Cara Naikkan Follower Instagram (Terbukti Berkesan)

Cara naikkan follower Instagram ni ada beberapa kaedah yang saya akan tunjukkan dalam artikel ni. Untuk pengetahuan korang, nak naikkan follower ni bukan senang dan ia mengambil masa yang agak lama. Melainkan jika korang dah terkenal sebelum ni seperti artis, penyanyi, atlet dan sebagainya.

Namun, jika kita rakyat marhen biasa ni, nak naikkan follower punyalah susah. Kadang-kadang kita post yang menarik pun tak ada orang pandang.

Haha.

Tapi tak mustahil jika korang ada strategi yang betul.

Antara content Instagram yang dapat sambutan adalah content masakkan, tutorial, gambar tempat yang menarik dan sebagainya yang mereka rasa ada manfaat untuk mereka follow.

Bukan tu saja. Korang kena usaha untuk post setiap hari. Walaupun content yang kita hasilkan tu dah cukup rasa, tapi kalau kita jarang post pun lambat juga nak tambahkan follower.

So, kita terpaksa kerah tenaga dan idea setiap hari untuk konsisten post dalam Instagram sekurang-kurangnya satu content sehari. Macam contoh saya di bawah ni. Saya perbanyakkan content info-info yang tak pernah difikir oleh orang ramai.

Kelebihan Follower Ramai

Sebelum tu mari kita lihat dulu apa kelebihan jika ada follower yang ramai di Instagram kita.

Kadang-kadang bukan kita nak popular pun.

Best ke dunia popular ni?

Tak best pun dunia popular ni.

Penat.

Penat sebab nanti korang akan terpaksa layan macam-macam perangai jika korang popular.

Follower ramai di Instagram bukan bererti untuk popular saja.

Ada beberapa sebab yang lain.

Antaranya adalah;

  1. Senang nak aproach syarikat besar untuk sesuatu projek.
  2. Syarikat besar akan cari kita untuk buat iklan di Instagram kita.
  3. Boleh jana pendapatan di Instagram dari pelbagai sumber.
  4. Boleh jual semula akaun Instagram mengikut saiz follower.
  5. Mudah viral jika kita post sesuatu di Instagram

Ada lagi?

Ya ada lagi.

Tapi ini saja senarai yang mampu saya kongsikan dan jika korang nak kongsikan boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Cara Naikkan Follower Instagram Dengan Cepat Dan Selamat

cara naikkan follower instagram

Jadi di sini, saya akan tunjukkan tiga cara ataupun idea kepada anda yang ingin naikkan follower di Instagram.

#1. Teknik Follow & Unfollow

Macam mana dengan teknik follow & unfollow ni?

Teknik ni senang je? Just follow dan unfollow semula. Tapi korang jangan pula unfollow yang follow korang tu. Just unfollow yang mana tidak follow korang lepas korang follow dia.

Ahh..Berbelit lidah nak beritahu. Tapi korang faham la kan?

Macam mana nak buat tu? Teruskan pembacaan.

Ok cara yang saya buat dengan teknik ni adalah, saya cuba cari follower yang sama minat dengan saya. Saya cari sama minat sebab nak dapatkan target follower. Tak sama minat dengan korang pun tak apa.

Sebagai contoh saya minat dalam blogging. So, saya cuba cari follower saya yang minat dalam blogging juga kemudian saya follow kesemua follower dia.

Then, kita berserah jela samaada dia nak follow back kita atau tak. Nanti kita boleh unfollow jika dia tak follow kita. Jika dia follow back bermaksud kita dah dapat tambah follower di sini.

Lepas saya dah follow beberapa orang, biasanya saya akan bagi masa selama satu hari dahulu untuk lihat siapa yang tidak follow back saya.

So, macam mana kita nak lihat orang tersebut follow back kita atau tak?

Di sinilah saya akan gunakan applikasi “Report: Followers Tracker”. Nanti korang boleh download di app store atau playstore sama dengan icon seperti di bawah.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Apa tujuan applikasi ni?

