Tutorial Buat Highlight Story Instagram, Tukar Cover dan Tajuk

Macam mana cara nak buat highlight story instagram? Bagi korang yang ingin naikkan follower, story di Instagram ni adalah antara yang penting untuk kita sentiasa update. Kalau nak update tu, updatela benda-benda yang berkualiti supaya kita sentiasa ada engagement dengan follower kita.

Lepas buat story dekat IG, korang tak boleh biarkan macam tu pula sebab nanti bila dah 24 jam, IG story kita tu akan lenyap dari pandangan umum.

So, di sinilah korang kena buat Highlight Story Instagram.

Jadi, macam mana tu nak buat?

Jom ikut tutorial di bawah ni.

Tutorial Buat Highlight Story Instagram

buat highlight story instagram

Dalam tutorial ni, saya akan tunjukkan semua macam mana nak create hightlight story dalam IG, tukar cover story hightlight, tukar tajuk dan juga padam story highlight.

Langkah 1 Perkara pertama sekali saya nak tunjukkan macam mana nak create story baru dalam Instagram.

Mula-mula, korang kena login ke dalam akaun Instagram. Kemudian, lihat seperti gambar di sisi ni ada icon “+”.

Klik pada icon plus tu untuk buat story baru.

buat highlight story instagram

Langkah 2 Bila dah klik icon plus tadi, kita perlu pilih story yang telah kita buat sebelum ni.

Jika korang belum buat story lagi, sila buat terlebih dahulu.

Lepas dah pilih story, klik next.

buat highlight story instagram

Langkah 3 Kemudian, di sinilah untuk kita tukar cover gambar, dan buat tajuk.

Jadi, pada anak panah pertama tu, untuk kita tukar cover. Klik saja dan tukar.

Seterusnya, pada anak panah kedua, tulis tajuk untuk story highlight korang.

Lepas dah siap semua, klik done.

Siap!

buat highlight story instagram

Langkah 4 Untuk lihat story highlight terbaru, boleh tengok pada profil IG kita seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.

Untuk padam story highlight pula korang hanya perlu tekan selama 3 saat pada story yang nak dipadam tu, kemudian nanti dia akan bagi pilihan untuk padam story highlight tersebut.

buat highlight story instagram

So, siaplah kita punya tutorial macam mana nak buat highlight story Instagram.

Kalau korang ingin lihat dalam bentuk video, boleh klik video di bawah ni untuk gambaran yang lebih jelas dan jika korang sudi, boleh follow Instagram saya di sini https://www.instagram.com/blogfaiz/

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top