Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MYEG dan MySikap

Macam mana cara renew lesen memandu online? Sekarang ni kita dah banyak boleh jimatkan masa dengan buat semua benda melalui online even membeli barang dapur pun dah boleh buat secara online. Nak apa? Minyak masak? Bawang? Pisau dapur? Semuanya boleh dapat dan beli secara online.

So, tak terlepas juga tentang lesen memandu (CDL) ni. JPJ pun dah upgrade sekarang.

Dulu kalau pergi ke JPJ untuk renew lesen memandu ni mengambil masa sejam dua jam baru siap. Sekarang, jika kita buat secara online saya jamin dalam masa tak sampai pun 15 minit dah siap.

Cuma nanti lesen tu korang tak dapat terus la. Kena tunggu lebih kurang seminggu barulah kad lesen memandu baru kita tu dihantar ke rumah.

Tapi apa berlaku jika lesen memandu korang dah tamat tempoh tapi kad belum sampai?

Jangan risau. Tak ada masalah. Nanti korang boleh print resit pembayaran untuk membuktikan korang dah pun renew lesen memandu tersebut. Lagipun sistem polis ada rekod samaada lesen memandu kita dah tamat tempoh atau tak.

Kelebihan Renew Lesen Memandu Online

Mungkin ada yang tak tahu kelebihan jika kita renew lesen memandu secara online.

Antaranya adalah;

  1. Menjimatkan masa untuk bersiap pergi renew lesen di kaunter,
  2. Boleh urus masa dengan lebih sistematik terutama bagi mereka yang bekerja siang hari. Mana sempat nak buat urusan pejabat JPJ jika tak ambil cuti ataupun ambil kesempatan.
  3. Jimat minyak petrol untuk pergi ke kaunter JPJ atau mana-mana tempat yang boleh renew lesen.
  4. Tidak perlu beratur dan ambil nombor giliran.
  5. Tak perlu nak bersentuhan atau crowded tempat orang ramai yang mungkin boleh bawa pelbagai penyakit.
  6. Banyak kaedah pembayaran boleh digunakan seperti online banking dan kad debit/kredit.

Kelemahan Renew Lesen memandu Online

Setiap kelebihan mesti ada keburukkan ataupun kelemahan.

Ini berdasarkan pengalaman saya yang dapat saya perhatikan kelemahan jika renew lesen memandu online.

  1. Penghantaran lambat. Ada member tu ambil masa sebulan lebih untuk terima lesen tersebut. Jadi jika yang nak segera tak sesuai renew lesen secara online.
  2. Tak boleh nak update atau upload gambar. Jika korang nk update gambar terkini atau nak upload gambar yang baru, kita tak boleh buat renew secara online. Terpaksa juga pergi ke cawangan yang boleh renew lesen memandu.
  3. Risiko lesen tak dapat dihantar sebab mungkin kita tak angkat call semasa rider nak hantar lesen ataupun kita tiada di rumah.

Jenis Lesen Memandu Boleh Renew Secara Online

Ramai yang bertanya pada saya boleh ke nak renew lesen memandu selain lesen CDL? Untuk renew lesen memandu secara online jika dibuat melalui MYEG boleh renew lesen LDL saja manakala jika renew lesen melalui MySikap boleh renew LDL dan CDL.

Untuk lesen memandu GDL atau kenderaan yang digunakan untuk bisnes, korang kena renew secara walk-in di kaunter JPJ.

So, jom kita tengok tutorial macam mana nak renew lesen memandu secara online je.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online

renew lesen memandu online

Untuk renew lesen memandu ni, saya akan tunjukkan melalui dua laman web iaitu MYEG dan juga MySikap.

Cara Renew Lesen Memandu Melalui MYEG

Langkah 1 First sekali, buka laman website MYEG. Jika korang belum buat pendaftaran sila daftar terlebih dahulu dan jika dah daftar terus boleh login.

renew lesen memandu online

Gambar di atas ni saya dah tunjukkan di mana nak login dan di mana nak daftar.

Untuk pendaftaran, saya tak tunjuk kot dalam artikel ni. Senang je nak daftar. Nanti kalau saya tunjuk panjang berjela pula. Nanti korang boring.

Ok. Lepas dah daftar, nanti terus boleh login.

Langkah 2 Lepas dah login, cari logo JPJ dan klik pada logo JPJ tersebut.

renew lesen memandu online

Langkah 3 Kemudian, jika korang tengok di sini, bermacam-macam kita boleh buat secara online. Nak renew Road Tax pun boleh.