Tujuan applikasi ni adalah untuk kita semak siapa yang tidak follow kita lepas kita follow dia.

So, bila kita buat analisis dengan menggunakan applikasi ni siapa yang tidak follow back kita, kita unfollow dia semula.

Jadi, untuk cara yang pertama dah pun lengkap macam mana nak naikkan follower di Instagram dengan cepat dan pantas.

Jika korang tak nampak cara pertama ni macam mana, nanti boleh rujuk video di akhir artikel ni.

#2. Letakkan Hastag (#) Pada Setiap Post

Masih ramai yang tak tahu fungsi dan kelebihan hastag jika kita letak di Instagram.

Hastag ni dah lama diguna pakai sejak zaman popular Facebook lagi.

Kelebihan yang ada pada hastag adalah, jika seseorang buat carian yang sama dengan apa yang kita hastag pada post kita di Instagram, post kita tersebut akan mudah dijumpai di Instagram.

Sebagai contoh korang letakkan hastag #resepimasakkan atau #resepi.

Setiap perkataan yang kita letakkan hastag ia akan jadi link dan jika kita klik pada hastag tersebut, ia akan senarai semua post yang ada hastag yang sama.

#3. Buat Iklan Berbayar

Untuk buat iklan berbayar bertujuan naikkan follower ni adalah cara yang paling saya sarankan jika korang ingin dapatkan follower yang berkualiti. Tapi yang ni kena budget lebih sikit la.

Dengan buat iklan berbayar, kita boleh target siapa audience kita seperti umur berapa, lokasi di mana dan apa yang mereka minat. So di sini saya tunjukkan secara ringkas macam mana nak buat iklan berbayar.

Langkah 1 Pada langkah pertama pilih post atau content yang korang nak iklankan tu.

Kemudian klik pada butang promote.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 2 Kemudian, korang perlu pilih “More profile visits” untuk naikkan follower Instagram.

Lepas dah pilih klik Next.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 3 Seterusnya, di sini kita perlu pilih dan target Audience yang kita nak. Sebenarnya dia dah ada yang automatik. Tapi saya sarankan untuk kita buat secara manual. Kita set sendiri siapa audience yang kita nak.

Untuk setting secara manual, klik pada pilihan “Create your own”

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 4Sekarang kita berada pada tetapan untuk pilih siapa audience kita.

Untuk no.1, tulis saja apa-apa nama sebagai nota rujukan kita. Sebagai contoh kita nak target Audience Takaful. So kita tulis ke Takaful di sini.

Kemudian no.2 korang perlu pilih lokasi mana yang kita nak target. No.3 pula pilih apa yang mereka minat dan no.4 pilih umur dan jantina.

Untuk bahagian ni saya tak perlu tunjuk secara detail. Korang boleh setting sendiri. Senang je. Lepas dah siap setting, klik je butang “Done”

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 5Secara tak langsung lepas kita siap langkah 4 tadi, sistem akan terus pilih audience yang telah kita setting sebentar tadi.

So, klik pada butang Next.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 6 Kemudian, kita diminta untuk pilih budget berapa yang kita mampu. So, korang setting je sini mengikut kemampuan masing-masing.

Lepas dah siap, klik next.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

Langkah 7Pada bahagian akhir ni, kita perlu review sekali lagi setting yang telah kita buat.

Jangan lupa untuk masukkan cara pembayaran dengan klik pada Payment dan follow saja untuk tambah cara pembayaran tu.

Jika dah puas hati, klik pada butang Create Promotion.

Siap!

Lepas tu kita kena tunggu sehingga pihak Instagram meluluskan iklan kita tu. Tunggu je untuk orang follow kita.

cara naikkan follower instagram,cara tambah follower instagram

#4. Dapatkan Servis Follower Instagram

Jika korang tidak mahu pening kepala dan keluarkan modal yang banyak untuk naikkan follower di Instagram, korang just upah orang lain yang buat servis naikkan follower Instagram. Salah satunya, saya sendiri.

