013-9346624 (Whatsapp Only)

Cara Save Video Dari Twitter Di Laptop dan Smartfon

by | Mar 11, 2021 | Tutorial & Umum | 0 comments

Macam mana cara save video dari twitter? Kalau korang perasan, di twitter ni banyak video yang pendek tapi menarik. Setiap kali tulah kita rasa nak download video tu dari Twitter.

Tapi macam mana caranya nak save video dari Twitter?

Cara Save Video Dari Twitter

Di sini aku akan tunjukkan dua cara iaitu melalui desktop dan juga melalui smartfon.

#1. Cara Download Video Dari Twitter di Desktop

Untuk download video dari twitter melalui komputer atau desktop, boleh rujuk di bawah.

Langkah 1 Pergi ke Twitter, dan cari video yang anda ingin download ataupun save ke dalam komputer anda.

Langkah 2 Seandainya dah jumpa video tersebut, korang hanya perlu right click pada video tu dan ia akan keluar text Copy Video Address. Just klik pada text tersebut untuk kita copy link video tu.

cara save video dari twitter

Langkah 3 Buka laman web Twitter Video Downloader.

Langkah 4 Kemudian, anda akan lihat kotak seperti di bawah. Hanya masukkan link yang telah kita copy sebentar tadi ke dalam ruangan tersebut dan klik butang download.

cara save video dari twitter

Lepas dah klik download nanti, video tersebut akan di save di dalam laptop/desktop korang.

Siap!

#2. Cara Download Video Dari Twitter di Smartphone

Jika korang ingin download video dari twitter terus melalui smartfon korang, boleh ikut cara ni. Cara yang aku akan tunjukkan ni boleh digunakan pada telefon android dan juga iOS.

Langkah 1 Pergi ke app Twitter dan pilih video yang korang ingin download. Klik pada video tersebut dan korang akan lihat icon “share” pada sebelah kanan bawah.

Klik pada icon tersebut.

cara save video dari twitter

Langkah 2 Nanti, akan keluar satu popup dan klik pada Copy link untuk dapatkan link video tersebut.

So, sekarang ni kita dah dapat link untuk video tu.

cara save video dari twitter

Langkah 3 Sekarang ni, anda pergi pula ke Telegram dan cari Twitter Media Downloader.

Lepas tu korang akan lihat bot Twitter Media Downloader. Just klik pada icon tersebut.

Jika masih tak nampak, boleh rujuk gambar di sebelah.

cara save video dari twitter

Langkah 4 Lepas dah klik bot tersebut, klik pula pada butang Start seperti yang ditunjukkan dalam gambar sebelah.

Butang start tu ada pada bahagian bawah.

cara save video dari twitter

Langkah 5 Lepas je klik pada butang Start, sekarang ni anda perlu untuk paste link yang kita dapatkan tadi pada langkah 1 dan 2 dan masukkan link tersebut di situ.

cara save video dari twitter

Langkah 6 Lepas dah paste link video tadi dari twitter, klik pada butang hantar.

cara save video dari twitter

Langkah 7 Secara automatik, bot tadi akan mengesan berapa resolution yang layak untuk download video tersebut.

Aku sarankan untuk ambil yang paling high quality supaya kualiti video dapat dilihat dengan jelas.

cara save video dari twitter

Langkah 8 Secara automatik, bot tadi akan mengesan berapa resolution yang layak untuk download video tersebut.

Aku sarankan untuk ambil yang paling high quality supaya kualiti video dapat dilihat dengan jelas.

Apa yang berlaku selepas itu adalah, video tersebut akan diekstrak di dalam telegram.

cara save video dari twitter

Langkah 8 Untuk simpan video tersebut dalam galeri kamera telefon korang, klik pada video tersebut dan klik pada Save to Camera Roll.

Siap!

cara save video dari twitter

Kesimpulan

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan macam mana cara save video dari twitter melalui laptop dan juga smartfon. Saya harap anda boleh ikut step by step sebab ianya sungguh mudah. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.

follow me

Kategori

|

Sponsored

|

Arkib Post

Servis PRO

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest