Macam mana cara daftar SPA untuk mohon kerja kerajaan? Sebelum tu saya ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada adik-adik yang dah berjaya harungi zaman persekolahan dengan jayanya. Berakhirnya SPM bermaksud berakhirlah sudah zaman kita di sekolah.
Tapi kena ingat, bukan dah habis SPM akan berakhir segala-galanya sebab kehidupan lepas ni akan lebih mencabar lagi terutama di alam pekerjaan.
Habis tu macam mana pula dengan Tingkatan 6?
Tingkatan 6 tak dikira sekolah dah. Tingkatan 6 ni dalam kategori pra-universiti.
Lagipun ramai kawan-kawan dah blah sambung belajar diploma, matrikulasi dan asasi.
Tak gitu?
Apa Perancangan Lepas SPM?
Jadi, apa perancangan korang lepas SPM ni?
Masing-masing dah besar panjang. So, fikirlah sendiri dan buat keputusan yang bijak samaada nak teruskan belajar, buat kerja sendiri atau terus nak kerja.
Walaupun saya tak kenal siapa korang yang sedang baca ni, semua saya sokong apa keputusan nanti asalkan tak buat benda yang sia-sia.
Zaman sekarang ni kata je kerja sendiri tapi duit berkepok dalam poket.
Ok baiklah.
Kalau nak terus kerja, saya cadangkan untuk korang terus apply SPA atau nama panjangnya adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Apa itu SPA?
Jadi di sini saya terangkan serba sedikit apa itu SPA sebab zaman saya dulu, saya pun tak tahu sangat pasal SPA ni. Saya isi dulu pun sebab terikut kawan. Kalau tak berkawan, mungkin saya tak tahu dan tak isi benda ni dulu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah satu organisasi kerajaan yang berperanan untuk melantik seseorang untuk diserap masuk dalam pekerjaan sektor awam.
Secara ringkasanya macam tu lah. Nak kenal dengan lebih jauh lagi boleh baca latar belakang SPA dan peranan SPA.
Jadi, kalau korang bercita-cita nak kerja dalam kerajaan boleh terus isi SPA lepas dah dapat keputusan SPM.
Cara Reset Password Akaun SPA
Mungkin korang dah dalam daftar tapi lupa password nak login ke akaun SPA.
So, ini langkah-langkah korang perlu buat.
Langkah 1 Layari laman web SPA.
Langkah 2 Klik pada “Lupa Kata Laluan“.
Langkah 3 Nanti korang akan tengok di sini ada tiga bahagian yang perlu kita isi sebagai langkah keselamatan.
Pada bahagian 1 adalah maklumat asas. Kita perlu masukkan;
- No. Kad Pengenalan (Tanpa -)
- Nama Penuh
Pada bahagian 2 pula kita perlu masukkan password yang baru dan juga nombor kod keselamatan.
Pada bahagian 3 pula kita perlu masukkan jawapan soalan keselamatan yang pernah kita isi sebelum ni. Kadang-kadang pada bahagian 3 ni agak leceh sebab kita sendiri pun lupa jawapan kita.
Langkah 4 Lepas dah siap isi semua info yang diperlukan untuk reset password, klik pada butang “Hantar Borang Lupa Kata Laluan”
Siap.
Cara Daftar SPA Untuk Mohon Kerja Kerajaan Lepasan SPM
Masa zaman saya dulu nama SPA adalah SPA8. Namun, baru-baru ni kerajaan telah upgrade sistem website dan dinamakan sebagai SPA9. Jadi lepas ni mungkin ada SPA10, SPA11 dan seterusnya.
Korang tak perlu risau. Walaupun laman web berubah banyak kali pun, cara atau konsepnya tetap sama.
Cadangan: Pihak SPA menyarankan kepada semua pengguna untuk melayari laman web mereka dengan menggunakan Google Chrome atau Internet Explorer 10 dan keatas sahaja.
Langkah 1 Pendaftaran.
Untuk pertama kali mendaftar, pergi ke laman web rasmi SPA.
Lepas tu korang klik pada Pendaftaran Pengguna seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.
Kemudian, kita akan dibawa ke halaman untuk mengisi butiran kita seperti nama, nombor IC, alamat dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ni.
Isikan semua info yang diperlukan di sini kemudian klik pada butang Daftar.
Nanti korang akan dapat notis bahawa pendaftaran korang dah pun berjaya.
Jadi, next step adalah login masuk ke dalam akaun SPA dengan menggunakan info yang telah korang daftar sebentar tadi.
Langkah 2 Isi Butiran Peribadi Dengan Lengkap
Bila saja login masuk ke dalam akaun SPA, korang akan terus di bawa ke halaman untuk kita lengkapkan butiran peribadi kita.
Ok sebelum saya teruskan tutorial ni, di sini saya nak beritahu ada beberapa benda yang perlu kita lengkapkan untuk mohon SPA ni.
Korang pergi ke menu “Maklumat Pemohon” dan korang akan tengok beberapa submenu seperti malumat peribadi, maklumat kelayakkan akademik, jawatan dimohon dan perakuan pemohon.
Kita perlu isi semua benda ni sebelum hantar borang permohonan.
