Cara Bayar Kompaun Letak Kereta Secara Online

Cara Bayar Kompaun Letak Kereta Secara Online | Ni salah satu masalah yang perlu di bincangkan di negara kita. Pada 26/9/2018 aku telah menghadiri kursus di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Disebabkan tiada tempat parking jadi aku parkinglah kereta aku dalam petak letak kereta berbayar.

Aku nak bayar. Tapi…

Di mana tempat aku nak cari koupon? Mesin pembayaran pun tak ada.

Nak cari koupon letak kereta ni korang kena cari premis-premis yang jual koupon ni. Kiranya macam agen la. Sepatutnya RM0.80 sen sejam diorang akan jual RM1 untuk sejam.

Itu bukan masalah utama.

Masalah utama adalah jika tempat parking tersebut berbayar, sediakanlah seseorang yang menjual koupon kat kawasan tu. Ni tak. Kita yang terpaksa cari koupon. Lambat sikit kena saman.

Masalah ni kat mana-mana pun sama dan aku masih tidak faham sampai sekarang.

Jadi kepada mana-mana pihak majlis perbandaran silalah lihat masalah kami ni. Harap masalah ni dapat selesai secepat mungkin.

Baiklah. Itu mukadimah saja.

Tujuan aku tulis artikel ni adalah untuk tunjukkan kepada korang bagaimana korang boleh buat bayaran kompaun ni secara online sahaja.

Cara Bayar Kompaun Letak Kereta Secara Online

Berikut adalah cara-cara untuk buat bayaran kompaun tempat letak kereta secara online. Tutorial yang ditunjukkan adalah untuk Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) sahaja kerana lain Majlis Perbandaran lain dia punya website. Tetapi caranya lebih kurang sama.

Ok. Terus ikut tutorial berikut.

Langkah 1 Langkah pertama, korang layari web http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat/public/user/new dan buat pendaftaran.

Langkah 2 Lepas daftar korang login dan korang akan tengok halaman seperti ini. Pilih

Cara Bayar Kompaun

Langkah 3 Lepas itu korang akan dibawa terus ke halaman dashboard website tersebut. Lihat pada menu “Bayar” dan pilih “Kompaun”

Cara Bayar Kompaun

Langkah 3 Kemudian, korang masukkan nombor kenderaan yang kena saman atau masukkan nombor ID kompaun. Nak dapatkan nombor ID kompaun boleh tengok di resit saman. Tapi nak lebih mudah masukkan saja nombor kenderaan.

Cara Bayar Kompaun

Lepas masukkan nombor kenderaan, klik semak.

Langkah 4 Jika korang memang ada kena saman, saman korang akan naik dan korang boleh lihat jumlahnya. Sekarang ni aku punya sama RM12.00. Asalnya saman aku adalah RM30. Oleh sebab aku buat bayaran awal, jadi aku dapat diskaun saman lebih dari 50%.

Cara Bayar Kompaun

Lepas dah semak, klik butang “Tambah Ke Akaun Pembayaran”.

Langkah 5 Sekarang, korang sudah berada di halaman pembayaran untuk bayar kompaun korang tu.

Cara Bayar Kompaun

Klik pada bil pembayaran dan klik butang bayar.

Langkah Akhir Korang boleh pilih pembayaran samaada melalui FPX (boleh guna kad debit/kredit) atau Internet Banking. Bagi aku baik guna FPX sebab caj transaksi lebih rendah lebih kurang 50 sen. Jadi total semua yang perlu aku bayar adalah RM12.50.

Cara Bayar Kompaun

Lepas itu klik butang bayar. Selesai.

Kesimpulan

Dalam tutorial ini aku dah ajarkan korang macam mana korang boleh bayar kompaun secara online. Jika korang kena saman dari negeri lain pun langkahnya juga lebih kurang sama. Jika korang rasa tutorial ini berguna, boleh share kepada kawan-kawan atau sedara mara. Ingat, jangan sampai surat mahkamah sampai. Tak pasal-pasal korang kena naik court.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

11 thoughts on “Cara Bayar Kompaun Letak Kereta Secara Online”

  1. dah ikut semua diatas ..semasa nak buat pembayaran keluar dibawah

    Access Denied
    You don’t have permission to access “http://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/m9000/m2uFpxXmlReceiver.do” on this server.
    Reference #18.45561b3a.1654265697.a755058

Leave a Comment

Scroll to Top