Cara Download Video Di Instagram Dengan Mudah

Mungkin korang ada video yang korang suka di Instagram kemudian korang nak download video tu. Tapi, macam mana nak dapatkan video tersebut dan cara download video di Instagram?

Jadi, tutorial kali ni saya akan tunjukkan cara macam mana nak download video di Instagram melalui PC atau Desktop dan juga melalui smartphone Android.

Untuk iOS atau iPhone?

Maaf, untuk iOS atau iPhone tak sesuai guna cara ni. Tapi still ada applikasi di Play Store yang boleh guna untuk download video di Instagram.

Cara Download Video Di Instagram

cara download video di instagram

Sebelum saya lanjutkan tutorial ni di sini saya ingin beri peringatan sikit. Jika korang download video personal dari seseorang, pastikan minta izin dahulu dari tuan badan.

Ini adalah etika kita sebagai pengguna dan menjaga privasi seseorang.

Sebab, kalau korang salah guna boleh kena dakwa tau.

Cara #1: Download Video Instagram Melalui Smartphone Android

Langkah 1 Mula-mula korang pergi ke app Google Chrome dan taip “en.savefrom.net Instagram” dan klik pada link di atas sekali.

cara download video di instagram

Langkah 2 Lepas klik link di atas ni, korang akan dibawa ke satu halaman dan scroll ke bawah sikit cari butang “Download the App”

cara download video di instagram

Nanti dia akan suruh kita Install applikasi dan follow saja arahan mereka cara nak install applikasi.

Maaf applikasi ni dia tak tersenarai di dalam Play Store. Dia hanya format APK saja. Tu jadi susah sikit tu.

Jadi, ini dua applikasi yang korang kena install nanti.

cara download video di instagram

Kemudian, klik je pada anak panah nombor 1 di atas ni.

Langkah 3 Bila dah klik pada anak panah nombor 1 di atas ni, dia akan keluar seperti ni.

Nanti kita pilih icon Instagram sebab kita nak download dalam Instagram.

cara download video di instagram

Lepas tu dia suruh kita login ke dalam akaun Instagram macam biasa melalui applikasi tadi.

Jangan risau.

Benda ni selamat.

en.savefrom ni adalah sebuah syarikat yang trusted.

Langkah 4 Lepas dah login ke dalam akaun Instagram kita melalui applikasi en.savefrom ni, kita cari video yang kita nak download, kita buka video tu dan korang akan nampak seperti ni.

cara download video di instagram

Klik pada icon download seperti yang ditunjukkan dengan anak panah. Pastikan tunggu dia butang download tu bertukar jadi warna hijau terlebih dahulu.

Klik je download dan siap!

Nanti semak dalam media kat Smartphone korang tu.

Cara #2: Download Video Instagram Melalui PC/Desktop

Ok yang ni lagi mudah berbanding nak download video melalui smartphone.

Langkah 1 Buka laman web en.savefrom download video Instagram dan copy and paste link pada bahagian link tu.

Langkah 2 Cara nak copy link, cari video yang kita minat, kemudian buka video tu dan klik pada tiga titikdi sebelah kanan atas.

Yang ni saya buka Instagram melalui PC.

cara download video di instagram

So nanti, korang akan dapat lihat untuk kita Copy link tersebut.

Klik je dan paste link tu dekat website tadi dan klik butang download.

Siap!

Jika korang nak tengok tutorial ni dalam bentuk video, boleh tengok video di bawah ni atau boleh terus tengok di Channel YouTube Blogfaiz.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top