Blog Faiz

Berkarya Untuk Berkongsi

  • Blog
  • Servis/Produk
  • Network
    • Belajar YouTube
    • Servis Bina Web
  • Hubungi
  • Lain-Lain
    • Siapa Saya?
    • Privacy Policy
    • Penafian
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • YouTube

Design by SM Creative Studio

Home » Blog » Cara Buat Kiriman Wang Pos di Pejabat Pos Malaysia

Cara Buat Kiriman Wang Pos di Pejabat Pos Malaysia

Last Updated on January 21, 2021 by FaizAlias 31 Comments

Cara Buat Kiriman Wang Pos di Pejabat Pos Malaysia | Kalau korang banyak berurusan dengan Kerajaan contohnya nak buat bayaran sesuatu ke pejabat Kerajaan, biasanya kaedah pembayaran akan dibuat secara kiriman wang pos. Kadang-kadang aku pun pening kenapa tidak gunakan kemudahan yang ada seperti bayaran online.

Mungkin ada sebabnya.

So tak perlu pening nak fikir benda tu. Kita turut saja arahan.

Sebelum tu, mari kita lihat ciri-ciri wang pos ni.

Ciri-ciri Wang Pos adalah seperti berikut:

  • Cara paling mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil
  • Kiriman bermula dari nilai denominasi tetap RM1.00 hingga RM100.00
  • Boleh digabungkan bergantung kepada jumlah kiriman
  • Boleh didapati di semua Pejabat Pos
  • Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos dan Pejabat Pos Mini
  • Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran

Cara Buat Kiriman Wang Pos di Pejabat Pos Malaysia

Mungkin dalam kalangan korang masih tidak tahu bagaimana caranya jika ingin buat kiriman wang post di pejabat Pos Malaysia.

So jangan risau. Aku akan beritahu bagaiman cara nak buat wang pos ni berdasarkan pengalaman aku. Mudah saja. So jangan risau.

Langkah 1 Benda pertama sekali bila korang langkah masuk ke pejabat pos adalah terus pergi ke mana-mana kaunter yang tak sibuk. Jangan memandai pula nak pergi ambil nombor dan duduk. Jangan buat “straight” sangat.

Pergi ke kaunter dan beritahu nak buat wang pos. Explain la sikit kenapa nak buat wang pos. Biasanya korang nak buat wang pos akan ada satu surat. Boleh tunjukkan surat pada pekerja di kaunter tu supaya dia tahu sikit tujuan kita.

Nanti dia akan berikan kat korang satu borang seperti yang ditunjukkan di bawah.

Kiriman Wang Pos

Isikan semua info yang diperlukan.

Kalau tak pasti yang mana perlu isi, boleh tanya terus di kaunter semasa dia berikan borang tersebut.

Langkah 2 Lepas siap isi borang, pergi balik ke kaunter tersebut untuk dia semak jika ada apa-apa yang tertinggal.

Jika sudah lengkap, barulah pergi ambil nombor giliran untuk urusan seterusnya.

Langkah 3 Bila nombor giliran dipanggil ke kaunter, berikan borang tadi kepada pekerja di kaunter tersebut.

Lepas tu, korang akan diminta untuk bayar secara cash berdasarkan jumlah yang korang nak bayar dan pihak pos akan ambil RM0.50 sebagai komisyen mereka.

Lepas bayaran dibuat, mereka akan berikan korang satu keping seperti cek. Boleh lihat gambar di bawah.

Kiriman Wang Pos
Buat kiriman wang post di Pos Malaysia

Ceraikan bahagian kiri untuk disimpan oleh korang.

Langkah 4 Beli satu sampul surat pos express atau pos laju untuk proses penghantaran. Nak beli sampul biasa pun boleh. Cuma keselamatan dan juga nombor tracking tak ada. So korang tak tahu samaada sudah sampai ataupun belum.

Masukkan cek tadi ke dalam sampul surat tersebut dan masukkan pula ke dalam peti besi penghantaran pos.

Itu saja prosesnya jika korang nak buat kiriman wang pos.

Tak susah pun kan?

Kejap. Kalau dah habis baca panduan ni, pergi ke Channel YouTube aku “Blog Faiz” dan subscribe sekali sebab di sana juga aku banyak buat tutorial seperti ini.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Siapa Saya?

blankMinat dalam dunia bisnes, blogging dan juga travel. Kerja sampingan adalah webdesigner. Boleh layari smcreativestudio.com.Dan tolong subscribe channel YouTube aku "Blog Faiz". Read More…

Comments

  1. blankAyA says

    July 2, 2020 at 4:37 am

    Thanks Faiz..its really useful information.

    Reply
    • blankFaizAlias says

      July 9, 2020 at 5:50 pm

      sama-sama..semoga bermanfaat… 😀

      Reply
  2. blankizzah says

    August 20, 2020 at 11:43 pm

    kena bayar x kalau nk buat pos nie

    Reply
    • blankFaizAlias says

      August 23, 2020 at 10:03 am

      bayar setem dia je… 🙂

      Reply
  3. blankaiman says

    September 9, 2020 at 6:21 am

    nak tanya, ini kamu yg poskan duit ke kamu nak ambilkan duit?
    nama kita yg kena isi dekat area ‘ maklumat pengirim & penerima” atau nama pihak yg kita nak bagikan duit tu
    ?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      September 9, 2020 at 10:39 am

      ini untuk kita post duit…

      pengirim = siapa pengirim? jika kita tulis nama kita.
      penerima = siapa penerima? tulis nama penerima.

