Korang teringin nak pergi Langkawi naik kereta sendiri? Kepada yang nak pergi bercuti ke Langkawi tu, aku cadangkan korang pergi dengan kereta sendiri. Walaupun banyak perkhidmatan kereta sewa di sana, naik kereta sendiri pusing-pusing Langkawi lagi best.
Ni cerita dan pengalaman aku sendiri. Aku akan berikan korang guide secara direct untuk korang pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.
Cerita Sebelum Pergi Ke Langkawi
Sebelum tu, nak cerita sikitla pengalaman aku naik feri dengan kereta untuk ke Langkawi.
Pada 26 April 2018 yang lalu, aku telah mengajak isteri aku untuk bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Mulanya aku tak rancang pun nak naik kereta sendiri. Masa nak cari khidmat kereta sewa di sana, tiba-tiba aku fikir apa salahnya naik kereta sendiri kan?
So bermulalah aku survey macam mana nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.
Senang je rupanya gais.
Takpe. Nanti bawah ni aku akan beritahu cara-caranya secara detail. Ikut je.
Ok.
Jika korang merancang nak pergi ke Langkawi ni dengan kereta sendiri, aku cadangkan datang sini sehari awal dan tidur di hotel sekitar sini.
Aku naik di jeti Kuala Perlis.
So, datang sehari awal pun tak la boring sebab sekitar Kuala Perlis ni banyak benda best boleh tinjau tengok.
Kenapa perlu datang sehari awal?
Sebab kalau korang ada problem tak la kalut. Takkan nak naik feri ngam-ngam korang sampai sejam awal. Kalau tak ada problem tak kisah. Kalau ada problem? Tak ke kau kena tinggal dengan feri.
Malu!
Sekurang-kurangnya bagi aku sehari awal adalah masa yang terbaik.
So, macam ni la feri yang akan bawa kereta korang ke Langkawi.
Memang besar feri ni.
Masa ni feri baru je tiba di Jeti Kuala Perlis untuk turunkan penumpang.
Kalau tak silap aku ni adalah trip yang terakhir mereka bawa.
Mereka ada dua trip. Satu trip pagi dan satu lagi trip petang.
Perjalanan kalau nak dianggarkan adalah dalam 1 jam 30 minit.
Ok.
Baiklah.
Itu saja pengalaman yang boleh aku beritahu dan ceritakan serba sedikit pada korang untuk dapatkan gambaran yang jelas.
Kelebihan Dan Keburukkan Naik Kereta Sendiri Ke Langkawi
Kenapa perlu naik kereta sendiri ke Langkawi?
Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan mungkin benda ni subjektif bagi setiap orang.
Setelah saya buat kira-kira, ini kelebihan yang saya dapat jika kita naik kereta sendiri ke Langkawi untuk tujuan melancong.
- Kita bebas bergerak bila naik kenderaan sendiri. Yang ni paling saya suka.
- Lebih jimat dari segi wang ringgit. Jika menyewa kereta, kita perlu sewa lagi, minyak kereta lagi dan jika ada kerosakkan sikit kita kena tanggung kerosakkan tu.
- Pengalaman berbeza bila bawa kereta sendiri melancong ke Langkawi.
- Tak perlu bersusah payah contact tuan punya kereta untuk sewa kereta dan menyediakan pelbagai dokumen nanti. Leceh. Tu belum kira buat deposit. Jika dah buat deposit dan tiba-tiba tak jadi, burn macam tu je la deposit tersebut.
- Senang nak bawa barang sendiri samaada sebelum dan selepas pulang dari Langkawi.
Orang kata setiap kebaikkan yang ada, mesti ada keburukkan.
Tapi, setakat ni saya belum jumpa lagi keburukkan jika kita bawa kereta sendiri ke Langkawi.
Persediaan Dokumen
Jadi sebelum kita tengok apa yang perlu buat seterusnya, di sini saya senaraikan dulu dokumen apa yang kita perlukan untuk bawa kereta kita ke Pulau Langkawi.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu korang ada;
- CC kereta korang samaada 1000 cc atau sebagainya.
- Geran kereta photostat depan belakang.
- IC photostat depan belakang.
Kesemua dokumen ni akan digunakan semasa membuat tempahan feri angkut kereta nanti.
Macam yang saya buat dulu, saya siap sediakan satu file khas untuk kumpulkan kesemua dokumen ni sebab nanti tak nak ada yang tertinggal dan sebagainya.
Ingat!
Jika korang tertinggal info penting ni, korang takkan dapat naik feri ni walaupun datang dari jauh.
