First Anniversary di Genting Highland |Syukur dan puji pada Allah. 1/12/2018 adalah genap setahun perkahwian kami. Kepada korang yang dah kahwin, masih ingat tak first anniversary korang kat mana?
Haa… First anniversary aku adalah kat Genting Highland dan inilah juga first time aku naik Genting Highland sejak 26 tahun hidup atas muka bumi ni. 😀
Sebenarnya perancangan aku nak sambut aniversary kat Genting ni adalah last minit. Yela. Sibuk dengan kerja katakan. Bayangkan dua hari dah nak pergi aku baru terkial-kial mencari hotel sedangkan musim tu adalah musim cuti sekolah. Banyak hotel sudah dipenuhi dengan ribuan manusia dari seluruh dunia yang pergi melancong di situ dan tak kurang juga ada hotel yang saja kenakan dengan harga yang tidak masuk akal.
Sebenarnya silap aku juga. Tahu nak sambut aniversary kenalah booking hotel awal-awal. Ye tak?
So akhirnya dapatlah booking satu hotel kat Bentong yang jauhnya lebih kurang 45km dari tanah tinggi Genting Highland.
First Anniversary di Genting Highland – Bahagian 1
Pada pagi 30/11/2018, kami telah bertolak ke Genting dari Kuala Terengganu. Perjalanan kami nak sampai di Hotel yang kami booking tu ambil masa lebih kurang 5 jam. Yela sebab terpaksa redah bukit dan jalan yang tidak rata.
Pada awalnya rancang nak melalui jalan yang bertol. Jalan yang lebih elok katakan. Ntah kenapa aku di”pandu” oleh waze sampai masuk jalan berbukit-bukau. So, terpaksa teruskan juga perjalanan sebab kalau nak pusing balik akan memakan masa lebih lama.
Sesudah perjalan kami selama 5 jam akhirnya sampai juga di hotel penginapan kami di Bentong, Pahang.
Ok pasal hotel ni. Bagi aku Hotel Golden Peak Inn (GPI Hotel) yang terletak di Bentong Pahang ni adalah hotel terbaik bagi sesiapa yang nak hotel budget semasa bercuti di Genting Highland. Sebab aku pergi time musim cuti sekolah, harga memamg agak melambung tinggi tetapi masih lagi dalam tahap kemampuan aku berbanding dengan harga hotel di kawasan Genting Highland. Harga hotel paling murah dekat dengan kawasan Genting pada masa tu pun dalam RM250-350 untuk semalaman.
Walaupun jarak dari Genting Highland sejauh 45km sebenarnya ia tidak menjadi masalah. Tak terasa sangat pun 45km jika anda pernah berjalan jauh. Pejam celik dah sampai.
Dalaman hotel ini agak selesa dengan konsep minimalist di setiap bahagian. Yang ni aku suka. Sebab nampak ala-ala romantik gitu. Bilik pun besar dan luas. Masih ada ruang untuk korang solat. Solat jangan lupa kalau berjalan jauh tu. Arah kiblat pun siap ada lagi untuk memudahkan korang sembahyang.
Dalam bilik air pula, ada pancuran air panas dan air sejuk. Walaupun kat Bentong cuacanya tidak sesejuk di Genting Highland, tetapi mereka juga ada sediakan untuk korang yang malas nak mandi pagi sebab sejuk.
Sabun, syampu rambut, syampu badan disediakan untuk tempoh 2 hari. Jadi korang tak perlu beria nak bawa sabun dan syampu sendiri. Bilik air pun luas.
Selain itu juga, korang tak perlu risau kerana kawasan hotel ni berdekatan dengan banyak kemudahan seperti stesen minyak Petronas, kedai runcit dan juga warung makanan. Paling best sini ada restoran Ramli. Ala ramli buger yang popular tu. Rupanya Ramli burger pun ada restoran sendiri. So, korang boleh makan buger asli Ramli di sini. Boleh katakan tak ada la yang nak komen pasal hotel ni.
Ok. Nampakya banyak lagi aku nak bercerita ni pasal first aniversary aku kat Genting ni. Jadi aku akan sambung pada bahagian kedua nanti ya. Pada bahagian kedua nanti aku akan perjalanan aku menuju ke puncak Genting Highland.
Ok. Jumpa sambungan di bahagian dua nanti. 🙂
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.