Macam mana cara semak baki Touch n Go dalam IC kita? Jika korang belum tahu, sebenarnya IC ataupun MyKad kita boleh dijadikan sebagai kad TnGO. Jadi, jika korang suka bayar tol melalui TnGO, korang tak perlu lagi nak ada dua kad dalam satu masa iaitu kad Touch n Go dan juga IC. Korang hanya perlukan kad IC tu je.
Kemudian, mungkin dalam kalangan korang ada yang pernah guna TnGO ni satu ketika dulu. Disebabkan dah lama tak guna, jadi korang dah lupa berapa baki yang masih ada dalam kad Touch n Go korang tu.
Jadi, dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara macam mana korang boleh semak baki Touch n GO dalam IC ataupun dalam MyKad.
Apa itu Touch n GO?
Sebelum saya pergi tutorial macam mana nak semak baki Touch n Go dalam IC ni, jom kita berkenalan dulu apa itu Touch n GO.
Touch n Go adalah satu kad pintar pembayaran tanpa sentuh yang pertama dicipta di Malaysia iaitu pada 18 Mac 1997.
Kemudian, kad Touch n Go inilah yang menjadi perintis kepada kad kredit/debit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.
Asalnya kad Touch n Go ni digunakan untuk industri pengangkutan seperti bayar tol, bayar parkir atau mana-mana yang ada lambang TnGO ni kita boleh gunakan untuk pembayaran pantas.
Namun, pada Julai 2017, pihak Touch n Go melancarkan pula Touch n Go eWallet di mana applikasi ni boleh digunakan untuk bayar bermacam-macam seperti bil elektrik TNB, minyak petrol, Lazada dan sebagainya. Ada banyak. Nanti korang boleh explore sendiri.
Cara Semak Baki Touch n GO Dalam IC
Sebelum korang boleh semak baki touch n go dalam IC, apa yang perlu korang buat terlebih dahulu adalah linkkan MyKad dalam applikasi Touch ‘n Go eWallet. Lepas dah linkkan kad dalam applikasi tersebut barulah korang boleh semak berapa baki.
Jadi di bawah ni saya tunjukkan macam mana nak linkkan MyCard dalam applikasi tersebut.
Langkah 1 Pertama sekali korang perlu download dulu applikasi Touch ‘n Go eWallet samaada di app store atau play store.
Lepas dah download korang buka applikasi tersebut dan buat pendaftaran. Dalam tutorial ni saya tak tunjukkan macam mana cara nak daftar.
Korang boleh explore sendiri.
Langkah 2 Lepas dah siap daftar dan login ke dalam applikasi Touch ‘n Go eWallet, scroll down ke bawah sikit dan klik pada butang More.
Langkah 3 Kemudian, scroll down ke bawah sehingga pada bahagian Transportation, klik pada butang TNG Card.
Langkah 4 Lihat pada bahagian bawah sekali klik pada butang Got It, Add Card Now.
Langkah 5 Sekarang pada bahagian ni ada dua bahagian korang perlu isi iaitu:
- 10-digit Card Serial No.
- Preferred Card Name
Ok. Di mana kita boleh dapatkan 10-Digit Card Serial Number tu?
Untuk pertama kali, korang perlu topup terlebih dahulu nilai TnGO dalam myKad korang tu sebab kita nak dapatkan 10 digit nombor siri tersebut. Buat sekali sahaja benda ni.
10 digit nombor siri tersebut terletak pada resit semasa kita reload dan korang tengok pada Mfg No. Jadi, itulah nombor siri yang perlu kita masukkan.
Untuk reload pula, korang boleh reload di Seven Eleven. Saya percaya di setiap kawasan korang ada kedai Seven-E ni. Jadi tak jadi isu untuk hal tersebut.
Klik dan rujuk pada gambar.
Lepas dah siap masukkan nombor siri dan juga nama kad, klik pada butang submit.
Langkah 6 Pada bahagian ni pula korang boleh abaikan sebab yang ni untuk kita tambah kad bank untuk kita tambah nilai secara auto dalam TnGO eWallet kita.
Tutorial yang ni saya akan tunjukkan pada video yang akan datang.
Untuk skip, klik saja done seperti yang ditunjukkan pada anak panah.
Langkah 7 Lepas korang dah klik Done pada langkah 6 tadi, sepatutnya korang dah boleh terus lihat berapakah baki TnGO yang masih ada dalam MyKad korang.
Andaikata korang terlepas pada bahagian ni macam mana nak semak baki, korang buka semula applikasi ni dan ikut semula langkah 2 dan langkah 3 di atas.
Nanti korang boleh lihat berapakah baki yang ada.
Mudah je jika tahu cara macam mana nak semak baki Touch n Go dalam MyKad kita secara online saja.
Lepas ni tak perlu susah-susah lagi pergi ke kiosk atau seven-E semata-mata untuk semak baki Touch n Go dalam IC kita ataupun dalam MyKad kita.
Soalan Lazim
Di mana boleh tambah nilai Touch n Go?
Untuk tambah nilai Touch n Go, korang boleh tambah di mana-mana kedai Seven-E yang terdekat. Saya percaya di setiap kawasan korang mesti ada kedai Seven-E.
Adakah baki Touch n Go akan luput jika lama tak digunakan?
Baki Touch n Go tidak akan luput.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.