Korang tahu tak kalau kita tersalah transfer duit pada akaun orang lain, kita boleh dapatkannya semula dengan cara yang betul. Macam mana cara yang betul tu?
Jangan panik.
Stay calm and rileks.
Dalam artikel ni saya akan beritahu korang macam mana cara nak dapatkannya semula dengan cara yang betul tu supaya proses mengembalikan wang kita dapat berjalan dengan lancar.
Pada masa kini untuk melakukan apa-apa saja transaksi atau perpindahan wang sangat mudah dengan adanya online banking, kad debit, payment gateway dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak perpindahan wang ni, mesti ada seorang dua yang tersilap.
Setuju tak?
Mungkin korang pun pernah alami situasi salah pindah wang pada akaun orang lain.
Jadi mesti ada caranya untuk dapatkkanya semula.
Ok sebelum tu saya nak beritahu sikit.
Sebenarnya, jika korang terkena scam, korang boleh ikut dengan cara ni. Cuma kita kena plot twist sikit dengan harapan duit kita yang kena scam tu dapat dikembalikan semula.
Tersalah Transfer Duit Dan Cara Ambil Semula
Di bawah ni saya tunjukkan beberapa step atau langkah yang perlu kita bertindak jika kita perasan duit yang kita transfer tu tersalah nombor akaun.
Langkah #1: Lapor Polis
Langkah pertama yang perlu korang buat adalah dengan membuat laporan polis dengan kadar segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Macam mana nak lapor pada polis dalam report?
Dalam laporan tersebut, korang perlu cerita detail mengenai nombor akaun bank yang tersilap bank in, jumlah wang yang tersalah pindah, tarikh, masa serta kaedah transaksi dibuat.
Kalau ada resit lagi cun. Tunjukkan resit tersebut.
Langkah #2: Pergi Bank
Langkah kedua pula, korang perlu pergi ke bank yang korang gunakan untuk buat transaksi. Sebagai contoh korang guna bank CIMB untuk transfer pada akaun Maybank. Korang perlu pergi ke bank CIMB.
Bawa laporan polis tersebut dan laporkan pula pada staff yang bertugas. Cerita sikit situasi macam mana boleh tersalah transfer dan minta bantuan mereka untuk dapatkan semula wang tersebut.
Langkah #3: Pihak Bank Bertindak
Selepas kita beritahu pada staff yang bertugas masalah kita, mereka akan menghubungi pemilik akuan tersebut supaya kembalikan semula wang yang korang tersalah bank in tersebut.
Korang perlu tahu pihak bank tidak boleh sesuka hati kembalikan wang korang melainkan pemilik akaun tersebut yang akan memulangkannya semula. Buat masa sekarang, samaada pemilik akaun tersebut nak kembalikan semula wang korang atau tak, itu hak mereka.
Jika pemilik akaun tersebut bersetuju untuk kembalikan semula wang tersebut, mereka akan pergi ke bank untuk isi satu borang bagi proses mengembalikan semula wang korang.
Itu saja langkah yang perlu korang ambil kira jika tersalah transfer duit pada akaun yang salah.
Macam Mana Jika Pemilik Akaun Enggan Bekerjasama?
Benda ni akan jadi lebih rumit jika pemilik akaun tidak mahu bekerjasama untuk kembalikan semula wang korang.
Jadi di sini, nak tak nak, korang kena bawa perkara ni ke mahkamah untuk dapatkan keadilan.
Jika wang tersebut tidak melebihi sebanyak RM5000, korang boleh isi borang tuntutan Small Claim Procedure di mahkamah majistret tanpa perlukan peguam manakala jika wang tersebut melebihi RM5000, korang terpaksa gunakan khidmat peguam untuk dapatkan semula wang korang.
Benda ni saya dah bincang pada topik yang lepas iaitu macam mana nak buat mahkamah tuntutan kecil.
Penutup
Saya harap dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah ini jika ianya benar-benar berlaku.
Tak dinafikan kes ni dah banyak berlaku jadi apa salahnya jika kita belajar perkara ni sikit supaya kita tahu apa tindakkan yang perlu kita buat.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.