Cara Pergi Langkawi Naik Kereta Sendiri
Caranya tak susah dan budget pun aku rasa lebih rendah berbanding korang sewa kereta. Kalau sehari sewa kereta Axia katakan. Mungkin sudah dalam RM100, sehari. Kalau korang bercuti selama 4 hari sudah RM400.
Sebenarnya, naik kereta sendiri lagi murah budget.
Ok sekarang jom kita tengok macam mana nak pergi ke Langkawi dengan naik kereta sendiri.
Langkah 1 Untuk tempahan feri bawa kereta ke Langkawi, aku guna servis dari Langkawi Auto. Untuk mula tempahan, korang pergi ke laman website mereka, Langkawiauto.com
Langkah 2 Lepas tu korang isi je borang tempahan. Nanti dia akan minta dari mana kita nak berlepas, pulang dan CC kereta kita.
Harga bayar nanti dia akan ikut berapa CC kereta kita.
Lagi besar CC kereta, lagi banyaklah kita kena bayar.
Maaf cara isi borang tempahan di sini aku tak tunjukkan secara detail sebab kadang-kadang borang tempahan mereka ni selalu je berubah bentuk.
So, korang ikut saja arahan macam mana cara isi borang tu.
Antara info dan maklumat yang mereka minta adalah
- Tempat berlepas (Departing). So biasanya korang pilih sini Kuala Perlis Jetty – Tanjung Lembong Port.
- Kemudian tempat korang nak balik pulang (Returning). Pilih
Tanjung Lembong Port – Kuala Perlis Jetty. - CC kereta korang samaada 1000 cc atau sebagainya.
- Geran kereta photostat depan belakang.
- IC photostat depan belakang.
Korang isi saja borang tempahan mereka sehingga kepada pembayaran. Sila review dan semak dahulu samaada korang isi tu betul atau tak terutama tarikh nak berlepas dan balik pulang. Kalau tersilap tarikh naya nanti. So, cek betul-betul tarikh pergi balik.
Lepas siap isi borang dan buat pembayaran, nanti korang akan terima satu email seperti gambar di atas.
Download yang ni dan print. Nanti semua dokumen ni kena serahkan semasa korang di Jeti Kuala Perlis atau mana-mana jeti tempat korang nak naik feri tu nanti.
Langkah 3 Pada langkah ketiga ni, korang kena emailkan, fax atau whatsapp kepada mereka geran kereta dan juga gambar IC depan belakang.
Nak senang, korang ambil gambar dengan telefon korang geran kereta dan juga gambar ic depan belakang dan hantarkan ke email enquiry@langkawiauto.com.
Itu saja.
Siap.
Jika kereta masih baru, tentu geran kereta bank yang pegang bukan? Kalau korang beli kereta bayar cash tak ada masalah. Jika yang buat pinjaman bank, pergi je ke bank yang korang buat pinjaman kereta tu dan kata nak minta geran kereta sekejap untuk photostat atau ambil gambar.
Jika pihak bank tanya nak buat apa geran kereta cakap saja nak pergi ke Langkawi naik kereta. Mereka tak cakap banyak kenapa perlukan geran sebab semua orang bank akan faham prosedure ni di mana kalau nak bawa kereta keluar dari kawasan kita memerlukan geran.
So, itu sajalah yang dapat aku kongsikan pada kali ni cara-cara nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.
Kepada yang sudah buat tempahan, aku doakan perjalanan korang selamat pergi dan balik.
Kesimpulan
Jadi, itu saja cara macam mana nak pergi Langkawi naik kereta sendiri. Tak susah pun sebenarnya. Pada awalnya saya pun fikir mesti kerja rumit nak handle bawa kereta sendiri ke Langkawi. Tapi bila kita tahu guide yang sebenar, tak susah pun.
Lagipun saya dah buat kira-kira jika kita naik kereta sendiri ke Langkawi sebenarnya kita banyak jimat dari semua benda.
So, nak shopping banyak-banyak kat Langkawi lepas ni pun tak jadi masalah. Tapi nak shopping kat sini korang tak boleh shopping banyak-banyak dengan tujuan menjual atau berdagang. Salah tu sebab Langkawi ni adalah barangan bebas cukai.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
terima kasih atas perkongsian ni Faiz secara detail…nanti dah buka border lepas PKP saya berhajat nak pergi ke Langkawi dengan kereta sendiri pula
sama2..semoga bermanfaat untuk semua 🙂
Terima kasih atas perkongsian,banyak dan sangat-sangat membantu kami untuk ke sana dengan yakin memandu dengan kereta sendiri.