5 Langkah Cara Refund App Store Paling Mudah Dan Pantas

Bagaimana Cara Refund App Store? Mesti ramai yang belum tahu jika kita terbeli apa-apa di app store samaada kita tak puas hati dengan produk tersebut atau kita terlanggan dan lupa nak nak batalkan, sebenarnya kita boleh buat refund kembali duit kita tu di App Store. Pihak Apple pun senang berurusan sebab mereka tak tanya apa-apa pun. Terus refund.

Sebelum ni saya pun ada kongsi cara nak refund di Google Play jika kita tak puas hati dengan aplikasi yang kita langgan di Google Play. Proses dia pun sama je mudah. Orang melayu panggil tak banyak cekadad. Kita request je refund nanti tunggu dalam masa 2-3 hari berkerja, duit pun masuk dalam akaun bank kita.

Macam kes aku ni, aku ada la beli applikasi di App Store dengan harga RM144 lebih kurang. Aplikasi ni pasal nak edit gambar yang blur jadi pixel lebih jelas. Tapi malangnya bila aku cuba nak edit gambar blur jadi lebih jelas, tak jadi sangat pun. So, aku rasa tak puas hati dan nak refund semula.

Jadi, ni adalah proses yang betul jika korang nak mohon refund di App Store

cara refund app store

Cara Refund App Store Paling Mudah Dan Pantas

Ikut tutorial di bawah cara refund app Store.

Langkah 1 Buka browser safari dan layari laman web reportaproblem.apple.com.

Langkah 2 Kemudian pastikan anda login terlebih dahulu dengan menggunakan Apple ID.

Langkah 3 Di sini, pada bahagian “What can we help you with”, korang pilih “Request a refund”

Kemudian dia akan keluar pula “Tell us more” nanti korang just pilih saja alasan kenapa nak refund dan klik butang “Next”

cara refund app store

Langkah 4 Kemudian di sini korang akan lihat ada senarai item atau applikasi yang pernah korang buat pembayaran sebelum ni. Hanya klik pada item atau applikasi yang korang nak buat refund tu dan klik pada butang Submit.

cara refund app store

Langkah 5 Kemudian korang akan terima email yang berdaftar bahawa refund korang sudah berjaya dihantar dan pihak apple akan mengambil masa 48 jam untuk review dan buat refund semula.

cara refund app store

Siap! Nanti tunggu je claim refund tu masuk.

Semak Status Claim Refund

Macam mana pula nak tengok status claim refund yang kita buat di App Store lulus ataupun tidak?

Berikut adalah cara untuk kita semak.

Langkah 1 Buka browser safari di iPhone ataupun di iPad korang.

Langkah 2 Buka laman web reportaproblem.apple.com dan login guna Apple ID.

Langkah 3 Seterusnya korang akan nampak seperti di bawah selepas login. Klik pada link Check status of claims.

cara refund app store

Langkah 4 Kemudian anda akan dipaparkan status claims yang telah anda buat sebelum ini. Boleh lihat status samaada masih dalam pending atau approved.

cara refund app store

Jadi itu saja cara macam mana nak tahu status permohonan refund korang di app store.

Jika korang masih lagi belum jelas dengan penerangan secara bertulis, korang juga boleh lihat video yang aku sediakan di bawah ni.

Soalan Lazim

Berapa lama tempoh refund di App Store

Biasanya duit refund akan masuk semula ke dalam akaun bank dalam masa 2-3 hari bekerja selepas kita siap hantar permohonan untuk refund di app store.

Duit refund di App Store masuk kat mana?

Jika korang bayar melalui kad debit, ia akan masuk ke akaun bank semula. Jika korang bayar melalui ShopeePay, duit akan masuk semula ke dalam ewallet di Shopee. Begitulah seterusnya. Lihat atas cara pembayaran korang.

Adakah pihak Apple banyak bertanya soalan semasa refund?

Tidak. Hampir 100% applikasi di App Store boleh buat refund jika anda tidak puas hati, subscribe lupa nak cancel dan sebagainya.

Berapa lama tempoh masa boleh mohon refund lepas pembelian?

Untuk tempoh masa berapa lama boleh mohon refund lepas pembelian sebenarnya tiada tempoh masa yang spesifik. Yang penting kalau korang mohon refund dan applikasi tersebut masih lagi boleh klik untuk refund bermaksud applikasi tu masih lagi layak untuk kita buat permohonan refund.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top