Cara Buat Tuntutan Tribunal Malaysia Dan Dapatkan Duit Semula

Macam mana cara buat tuntutan tribunal jika terkena scam? Makin canggih teknologi saya ingatkan orang akan lebih peka akan dengan penipuan-penipuan yang berlaku tapi sebaliknya. Makin ramai yang kena scam. Tak kira tua muda semuanya kena scam.

Bila saya buat kajian saya sendiri secara tidak rasmi, mereka yang kena scam ni biasanya yang jenis tak sabar dan tidak mengkaji selidik dahulu latar belakang seller. Bila ada tawaran barang yang murah atau join skim apa-apa terus masuk tanpa selidik dulu.

Bila kita tak berhati-hati macam ni lah jadinya. Kadang-kadang sakit bukan sebab hilang duit tapi rasa kena perbodohkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab ni.

Untuk pengetahuan korang, jika kita kena scam dan buat report polis, polis biasanya tidak akan membantu sangat dalam menyelesaikan kes scam. Tapi, report polis sangat penting jika kita nak buat urusan yang lain lagi lepas ni macam contoh urusan dengan pihak bank.

Apa Itu Tuntutan Tribunal?

Nama penuh adalah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Tapi di sini saya ringkaskan kepada tuntutan tribunal saja untuk korang lebih faham.

Tuntutan tribunal adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai saluran alternatif kepada pengguna untuk tebus ganti rugi dengan cara paling mudah, murah, cepat dan berkesan.

Syarat Buat Tuntutan Tribunal

Baik di sini saya akan berikan beberapa syarat yang perlu korang tahu jika nak buat tuntutan tribunal ni.

  1. Tuntutan ganti rugi hendaklah tidak lebih dari RM50,000 di mana sebelum ni had yang dibenarkan hanya RM25,000 sahaja.
  2. Tidak boleh diwakili peguam. Semuanya diri sendiri sahaja dari A-Z.
  3. Tuntutan gantirugi yang berlaku hendaklah tidak lebih dari 3 tahun.

Butiran Penting Yang Perlu Ada

Ramai yang belum tahu apakah info yang penting perlu ada.

Untuk pengetahuan korang, kita perlu ada info mengenai scammer tu seperti nama, alamat dan sebagainya.

Tapi macam mana nak dapatkan semua benda ni?

Sebab tu korang kena buat report polis kemudian pergi ke bank untuk cuba minta info scammer ni melalui akaun yang korang telah bank in. Semua info ni pihak bank ada. Nanti tunjukkan laporan polis dan kata pada yang bertugas untuk tujuan mahkamah.

Mereka akan bantu korang.

Selain tu juga, korang perlu sediakan semua bukti seperti mesej, transaksi duit, resit, gambar produk dan sebagainya.

Jenis-Jenis Tuntutan Yang Boleh Dituntut

Berikut adalah antara tuntutan yang boleh dibuat di pejabat pendaftaran tribunal.

  1. Barang atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak dihantar dengan sempurna.
  2. Barang atau servis tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat.
  3. Tawaran hadiah atau sesuatu benda berharga tetapi barang tersebut tidak wujud pun.
  4. Harga yang dibekalkan melebihi harga yang di iklankan.
  5. Description barang yang mengelirukan dan tidak sama apa yang di janjikan.

Cara Buat Tuntutan Tribunal

cara buat tuntutan tribunal

Sekarang ni mari kita lihat flow yang lengkap macam mana untuk buat tuntutan tribunal ni.Di sini saya akan tunjukkan melalui dua cara iaitu secara online dan juga secara walk-in.

Tapi saya sarankan untuk buat secara walk-in sebab korang boleh tanya dengan lebih jelas lagi kepada petugas mengenai tuntutan tribunal ni.

Tapi kalau korang jauh dengan pejabat tuntutan tribunal ni, boleh buat secara online.

#1. Buat Tuntutan Tribunal Secara Walk-in

Langkah 1 Pertama sekali apa yang perlu korang buat adalah download terlebih dahulu borang Pertanyaan Tuntutan ataupun Borang 1.

Yang ni saya tunjuk dulu buat secara online sebab nanti tak kalut jika kita dah sampai di pejabat tuntutan tribunal nanti. Sebab ada banyak yang perlu kita isi.