Untuk renew lesen memandu, klik pada butang Driving License Renewal (CDL)

renew lesen memandu online

Langkah 4 Pada bahagian ni, klik je butang Proceed/Reruskan.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Langkah 5 Seterusnya pada bahagian ni just isi je apa yang diperlukan. Macam contoh IC, berapa tahun nak renew, nombor telefon, email dan sebagainya.

Isi je apa yang disuruh dengan betul.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Kemudian, di bawah sekali klik pada butang Proceed/Teruskan.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Langkah 6 Kemudian di sini kita perlu review samaada semua maklumat yang dipaparkan betul atau tak.

Ada juga yang tanya saya macam mana nak upload gambar atau kemaskini gambar di MYEG ni?

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Saya dah tanya support MYEG sendiri bahawa jika korang nak kemaskini gambar atau nak guna gambar baru, terpaksa pergi ke JPJ yang berdekatan untuk kemaskini gambar tu.

Itu saja caranya.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Kemudian di bawah sikit, jika ada kod baucer boleh masukkan kod baucer dan klik pada butang Proceed/Teruskan.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Langkah 7 Kemudian, di sini kita dapat lihat visual yang kad lesen memandu nanti akan di print.

So, pastikan kita lihat semua maklumat yang ada dalam visual kad ni betul atau tak.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Jika semua dah betul, tandakan pada saya bersetuju dan klik pada butang Proceed/Teruskan.

Langkah 8 Pada bahagian ni adalah bahagian yang terakhir iaitu cara pembayaran.

Di sini korang boleh pilih samada nak bayar guna secara e-cash atau Online Banking. Tapi di sini saya sarankan untuk guna online banking kerana ia lebih mudah dan cepat.

Tutorial cara bayar ni saya tak tunjuk. Korang boleh teruskan buat pembayaran sehingga selesai. Follow saja step-step pembayaran nanti.

Siap!

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

So, itu saja cara macam mana nak renew lesen memandu secara online tanpa perlu pergi ke pejabat JPJ atau pejabat pos.

Untuk renew melalui MySikap, nanti saya akan tambah di lain masa dalam tutorial ni juga.

Jika korang nak tengok tutorial dalam bentuk video macam mana renew lesen memandu online melalui laman web MYEG, lihat video di bawah ni.

Cara Renew Lesen Melalui MySikap

Jika cara di atas saya dapati ramai yang bermasalah gambar tidak keluar dan juga tidak boleh renew lesel LDL, sekarang ni saya akan tunjukkan pula cara nak renew melalui laman web rasmi JPJ sendiri yang dikenali sebagai MySikap.

Jadi, kalau korang ikut tutorial di atas tapi ada masalah tersebut, boleh cuba ikut tutorial yang ni.

Ok saya bagi sedikit pengenalan mengenai MySikap.

MySikap ni dia lebih kurang je dengan laman web MYEG ni di mana kita boleh renew roadtax, lesen memandu, bayar cukai jalan, bayar saman JPJ dan sebagainya

Sekarang ni jom kita tengok pula cara renew lesen memandu online melalui laman web MySikap.

Langkah 1 Untuk renew lesen memandu online melalui laman web MySikap, kita pergi ke laman web MySikap dan login.

Jika belum daftar, sila daftar terlebih dahulu barulah login.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Untuk daftar, sila klik pada anak panah yang ditunjukkan pada nombor satu.

Jika dah daftar nak login, terus masukkan info login dan terus login.

Jika terlupa password, boleh klik pada link Lupa kata laluan dan nanti korang reset mengikut langkah-langkah yang diberikan.

Ok sampai sini saya dah anggap korang semua dah daftar dan sedia untuk login.

Langkah 2 Kemudian pergi ke menu Lesen Memandu dan scroll ke bawah sikit sehinggalah korang jumpa Senarai Transaksi Melibatkan Lesen Memandu.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Pada bahagian ni, sila klik pada Pembaharuan Lesen Memandu.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Langkah 3 Seterusnya di sini kita boleh pilih jenis lesen.

Ada dua jenis lesen kita boleh pilih di MySikap iaitu lesen CDL dan juga lesen LDL. Untuk lesen GDL tidak boleh direnew secara online lagi buat masa ni.

Kemudian kita pilih tmepoh berapa lama kita nak renew. Paling minimum 1 tahun dan paling maximum adalah 5 tahun.

So korang decide sendiri nak renew selama berapa tahun.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Lepas dah siap pilih jenis lesen dan juga tempoh pembaharuan lesen, klik pada butang Cari.

