Cara Semak CCRIS Dan Ctos Secara Online

Macam mana cara semak CCRIS dan CTOS secara online? Jika korang nak buat loan bank atau kad kredit, apa yang pihak bank tengok dulu adalah skor kredit dan juga CCRIS atau CTOS samaada korang pernah kena banned dengan mana-mana syarikat sebab masalah pembayaran dan sebagainya.

Penting ke CCRIS ni?

Yes.

CCRIS ni penting korang kena tahu dan kalau boleh semak sekurang-kurangnya setahun sekali sebab kita boleh tahu samaada kewangan kita ada masalah atau tak.

Kadang-kadang kita juga boleh kesan jika ada orang salahguna ID kita untuk buat pinjaman tapi tak bayar.

Jadi korang boleh kesan dengan lebih awal supaya masalah macam ni dapat dibendung.

Tapi, korang tahu ke tak cara semak CCRIS dan CTOS ni?

Jika tak tahu, dalam tutorial ni saya akan tunjukkan cara macam mana nak semak CCRIS dan CTOS secara online je.

Apa Itu CCRIS dan CTOS?

CCRIS adalah singkatan daripada Central Credit Reference Information System atau dalam bahasa melayu Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit.

Mereka ni berfungsi dengan menyediakan servis laporan kredit yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia.

Maklumat kita semua ni mereka kutip dari pelbagai agensi seperti pihak bank, pihak insurans, SSM, servis utiliti (Astro, air, TNB, telco) dan sebagainya.

Dari pengumpulan maklumat tersebut mereka akan nilai samaada kita ni jenis liat nak bayar hutang, tak bayar langsung sehingga tertunggak berbulan-bulan dan sebagainya.

Secara ringkasnya macam tula.

Contohnya korang ada hutang PTPTN tapi setiap bulan korang bertangguh buat pembayaran. Ini semua akan dikira dalam pemarkahan CCRIS.

CTOS ni apa pula?

CTOS ni sama je dengan CCRIS cuma CCRIS ni direct bawah Bank Negara Malaysia manakala CTOS ni dibawah syarikat swasta.

Kedua-dua fungsi sama je iaitu menyediakan laporan kredit kita.

Cara Semak CCRIS Dan Ctos Secara Online

cara semak ccris dan ctos

Langkah 1 Mula-mula pergi ke laman web Ctoscredit dan buat pendaftaran jika sesiapa yang belum buat pendaftaran lagi.

Klik je butang Sign Up dan isikan maklumat yang diperlukan untuk daftar.

Jika dah buat pendaftaran, terus login.

Langkah 2 Lepas login, sekarang ni kita berada di bahagian dashboard akaun CTOS kita dan korang cari butang Buy latest MyCTOS Score report.

cara semak ccris dan ctos

Langkah 3 Di sini tak ada apa pun korang perlu buat. Hanya teruskan pembayaran saja.

Jika ada promo code, boleh masukkan promo code dan korang akan dapat murah lagi la.

cara semak ccris dan ctos

Klik tanda pada I agree with CTOS’s dan klik pada butang Checkout.

Jika kita tengok di situ, harga untuk kita tengok status CCRIS kita ni adalah RM24.85. Ni termasuk dengan bayaran cukai.

Langkah 4 Seterusnya, kita perlu pilih pembayaran. Di sini mereka ada bagi tiga jenis pembayaran iaitu pembayaran melalui kad, pembayaran melalui online bankin dan pembayaran melalui ewallet (TouchnGo, GrabPay dan Boost)

Pilih mana-mana pembayaran yang korang rasa selesa dan selamat dan selesaikan pembayaran sehingga habis.

Langkah 5 Lepas dah selesaikan pembayaran, korang akan terus dibawa ke halaman seperti di bawah.

cara semak ccris dan ctos

Jangan tertipu dengan butang View NyCTOS Score Report sebab report akan digenerate dalam masa 1 hingga ke 5 jam setelah selesai pembayaran.

Keputusan sebenar mereka akan menghantar melalui email.

Siap!

Jika korang nak tengok dalam bentuk video, boleh la tengok video di bawah ni atau boleh tengok terus melalui channel YouTube Blog Faiz.

Cara Baca Laporan CCRIS dan CTOS

Baiklah.