Borang ni ada je dekat pejabat tuntutan tribunal tapi nanti korang kena balik pula sebab ada banyak benda nak isi.

So pada bahagian ni saya tunjukkan siap-siap macam mana nak isi borang 1 ni sebelum kita melangkah masuk ke pejabat tuntutan tribunal.

Dalam borang nilah korang perlu isi kesemua info-info penting seperti nama kita, alamat, jumlah tuntutan dan sebagainya.

Pada bahagian yang berikutnya pula korang perlu isi nama scammer, alamat scammer dan sebagainya.

Sebab tu saya beritahu tadi untuk dapatkan semua info ni korang perlu buat report polis dulu kemudian pergi bank dan cuba dapatkan info scammer ni melalui akaun bank yang telah korang bank in.

Semua info tersebut pihak bank ada bagi.

Kalau korang tak nampak, nanti di bawah ni saya ada sediakan juga tutorial secara video.

Boleh lihat dalam video tu apa yang perlu korang isi.

Kemudian, korang juga perlu sediakan segala bukti-bukti seperti resit, transaksi wang, mesej dan sebagainya dalam bentuk lampiran.

Langkah 2 Lepas dah siap isi pada borang 1 tadi, kita pergi ke pejabat tuntutan tribunal.

Kat mana nak cari pejabat tuntutan tribunal?

Oleh sebab tuntutan tribunal ni di bawah KPDNHEP, kita boleh pergi ke pejabat KPDNHEP pada bahagian Pejabat Pendaftaran Tribunal.

Untuk cari lokasi di negeri masing-masing, boleh rujuk peta KPDNHEP bagi setiap negeri.

Nanti di pejabat kita akan perlu isi lagi 4 borang salinan untuk filekan tuntutan ni dan untuk buka file tuntutan ni, kita perlu bayar fee atau yuran sebanyak RM5.00 sahaja.

Langkah 3 Lepas dah siap urusan di pejabat pendaftaran tribunal, mereka akan menyuruh kita untuk kita hantar salinan borang yang kita isi tadi kepada penentang atau scammer samaada by hand atau menggunakan pos berdaftar.

Sebab tu kita perlu tahu alamat si scammer ni.

Itu saja langkah-langkah yang perlu korang buat untuk buat tuntutan tribunal ni.

#2. Buat Tuntutan Tribunal Secara Online

akan dikemaskini…

Apa Tindakkan Seterusnya?

Lepas dah siap buat tuntutan tribunal, kita perlu tunggu sehingga ada surat dari pejabat pendaftaran tribunal ni tarikh dan masa untuk kita hadir ke mahkamah bersama si scammer ni untuk diperdengarkan kes oleh hakim.

Korang jangan risau jika scammer ni tak datang sebab pihak mahkamah boleh keluarkan waran tangkap untuk polis datang menangkapnya.

Jika scammer ni hadir, prosiding mahkamah akan berlangsung seperti biasa dan jika kemenangan tu berpihak pada kita, hakim akan mengeluarkan satu award atau arahan kepada scammer ni untuk membayar ganti rugi kepada kita dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apa berlaku jika scammer ni tidak mengendahkan bayaran tersebut.

Seperti biasa, pihak mahkamah akan keluarkan waran tangkap untuk datang tangkap.

Jika korang nak tengok macam mana proses buat tuntutan tribunal ni dalam bentuk video, boleh la tengok video di bawah ni melalui channel YouTube blogfaiz.

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh saya beritahu korang di sini adalah kita gunakanlah saluran yang betul jika kita ada masalah. Sebab jika korang gunakan saluran yang betul semua benda akan jadi lancar termasuklah untuk dapatkan semula duit kita yang kena scam oleh scammer.

Mungkin proses dia rumit sikit tapi berbaloi jika korang nak dapatkan keadilan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

36 thoughts on “Cara Buat Tuntutan Tribunal Malaysia Dan Dapatkan Duit Semula”

  1. Salam. Just FYI, bank tak boleh nak keluar kan data scammer tu pun even with police report Sebab PDPA. Saya Baru je pergi bank tadi, and pihak bank hanya boleh report acct sahaja. So, now Taktahu nk dapatkan information scammer tu dari mana utk proceed tribunal

Leave a Comment

Scroll to Top