Langkah 4 Kemudian di sini akan terpapar semua maklumat peribadi kita termasuklah dengan gambar kita sebelum ni yang pernah digunakan untuk lesen.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Kemudian kita scroll ke bawah sikit sehingga pada bahagian Kaedah Penghantaran dan juga Nota Peringatan.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Ok pada bahagian kaedah penghantaran, kita hanya ada satu pilihan saja iaitu collect sendiri di kaunter JPJ.

So kita just renew online dan perlu ambil sendiri lesen bila dah siap di pejabat JPJ yang berdekatan.

Ia tak sama seperti renew lesen memandu online melalui MYEG di mana kita boleh pilih kaedah penghantaran dengan pos.

Tapi dekat web MySikap tak.

Jika nak update gambar, sila klik tanda pada bahagian Ambil gambar.

So nanti kalau kita nak update gambar terbaru nanti just pergi ke pejabat JPJ.

Jadi apa faedah renew secara online melalui web MySikap?

Faedah dia nanti korang tak perlu lagi buat urusan kaunter pembayaran sebab nak buat urusan ke kaunter pembayaran tu yang lama kena tunggu.

Lepas dah siap isi semua klik pada butang bayar.

So nanti korang just follow cara-cara nak bayar sehingga selesai.

Siap.

Jika nak lihat dengan lebih jelas dan detail lagi cara renew lesen memandu melalui laman web MySikap, boleh la jenguk video di bawah ni.

Cara Semak Status Penghantaran Lesen (MYEG)

Ramai yang tanya macam mana nak semak status penghantaran lesen jika kita renew melalui MYEG?

Untuk semak status penghantaran lesen korang yang dah renew melalui laman web MYEG, boleh boleh semak di website MYEG Check Delivery Status.

Caranya pilih jenis lesen yang telah kita perbaharui tu dan kemudian masukkan IC.

Nanti dia akan keluar seperti gambar di bawah.

renew lesen memandu online,perbaharui lesen memandu online,perbaharui lesen memandu myeg,perbaharui lesen memandu mysikap

Jika korang tengok status yang dia tulis di atas tu, lesen tersebut telah pun berjaya di hantar.

Di bawah ni saya sediakan video cara semak status penghantaran lesen memandu yang telah kita renew di MYEG.

Soalan Lazim Renew Lesen Memandu Online

Boleh ke nak renew lesen GDL?

Buat masa sekarang ni hanya lesen jenis CDL boleh renew di web MYEG dan CDL/LDL boleh renew di laman web MySikap.

Macam mana nak renew lesen memandu untuk orang lain?

Jika korang nak renew lesen memandu untuk orang lain, kita mesti daftarkan akaun MYEG atau MySikap dengan menggunakan info orang tersebut seperti nama dan IC. Sebagai contoh jika nak renew lesen memandu ayah kita, kita mesti daftarkan akaun MYEG atau MySikap dengan menggunakan IC ayah kita. Kemudian barulah kita buat renew macam biasa seperti tutorial yang ditunjukkan di atas ni.

Email tu nanti korang boleh la create email baru untuk buat pendaftaran. Pastikan simpan email tersebut dengan baik untuk kegunaan kemudian hari.

Macam mana jika lupa password?

Jika lupa password sila tekan forgot password dan follow cara-cara nak reset password tu nanti.

Masa renew gambar tak ada apa nak buat?

Kebiasaannya masalah ni terjadi pada mereka menggunakan laman web MYEG. Saya dah rujuk pada pihak MYEG jika gambar tak ada terpaksa pergi ke pejabat JPJ berdekatan untuk update gambar.

Bila lesen akan sampai?

Untuk yang renew lesen melalui MySikap, kita hendaklah collect sendiri di pejabat JPJ yang berdekatan. Jika renew lesen melalui MYEG, ikut pengalaman saya, lesen akan sampai dalam tempoh 3 minggu. Kalau tak silap saya mereka ada rider sendiri. Mereka akan call kita terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran.

Sebagai langkah keselamatan, masa sampai nanti mereka akan semak dan minta lesen memandu kita yang lama untuk memastikan semua maklumat adalah benar.

Ada masalah ke jika tiada lesen dalam tempoh menunggu lesen sampai?

Lepas dah renew nanti, pastikan print resit pembayaran sebagai bukti dan lesen sementara jika ditahan pihak polis. Dalam sistem pihak polis ada info berkaitan dengan lesen memandu kita samaada tamat tempoh atau tak.

Cakap je kat polis tu nanti lesen dah renew online tapi belum sampai sambil tunjuk resit pembayaran.

Kesimpulan

Dalam tutorial ni saya dah beritahu dengan lengkap macam mana nak perbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu pergi ke pejabat JPJ atau pejabat pos. Dengan cara ini dapat jimatkan minyak motor dan juga dapat jimatkan masa.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top