Yang saya pangkah tu tiada kena mengena dengan calon lepasan SPM.
Hanya isi yang saya tandakan dengan nombor saja iaitu nombor 1, nombor 2, nombor 3 dan nombor 4.
So, sekarang ni, apa yang perlu kita buat adalah isi maklumat peribadi kita dulu.
Ok kita teruskan.
Lepas dah login masuk tadi, korang akan dibawa direct ke halaman maklumat peribadi dan korang perlu isi kesemua info yang diperlukan di sini.
Jadi, isi je maklumat peribadi korang tu dengan lengkap. Jangan tertinggal apa-apa pun.
Lepas dah siap isi, klik pada butang simpan.
Langkah 3 Info Kelayakkan Akademik
Kemudian kita pergi ke menu Maklumat Pemohon » Maklumat Kelayakkan Akademik
Di sini pula, kita perlu masukkan maklumat keputusan SPM yang telah kita dapat.
Cara dia, pilih pada bahagian SPM, kemudian masukkan tahun SPM dan pilih mata pelajaran yang diambil berserta dengan keputusan gred.
Itu je. Kemudian klik simpan.
Langkah 4 Permohonan Jawatan
Kemudian kita pergi ke menu Maklumat Pemohon » Jawatan Dimohon
Di sini korang perlu isi dan pilih apa jawatan yang korang nak.
Cara dia, pilih apa-apa jawatan yang korang berminat, kemudian klik pada butang tambah.
Nanti semua pilihan jawatan kita akan tersenarai pada nombor tiga gambar di atas.
Langkah 5 Perakuan Pemohon dan Hantar Borang
Akhir sekali, kita pergi ke menu Maklumat Pemohon » Perakuan Pemohon.
Di sinilah tempat untuk kita hantar permohonan kita tu. Tapi sebelum tu korang perlu declare dulu bahawa segala maklumat yang korang isi tu adalah tepat dan benar.
Jika tak, denda akan menanti korang.
Semak semua dulu supaya semua info adalah betul dan tepat.
Jika semuanya dah ok, klik pada butang seterusnya untuk hantar borang.
Siap!
Untuk lihat dengan lebih jelas tutorial cara daftar SPA, boleh la jenguk video di bawah atau boleh terus tengok di Channel YouTube Blogfaiz.
Cara Semak Status
Bila korang dah siap daftar dan isi permohonan SPA, apa yang perlu kita buat adalah tunggu je sehingga ada panggilan temuduga.
Tak ada cara spesial untuk semak status samaada kita layak atau tidak layak dipanggil temuduga.
Ikut pengalaman saya sendiri, jika kita layak dipanggil untuk ditemuduga, mereka akan buat dua kaedah iaitu menghantar kita email dan juga melalui surat rasmi.
Jadi tak ada alasan la terlepas temuduga atau tak tahu masa bila panggilan temuduga ni. Boleh baca juga macam mana pengalaman saya ditemuduga melalui panggilan SPA ni supaya korang nampak sikit macam mana perjalanan ditemuduga tu. Nanti tak la rasa kekok sangat bila ditemuduga.
Tapi saya rasa setiap jawatan cara temuduga tak sama.
Ada yang ada exam bertulis, ada lisan, ada fizikal dan sebagainya.
Ikut atas apa bidang masa kita ditemuduga tersebut.
Kesimpulan
Jadi itu saja cara macam mana nak isi atau daftar SPA jika kita nak mohon kerja dalam sektor kerajaan lepas SPM. Saya tahu ramai nanti yang akan pilih kursus bukan dalam bidang atau apa yang minat pun. Jadi saya sarankan sebelum memilih nak masuk dalam bidang apa pastikan buat research sikit supaya pilihan pekerjaan yang korang pilih melalui SPA adalah pilihan yang betul-betul minat.
Soalan Lazim SPA
Macam mana nak tahu layak atau tak layak temuduga?
Mengikut pengalaman saya, kita tak boleh nak semak layak atau tak layak temuduga ni. Jika kita layak ditemuduga, mereka akan menghantar notifikasi melalui email dan juga surat secara pos.
Berapa maksimum jawatan boleh di isi?
Dalam SPA jawatan yang boleh di isi sebanyak 15 jawatan sahaja. Namun, sistem akan kesan secara automatik dengan kelayakkan yang ada dan kemungkinan jawatan yang boleh diisi akan berkurang.
Berapa lama keputusan temuduga layak atau tak?
Ok lepas korang dah ditemuduga, keputusan biasanya tahu dalam tempoh 1 bulan. Ni ikut pengalaman saya sendiri. Mungkin korang akan berbeza-beza.
Kenapa maklumat saya tiada dalam SPA9, walaupun telah mengisi maklumat di SPA8i?
Untuk pengetahuan anda, SPA telah berwajah baru dengan wujudnya SPA9. Jadi, anda perlu mengisi semula maklumat anda dalam SPA9.
Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?
Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.
Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?
Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya. Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.
Saya ialah Pekerja Sambilan Harian/ Pegawai Kontrak (CFS). Adakah perlu saya mengisi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat?
Tidak perlu.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.