Cara Daftar MAE Maybank2u

Cara Daftar MAE Maybank2u | Baru-baru ini (awal Mac 2019) telah viral satu permainan Maybank2u di mana hanya klik-klik saja korang akan dapat duit secara cash. MAE adalah singkatan daripada Maybank Anytime Everyone. So, ringkasnya adalah MAE. Ini bukan scam atau cerita dongeng. Aku sendiri telah mendapat beberapa ringgit setelah bermain beberapa kali.

MAE ni merupakan servis terbaru daripada pihak Maybank untuk memudahkan kita membuat pelbagai bayaran seperti bayar bil utiliti, hantar duit dengan cepat, topup prepaid, shopping online dan bermacam-macam lagi. Senang kata servis terbaru dari Maybank ni nak memudahkan kita membuat pelbagai bayaranlah.

daftar mae maybank2u

Ok. Korang tahu tak cara nak daftar MAE ni dan bermain permainan ni?

Cara Daftar MAE Maybank2u

Tutorial kali ni aku nak kongsikan sedikit macam mana korang nak daftar MAE ni dan bermain permainan ini sehingga dapat duit.

Langkah 1 Langkah pertama yang mesti ada buat adalah login ke dalam akaun Maybank2u dengan menggunakan aplikasi Maybank. Jika korang sudah ada aplikasi Maybank2u, sila pastikan update yang terkini.

Selepas login, korang akan lihat seperti gambar di bawah dan klik mengikut anak panah yang ditunjukkan.

daftar mae maybank2u

Langkah 2 Kemudian ia akan keluar satu popout menu di sebelah kiri. Klik pada menu Apply Online.

daftar mae maybank2u

Langkah 3 Kemudian klik pada MAE Create Amazing E-Wallet seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

daftar mae maybank2u

dan klik pada Experience MAE Now.

daftar mae maybank2u

Langkah 4 Isikan segala butiran anda di sini iaitu Email, Negeri dan juga Invite Code. Untuk invite kod, korang masukkan kod afb03118. Masukkan kod tersebut untuk dapatkan satu life.

daftar mae maybank2u

Lepas siap isi klik butang Confirm.

Langkah 5 Pastikan korang terima email pengesahan bahawa korang sudah daftar MAE melalui applikasi Maybank2u. Dalam email tersebut korang akan diminta untuk topup ke dalam akaun MAE sebanyak RM10 untuk mengaktifkannya. Jangan risau kerana RM10 tu hanya dipindah masuk ke dalam akaun MAE kita.

daftar mae maybank2u

Seterusnya, klik pada Topup From seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Langkah 6 Masukkan jumlah minimum RM10. Kalau nak masukkan lebih pun tak mengapa. Klik ok dan klik confirm.

daftar mae maybank2u

Langkah 7 Kemudian akan keluar screen pengesahan. Klik saja Confirm & Pay.

daftar mae maybank2u

Langkah 8 Klik My Dashboard.

daftar mae maybank2u

Kemudian ia akan direct ke halaman seperti di bawah. Klik je pada kotak hitam di bawah sebelah kanan seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

daftar mae maybank2u

Langkah 9 Untuk mula bermain, klik butang Start Now. Itu saja.

daftar mae maybank2u

Syarat & Tips Permainan

  • Syaratnya mudah saja. Korang just klik pada icon seperti cincin (sebenarnya coin) yang jatuh. Kutip seberapa banyak mungkin kerana permainan ini hanya 10 saat sahaja.
  • Kutip juga jika ada diamond kerana itu satu bonus seperti tambahan masa atau bonus life permainan.
  • Jangan klik pada bomb kerana bila korang klik bomb secara automatik korang terkeluar dari permainan.
  • Kalau korang perasan, korang akan diberikan invite code. Invite code ni digunakan untuk korang invite sesiapa sahaja dan jika mereka guna invite code tersebut, korang akan dapat satu life dan diaorang pun akan dapat satu life.

So macam mana?

Jangan harap nak kaya dengan permainan ni. Sampai bila-bila pun korang takkan kaya. Kecuali korang berjaya invite 1000 orang sehari.

Aku just share untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top