Macam mana cara order KFC online sehingga sampai depan rumah kita? Mesti masih ramai yang tak tahu kan cara nak order KFC ni sampai depan rumah. Order sambil baring pun tak ada masalah.
Bila je sebut KFC ni kadang-kadang buat perut kita jadi lapar dan terbayang buger serta ayam goreng yang sedap.
Yela semua orang tahu menu di KFC semuanya bertaraf antarabangsa dan sedap untuk dimakan. Sampai ada yang jilat jari tu.
Antara menu yang popular di KFC adalah ayamnya yang crunchy dan lembut.
Setiap bulan pasti mereka akan keluarkan menu-menu yang baru supaya pelanggan tidak berasa jemu dengan menu yang sama setiap bulan.
Mungkin ada antara korang yang tidak sempat nak pergi ke KFC atas faktor masa bekerja dan sebagainya.
Tapi pernah tak terfikir macam mana cara order KFC secara online?
Jadi dalam tutorial ni saya akan kongsikan macam mana kita nak order KFC online tanpa habiskan minyak motor atau masa.
Kelebihan Order KFC Online
Ok sebelum kita lihat macam mana nak order KFC secara online, di sini saya nak senaraikan beberapa kelebihan yang korang akan dapat.
Berikut adalah beberapa kelebihan jika kita order KFC secara online.
- Senang nak dapatkan diskaun. Untuk pengetahuan korang, pada setiap masa di applikasi KFC ada buat diskaun. Nanti korang boleh tengok macam mana nak dapatkan diskaun KFC melalui applikasi KFC.
- Jimat minyak motor, masa dan juga duit.
- Tak perlu beratur ambil nombor giliran. Tunggu makanan sampai je depan rumah.
Itu je la kot kelebihan dia.
Ada lagi nak tambah?
Cara Order KFC Online Malaysia
Sebelum kita mulakan di sini saya nak beritahu bahawa untuk order KFC online boleh dibuat samaada di app KFC atau website. Melalui kedua-duanya lebih kurang sama saja cara nak order.
Langkah 1 Jika korang nak buat melalui desktop atau laptop, boleh layari laman web KFC.com.my. Jika nak order melalui smartphone, kena download applikasi KFC terlebih dahulu samaada di App Store bagi pengguna Apple atau di Play Store bagi pengguna Android.
Langkah 2 Lepas dah download, buka applikasi KFC dan klik pada Sign in. Di sini jika korang belum daftar, klik pada Create New Account.
Nanti pada bahagian pendaftaran korang perlu masukkan Nama, Nombor telefon, Email dan password.
Jika dah daftar, terus masukkan username dan password untuk login.
Langkah 3 Lepas dah login, pastikan berada di tab Delivery bukannya tab Self Collect.
Di sini jika korang belum lagi masukkan alamat penghantaran, sila masukkan segera di sini.
Lepas dah masukkan alamat penghantaran, klik pada butang Proceed.
Langkah 4 Kemudian masukkan tarikh bila nak hantar samaada hari ni, esok atau lusa sebab paling maximum tarikh boleh hantar dan buat order adalah dua hari selepas dari tarikh order.
Seterusnya kita perlu pilih masa pukul berapa nak dihantar. Paling segera adalah 30-40 minit.
Lepas dah pilih tarikh dan masa, klik pada butang Start Order untuk mula memilih menu.
Langkah 5 Jadi pada bahagian yang seterusnya di sini korang boleh pilih apa saja menu makanan yang korang nak order tu.
Ada banyak pilihan yang boleh kita pilih di sini.
Lepas dah pilih makanan yang kita nak tu, klik pada butang add to order. Kalau nak tambah yang lain lagi boleh tambah dengan klik butang Add more food.
Langkah 6 Kemudian kita akan dibawa ke halaman Checkout di mana kita akan buat pembayaran.
Di sini korang boleh review semula apa yang telah diorder. Kot tersilap order boleh ubah balik di sini.
Jika dah puas hati semuanya, boleh klik pada butang Checkout untuk buat pembayaran.