Tapi terus terang saya jelaskan di sini untuk servis ni anda tidak boleh nak target jantina, umur, minat dan juga dari mana follower datang. Semua follower untuk servis saya ni datang dari seluruh negara. Senang kata follower yang bakal korang dapat jika dapatkan servis saya ni adalah follower yang random.

Tapi ini adalah cara paling murah dan paling pantas untuk naikkan follower.

Untuk info lanjut, korang boleh baca servis naikkan follower Instagram.

#5. Post Content Menarik Dan Unik

Salah satu cara lagi nak naikkan follower dengan berkesan adalah dengan post content dalam IG kita dengan content-content yang menarik, bermanfaat dan unik.

Sebagai contoh terdekat yang boleh kita follow adalah Khairul Aming.

Dia hanya buat video masak-masak je di mana majoriti orang boleh buat.

Mungkin korang pun boleh buat kan?

Tapi cara Khairul Aming tu agak unik siki dengan suara manja-manja.

Macam mana pun, buat je ikut gaya korang sendiri sebab video jenis masak, tutorial dan seumpamanya ramai yang akan follow walaupun perwatakkan korang tidak menarik.

Apa yang penting adalah content mesti power dan buatkan orang rasa bermanfaat dengan content kita tersebut.

Korang akan tengok ramai yang akan follow korang walaupun korang tak kenal orang tersebut.

Macam contoh di Instagram saya (blogfaiz) buat masa ni, saya hanya post fakta-fakta menarik dan sedikit pandangan dan ulasan saya mengenai sesuatu isu semasa.

Sekarang, cuba korang fikir apa content yang korang rasa menarik dan mudah untuk korang buat.

Cuba buat secara konsisten dulu selama sebulan untuk lihat hasilnya.

Jadi, itu adalah beberapa kaedah macam mana kita nak tambah jumlah follower di Instagram. Jika korang nak tengok dalam bentuk video, boleh rujuk video di bawah ni.

Soalan Lazim Naikkan Follower Instagram

Berikut soalan lazim yang saya terima berkaitan dengan naikkan follower Instagram.

Apakah cara terbaik untuk naikkan follower Instagram yang berkualiti?

Untuk jawab soalan ni, saya ada dua jawapan.

Yang pertama adalah dengan cara buat iklan di Instagram sebab korang boleh target umur, jantina, lokasi dan apa yang mereka minat. Dengan buat iklan di Instagram confirm korang akan dapat follower 100% yang berkualiti dengan apa yang kita target.

Cara ni cepat tapi memerlukan modal yang tinggi.

Kedua adalah dengan post content-content yang menarik dan unik. Sebagai contoh video masakan, gambar travel yang menarik, tutorial dan sebagainya.

Cara ni pun korang akan dapat follower yang berkualiti dengan percuma tapi ia mengambil masa tempoh yang agak lama.

Adakah follower beli boleh bantu kita jana pendapatan?

Follower beli adalah cara paling pantas tapi ia tidak membantu korang dari segi pendapatan.

Follower beli hanya boleh bantu korang tingkatkan kreadibiliti jika orang lain tengok profile korang yang mempunyai jumlah follower yang ramai.

Adakah salah beli follower Instagram dan kena banned?

Beli follower Instagram tidak salah jika korang dapatkan servis dari pihak yang professional.

Di mana nak beli Follower Instagram?

Untuk beli follower Instagram yang berkualiti, boleh tengok servis naikkan follower Instagram.

Kesimpulan

Trend pada masa kini ramai yang jana pendapatan hanya melalui Instagram saja.

Banyak sebenarnya cara jana pendapatan di Instagram ni.

Antara salah satu contoh yang paling banyak orang jana duit di Instagram ni adalah melalui sponser.

Syarikat-syarikat besar akan buru Instagram yang mempunyai follower yang ramai untuk iklankan produk mereka di profil Instagram orang tersebut.

Jadi, nak tak nak, kita kena usahakan macam mana cara nak naikkan follower di Instagram kita supaya syarikat besar ni bayar kita dengan bayaran yang lumayan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

3 thoughts on “Cara Naikkan Follower Instagram (Terbukti Berkesan)”

Leave a Comment

Scroll to Top