Bagaimana Cara Bayar Zakat Online? Zakat fitrah ni adalah rukun islam yang ke-4 dan ianya wajib untuk kita laksanakan. Seperti yang sedia maklum, zakat ni ada banyak jenis. Sebagai contoh zakat pendapatan, zakat emas, zakat hasil dan banyak lagi. Tapi semua zakat tu hanya untuk orang yang layak saja tunaikan. Tapi, kalau sebut zakat fitrah, tak kira miskin kaya semua wajib bayar.
Cara Bayar Zakat Online (Semua Jenis Zakat) – Isi Kandungan
Apa itu Zakat Fitrah?
Secara asasnya, kita bayar zakat fitrah dengan makanan asasi bagi negara tersebut dan ia dari jenis yang mengenyangkan. Contohnya makanan asasi di Malaysia adalah beras jadi kita wajib membayar dengan beras.
Namun, pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan dengan nilai yang telah disamaratakan bagi setiap negeri.

Kalau zaman dulu jika kita nak bayar zakat, kita kena tunggu amil (pengutip zakat) barulah boleh bayar. Tapi korang tahu ke tak sebenarnya ada cara lebih mudah. Sekarang ni kita dah melepasi tahun 2020 jadi nak bayar zakat tu lebih senang iaitu dengan cara online je.
Bagi yang suka tradisi lama, kekalkan cara lama iaitu bayar dengan jumpa amil. Tapi bagi korang yang sentiasa sibuk, boleh cuba bayar secara online je.
Jadi, tutorial kali ni saya nak tunjukkan bagaimana nak bayar zakat secara online tanpa perlu jumpa amil.

Sebelum tu mari kita lihat terlebih dahulu hukum hakam boleh ke bayar zakat secara online ni? Sebab ramai juga antara kita yang mempertikaikan benda ni.
Hukum Bayar Zakat Secara Online
Menurut info dari dari laman web rasmi Pusat Zakat Melaka menyatakan bahawa zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Jadi, tak ada masalahlah kalau kita berzakat secara online bila kita memenuhi kedua-dua syarat ni iaitu niat berzakat dan kita pindahkan zakat harta kita tu walaupun secara online sekalipun.
Dulu aku pernah fikir kalau nak bayar zakat ni mesti bersalam dengan amil dan niat. Rupanya benda tu tidak perlu buat pun dan ianya hanya sunat saja sebab zakat adalah ibadat wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai wajib. Mungkin aku tertukar dengan akad nikah kot (akad nikah perlu pegang tangan imam jugak ke?)
Jika korang lihat dalam laman web Zakat negeri masing-masing, sekarang ni sudah ada kemudahan untuk kita bayar secara online je. Malah sekarang ni pun fungsi bank online pun sudah ada buat bayar zakat secara online tak kira zakat harta, zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan sebagainya.
Ini membuktikan bahawa ianya boleh dilaksanakan secara online.
Jadi di sini, korang boleh buat bayaran zakat secara online tanpa perlu was-was ok? Sebab aku dah rujuk pelbagai sumber sebelum artikel ni diterbitkan.
Berapa Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri
Untuk kadar bayaran zakat bagi setiap negeri korang boleh rujuk gambar di bawah.

Untuk memudahkan korang lagi, di bawah ni aku sediakan jadual kadar bayaran dan juga laman web yang boleh digunakan untuk bayar zakat secara online.
Negeri | Kadar Bayaran | Cara Bayar |
---|---|---|
Kelantan | RM7 |
|
Kedah | RM5, RM7, RM14, RM21 | Boleh bayar melalui laman web
|
Johor | RM7, RM10 |
|
Pulau Pinang | RM7, RM16 |
|
Selangor | RM7, RM14, RM21 |
|
Terengganu | RM7 |
|
Sarawak | RM7 |
|
Sabah | RM6, RM7 |
|
Wilayah Persekutuan | RM5, RM7 |
|
Pahang | RM7 |
|
Negeri Sembilan | RM7 |
|
Melaka | RM7, RM14 |
|
Perak | RM7, RM14, RM21 |
|
Perlis | RM7 |
|
Pulau Pinang | RM7, RM16 |
|
Cara Bayar Zakat Fitrah Online (Tutorial)
Bagaimana cara nak bayar secara online.
Ikuti tutorial di bawah.
Ouh ya. Sebelum tu aku ingin beritahu tutorial di bawah ni sama saja jika korang ingin bayar zakat-zakat yang lain seperti zakat harga, zakat padi dan lain-lain.
Langkah 1 Login ke akaun Maybank.
Langkah 2 Selepas login, korang akan lihat seperti gambar di bawah dan klik pada tiga titik melintang.

Langkah 3 Lepas korang klik pada tiga titik tersebut, akan keluar seperti gambar di bawah.

Klik pada Pay Bills.
Langkah 4 Kemudian korang akan dibawa ke halaman baru. Pada halaman ini, korang taip “zakat” pada bahagian New Payment dan pilih jabatan zakat di negeri korang bekerja atau tempat mencari makan.

Langkah 5 Kemudian dia akan keluar satu popout seperti gambar di bawah. Sila isikan jumlah, nombor telefon, jenis zakat dan juga tarikh dengan sempurna.
Kemudian, klik butang PAY

Untuk info tambahan. Jumlah di sini tidak akan terima RM20 kebawah. Contohnya di negeri korang zakat untuk setiap orang yang perlu dibayar adalah RM7. Jika tambah isteri sorang bermakna RM14. Tetapi sistem pembayaran online tidak akan terima RM14. Korang mesti isi lebih daripada RM20 dan keatas.
Langkah 6 Seperti biasa, korang akan diminta untuk masukkan nombor TAC iaitu nombor keselamatan untuk pembayaran online.
Ikut saja step sehingga pembayaran korang selesai.

Ada juga ramai yang tanya kenapa tak dapat nombor TAC.
Untuk dapatkan nombor TAC, korang perlu daftar akaun Maybank2u korang dengan nombor telefon bimbit yang korang tu. Barulah nombor TAC akan sampai.
Jika korang suka tutorial secara video, boleh lihat video di bawah ini.
Atau
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Leave a Reply