Untuk buat pembayaran saya tak tunjukkan di sini. Korang just follow macam mana cara pembayaran sehingga selesai.
Siap!
So nanti just tunggu rider KFC contact kita untuk buat penghantaran. Pastikan alert setiap masa jika ada panggilan phone.
Kaedah Pembayaran KFC Order Online
Di sini saya nak ceritakan sikit mengenai kaedah pembayaran jika kita order KFC secara online.
Antara kaedah pembayaran yang disediakan adalah;
- Cash
- Debit atau Credit Card (visa/mastercard)
- Online Banking
- Ewallet
So ni penerangan tentang kaedah pembayaran.
Jika korang pilih kaedah cash, maksudnya di sini korang akan bayar bila makanan tu sampai depan rumah. Jadi perlu sediakan duit yang secukupnya tanpa baki untuk memudahkan urusan rider tu nanti.
Cara debit atau kredit kad pula kita perlu gunakan kad untuk pembayaran. Nanti masukkan info kad kita semasa nak buat pembayaran nanti.
Untuk kaedah online banking pula, nanti kita perlu pilih bank mana yang kita nak buat pembayaran. Jika korang nak bayar melalui Maybank, nanti pilih Maybank2u manakala jika korang nak bayar melalui CIMB nanti pilih CIMB Clicks dan begitulah yang seterusnya.
Kaedah pembayaran yang terakhir pula adalah Ewallet.
Untuk kaedah pembayaran Ewallet ni pula ia berpecah kepada beberapa kaedah pembayaran yang korang boleh pilih. Antaranya adalah;
- ShopeePay
- Boost
- GrabPay
- Maybank QRPay
- Razer Pay
- Touch ‘n Go eWallet
Sebagai contoh korang nak bayar guna Boost. Nanti pada pemilihan kaedah pembayaran korang kena pilih Ewallet barulah boleh pilih antara salah satu yang saya nyatakan di atas.
Apa Perlu Buat Lepas Dah Siap Order?
Lepas dah siap buat order KFC online, apa yang perlu korang buat adalah perlu alert jika ada call sebab sebelum hantar rider KFC akan call dulu.
Jangan tak angkat call pula nanti kesian rider KFC untuk hantar makanan yang kita order tu.
Kadang kala mereka akan bertanyakan lokasi rumah kita.
Jadi sila bertanggungjawab lepas dah order nanti.
Jangan serah bulat-bulat pada rider untuk sampai depan rumah kita.
Kita bantu mereka tunjuk jalan.
Apa nak Buat Jika Order Ada Masalah?
Jika makanan yang korang pesan agak lambat untuk sampai, boleh call support KFC di talian 1300-222-888.
Saya dah pernah buat call dan support mereka sangat ceria.
Lagipun mereka boleh kesan dan trace di mana makanan kita berada sekarang ni.
Tips Untuk Dapatkan Diskaun KFC Order Online
Order secara online ni lebih jimat sebenarnya dari segi masa, tenaga dan juga minyak motor. Bukan tu saja, tempah KFC online ni kita akan dapat banyak diskaun berbanding kita beli secara walk-in.
Nak dapatkan diskaun KFC ni senang je.
Di applikasi KFC, kita lihat pada bahagian atas ada logo diskaun.
Kita klik je pada logo tu dan nanti akan tersenarai semua menu yang sedang di promosi sekarang.
Itu saja.
Jika korang nak tengok tutorial ni dengan lebih detail lagi nanti boleh lihat video di bawah ni atau boleh juga tengok di Channel YouTube blogfaiz.
Kesimpulan
Dalam artikel ni saya dah tunjukkan secara detail macam mana nak order KFC secara online tanpa perlu habiskan minyak motor, tenaga dan juga masa.
Selain tu juga saya ada terangkan maksud pada setiap kaedah pembayaran. So nanti senanglah untuk korang pilih kaedah pembayaran yang mana lagi sesuai untuk kaedah pembayaran.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.