Sekarang ni saya nak go through secara ringkas macam mana nak baca laporan CCRIS ni.

Bila kita dah dapatkan report tadi, cuba buka dan tengok pada bahagian ni.

cara semak ccris dan ctos

Ini adalah skor keseluruhan bagi CTOS atau CCRIS kita.

Skor penuh adalah 850 dan jika meter menunjukkan pada tanda aras hijau bermaksud skor CCRIS kita berada dalam keadaan baik dan jika kita nak buat loan bank atau permohonan kad kredit, secara kasarnya pihak bank akan meluluskan permohonan kita tersebut.

Sebenarnya dalam laporan tu juga kita boleh tengok pelbagai lagi laporan lain secara lebih detail.

Ini antara info yang ada dalam laporan tersebut.

  • Hutang dengan bank jika ada sebelum ni.
  • Hutang PTPTN
  • Corak pembayaran hutang ataupun bil samaada kita ni jenis bayar lambat atau bayar ontime.
  • Tak bayar bil juga akan tersenarai di sini dan jika di blacklist juga akan ditunjukkan di sini.
  • Info perniagaan jika korang berdaftar dengan SSM
  • Status muflis
  • Tindakkan undang-undang jika ada
  • Saman tertunggak tak bayar-bayar

Senang kata, apa saja yang melibatkan wang, semua info kita akan dipaparkan di sini.

Nanti korang boleh tengok dengan lebih jelas lagi dalam laporan tersebut.

Cara Bersihkan Rekod CCRIS

Jika korang pernah kena blacklist dengan mana-mana syarikat sebelum ni sebab tak bayar bil atau rekod CCRIS kurang cantik sebab banyak hutang tertunggak, jangan risau sebab kita boleh bersihkan rekod CCRIS kita.

Berikut antara cadangan untuk bersihkan rekod CCRIS.

#1. Gabungkan Hutang

Ni antara teknik yang disyokan oleh pakar.

Macam mana nak gunakan teknik ni?

Sebagai contoh, korang ada dua hutang kad kredit.

Gabungkan kedua-dua hutang kad kredit tu menjadi satu.

Jadi, setiap bulan kita akan jadi lebih fokus untuk membuat bayaran hutang.

#2. Bayar Dulu Hutang Tertunggak

Jika ada hutang sebelum ni, selesaikan dulu hutang tersebut.

CCRIS kita takkan cantik jika masih ada hutang tertunggak atau lebih parah lagi jika hutang tertunggak kemudian di blacklist pula oleh sesuatu syarikat.

Jadi, cuba usaha bayar dulu hutang yang tertunggak untuk bersihkan nama kita dari CCRIS.

#3. Cari Kerja Part Time

Jika korang ada kerja hakiki, cuba cari masa yang sesuai terutama hari cuti untuk buat kerja part time demi mencari duit lebih bayar hutang.

Banyak kerja part time yang boleh buat sekarang ni jadi rider Food Panda, menulis blog, buat video YouTube, buat kerja freelancer dan sebagainya.

Jika korang buat kerja part time, saya percaya korang tak mungkin lagi bertangguh untuk bayar hutang.

#4. Bina Semula Jadual Pembayaran Balik

Jika sesiapa yang terlalu banyak hutang sehingga tidak mampu menanggungnya, boleh cuba pergi bank dan minta penjadualan semula untuk membayar hutang.

Mungkin pihak bank tidak setuju tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengurangkan beban sendiri. Jika diluluskan, itu rezeki kita.

#5. Jumpa Denga AKPK

AKPK adalah singkatan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di mana mereka boleh membantu dan mencari jalan bagi menyelesaikan hutang-hutang yang korang ada.

Dari info yang saya baca setakat ni mereka dah berjaya membantu seramai 16,161 peminjam melibatkan ratusan jutaan ringgit.

Apa yang menariknya, khidmat AKPK ni adalah percuma.

Untuk dapatkan perkhidmatan mereka, boleh cuba layari laman web AKPK untuk info dengan lebih lanjut.

Kesimpulan

Jadi dalam tutorial ni saya dah tunjukkan cara macam mana nak semak CCRIS dan juga CTOS secara online.

Selain tu juga, korang dah tahu macam mana nak bersihkan rekod CCRIS kita jika rekod kita sebelum ni ditahap yang tidak bagus.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top