Cara Menghapuskan Notifikasi di Browser Google Chrome | Secara tidak sedar, korang mungkin pernah “membenarkan” notifikasi dari web lain untuk menghantar noti direct ke laptop atau PC korang.

Kemudian selang beberapa hari, korang rasa notifikasi yang dihantar tu menganggu untuk korang buat kerja. So, macam mana cara nak menghapuskan kembali notifkasi tersebut?

cara menghapuskan notifkasi
Contoh notifikasi dihantar melalui Google Chrome

Cara nak menghilangkannya sangat mudah.

Korang boleh ikuti tutorial di bawah.

Cara Menghapuskan Notifikasi di Browser Google Chrome

Sebelum aku melanjutkan tutorial aku ni, aku memohon jasa baik korang untuk subscribe Channel YouTube aku ni (klik sini untuk subscribe) dulu sebab dalam Channel ni aku akan kongsikan seperti dalam blog ini juga tetapi secara bervideo dan lebih menarik lagi.

Sekarang, mari kita terus ke tutorial.

[step1] Perkara pertama sekali korang mestilah browse guna Google Chrome. Jangan tersalah buka web browser pula. Nanti tak sama dengan tutorial yang aku tunjukkan di bawah.

Ok.

Jika korang dah buka Google Chrome, korang lihat sebelah kanan dan paling atas. Korang akan lihat ada tiga titik bertindih seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

cara menghapuskan notifkasi

Kemudian klik pada Settings

[step2] Next, korang scroll bawah sekali dan lihat ada perkataan Advance. Itu bermakna advance setting. Klik padanya.

cara menghapuskan notifkasi

[step3] Seterusnya, cari bahagian Site Settings dan klik padanya.

cara menghapuskan notifkasi

[step4] Then, korang akan lihat seperti halaman di bawah. Cari bahagian Notifications dan klik padanya.

cara menghapuskan notifkasi

[step5] Lepas tu, korang cari applikasi atau web yang korang ingin stop notifikasinya daripada terus menerus menerima tanpa korang rela.

Contohnya aku ingin stop notifikasi dari Whatsapp.

So, aku akan cari Whatsapp dan klik pada anak panah kecil seperti di bawah.

cara menghapuskan notifkasi

Senang je.

[laststep] Lepas korang klik pada apps atau web yang korang ingin stop pemberitahuan darinya, cari pula bahagian Notifications dan korang perlu pilih status Block.

So, lepas ni korang tidak akan menerima apa-apa notifkasi dari laman web tersebut lagi.

Macam mana?

Mudah dan senang je kan?

Kalau korang suka lihat secara video, boleh lihat video di bawah.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.