada tahun 2020.

Apakah syarat sah nikah?

Syarat sah nikah kita rujuk kepada rukun nikah. Dalam rukun nikah ada 5 iaitu:

1. Pengantin Lelaki (suami)
2. Pengantin Perempuan (isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan Kabul

Apakah susunan wali yang betul mengikut turutan?

1) Bapa
2) Ayah kepada bapa (datuk)
3) Adik-beradik lelaki seibu sebapa
4) Adik-beradik lelaki sebapa
5) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
6) Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
7) Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
8) Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
9) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
10) Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
11) Jika semua wali di atas tidak ada maka yang menjadi wali ialah wali sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top