Cara Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Cara Daftar Akaun Shopee | Shopee antara laman web ecommerce yang paling popular setanding dengan Lazada walaupun Shopee bermula lewat 3 tahun dari Lazada. Boleh baca Shopee vs Lazada jika korang nak tahu perbezaan Shopee dan Lazada.

Walaupun Shopee ni bermula tahun 2015, tapi masih ramai lagi yang tidak tahu cara nak daftar akaun Shopee samaada untuk membeli atau menjual. Untuk pendaftaran akaun sebagai seller di Shopee saya akan tunjukkan pada tutorial yang seterusnya.

Ok?

So, tutorial kali ni saya nak tunjukkan ringkas je macam mana nak daftar akaun Shopee untuk membeli barang saja dulu.

Takkan nak tengok orang beli kat Shopee je kan?

Cara Daftar Akaun Shopee Paling Mudah

cara daftar akaun shopee

Untuk daftar akaun, kita tak boleh nak daftar direct melalui applikasi Shopee. Nak tak nak kita daftar dulu melalui laman web Shopee di laptop ataupun di desktop

Langkah 1 Pergi ke laman website rasmi Shopee dan klik pada link daftar pada menu di atas.

cara daftar akaun shopee

Langkah 2 Masukkan nombor telefon di sini dan klik pada butang “seterusnya”.

cara daftar akaun shopee

Langkah 3 Nanti Shopee akan menghantar kita satu kod OTP melalui SMS di mana kod ni kita perlu masukkan pada arahan yang seterusnya.

Langkah 4 Lepas dah masukkan kod OTP, masukkan password pilihan anda. Piawaian password perlu ada 8 hingga 16 huruf kecil DAN huruf besar.

Lepas dah masukkan password, klik pada butang Continue untuk pergi ke langkah yang seterusnya.

Langkah 5 Kemudian semak dalam email Shopee akan menghantar kita satu link untuk pengesahan. Klik je pada link pengesahan tersebut untuk sahkan kita telah mendaftar akaun di Shopee.

Siap! Itu saja.

Kenapa Perlu Daftar?

Sebelum saya akhiri artikel ni, di sini saya nak share sikit kenapa korang perlu daftar akaun di Shopee.

  1. Senang untuk membeli barang.
  2. Harga lebih murah di pasaran.
  3. Banyak diskaun termasuk shipping percuma untuk sesetengah barang.
  4. Banyak barang ada. Nak apa? Cari je.
  5. Tidak perlu risau kena scam oleh seller.

Jadi saya harap walaupun perkongsian saya ni ringkas je, dapat membantu korang yang tidak tahu cara nak daftar akaun di Shopee. Bukan semua orang atas dunia ni celik dengan IT zaman sekarang.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top