      Reply
  4. blankaiman says

    September 9, 2020 at 6:22 am

    sebab ini kita nak buatkan bayaran syarikat utk lesen borong perniagaan

    Reply
    • blankFaizAlias says

      September 9, 2020 at 10:37 am

      boleh jelaskan soalan bro?

      Reply
    • blankFadzliwati says

      October 27, 2020 at 8:48 pm

      Kiriman wang pos ini hanya utk urusan rasmi @ boleh guna utk kirim duit org yg tak da akaun bank

      Reply
      • blankFaizAlias says

        October 28, 2020 at 11:13 am

        yes…betul tu…kebanyakkan urusan dengan kerajaan mmg guna wang pos ni..

        Reply
  5. blankMarnisha says

    October 24, 2020 at 5:42 am

    Nak tanya, adakah langkah yg sama perlu diambil kalau kita nak hantar surat beserta dengan wang pos?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      October 24, 2020 at 2:32 pm

      apa langkah yg sama tu cik? kalau nak hantar surat lain caranya…kalau nak hantar wang pos ikut cara atas ni yg sy tunjukkan…tak sama cara kalau nak hantar surat biasa..

      Reply
  6. blankMumin says

    November 11, 2020 at 11:38 am

    Limit nk bayar untuk pos tu berapa limit nya

    Reply
    • blankFaizAlias says

      November 11, 2020 at 1:57 pm

      bawah nilaian RM100….untuk kepastian bro boleh tny pihak pos sendiri

      Reply
  7. blankkhairul marzuki says

    November 29, 2020 at 3:37 am

    kenapa lah tiada wang pos ONLINE kan? mudahkan pengirim

    Reply
    • blankFaizAlias says

      November 29, 2020 at 10:46 am

      kalau korporat2 atau agensi kerajaan mmg mcm tu…mungkin sebab mereka nak dapatkan resit rasmi kot…

      Reply
  8. blankS'ng says

    December 2, 2020 at 9:33 am

    Pos laju boleh dapat beli wang pos?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      December 2, 2020 at 2:42 pm

      maaf tak faham soalan…pos laju tempat kita hantar wang pos…wang pos xboleh dijual beli

      Reply
  9. blankNaNa says

    December 19, 2020 at 8:41 pm

    Kalau nk serah wang pos bersama surat yg terlibat, boleh ke mintak tros org kaunter pos kan lepas siap buat wang pos tu?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      December 20, 2020 at 5:13 am

      mmg kena buat mcam tu pun…pos bersama surat tu jika mmg surat tu kena hantar sekali….sbb nk hantar wangpos ni kena beli sendiri sampul surat…nnti dalam tu kita selitkan sampul surat skali..

      Reply
  10. blankputeri says

    December 27, 2020 at 8:34 am

    Salam, boleh tak saya nak beli wang pos untuk kegunaan orang lain?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      December 27, 2020 at 12:02 pm

      beli wang pos? wang pos xboleh dibeli….hantar wang pos boleh

      Reply
  11. blankDiey says

    January 9, 2021 at 3:18 pm

    Kalau nak pos sekali ngn surat, dya mmg akan bagi kat kita sampul pos ngn setem siap2 ke?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      January 9, 2021 at 11:10 pm

      surat tu selit sekali dalam sampul yang kita nak hantar bersama wang pos tu….sampul sy beli sampul pos express sbb ada nombor tracking…boleh track ada kat mana…

      Reply
  12. blankIfah says

    January 11, 2021 at 9:53 am

    Salam, boleh ka kalau nk tolong hantar wang pos untuk orang lain?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      January 11, 2021 at 4:15 pm

      boleh je…xde masalah…

      Reply
  13. blankSyafiqah says

    January 13, 2021 at 10:47 am

    kalau saya nak beli utk byr filing fee Audited Financial Statement penerima adalah SSM. So saya kena isi under pengirim, atas nama saya (Co. Sacretary) atau atas nama Syarikat?..
    .

    Reply
    • blankFaizAlias says

      January 13, 2021 at 1:31 pm

      tak kisah nama pengirim siapa…tak jadi isu

      Reply
  14. blankNazmi says

    January 20, 2021 at 4:07 pm

    KALAU KITA NAK POST DUIT DEKAT KAWAN BOLEH KE TANPA SURAT BUKTI PADA PEKERJA DI KAUNTER TU. SEBAB KAWAN SAYA TIADA BANK MALAYSIA. NNTI DIA NK REDEEM CHEQUE TU DEKAT MANA YA?

    Reply
    • blankFaizAlias says

      January 21, 2021 at 12:12 am

      susah ni sy nak jawab…tuan kena tny kat pekerja pos sendiri ni

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian Artikel

Subscribe di YouTube

Lihat lebih banyak video tutorial dan kisah hidup aku di YouTube. Klik butang subscribe di bawah.

SPONSORED




Kategori

Archives