Tips Bertemu Bakal Mertua (Tips Power)

Apakah tips bertemu bakal mertua supaya di sayangi oleh mereka? Macam mana nak bertemu dengan bakal mertua pertama kalinya?

Oklah, pada kali ni, saya nak bagi satu tips. Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Terutama bagi yang sudah mempunyai kekasih dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Nota: Mengikut Dewan Bahasa & Pustaka, ejaan yang betul adalah mentua. Tapi dalam artikel ini saya gunakan ejaan mertua sebab ramai yang gunakan perkataan ni.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama.

Seperti yang orang jawa selalu kata, “First impression is important”,

Eh orang jawa kata ke?

Tak kisahlah…

Yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan samaada korang akan disayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua nanti.

Jika kali pertama berjumpa bakal mertua pun sudah kurang senang dengan diri korang, pastinya perjalanan korang untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit rumit.

Jadi, pastikan korang melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua.

Pengalaman Sendiri Berjumpa Bakal Mertua

Saya juga ada pengalaman sendiri berjumpa bakal mertua seorang diri.

tips bertemu bakal mertua

Saya tak tahulah dari mana kekuatan nak jumpa dengan bakal mertua ni sedangkan pada masa tu saya belum punyai apa-apa pun.

Baru je lepas habis belajar sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Belum dipanggil kerja lagi pun.

Kisahnya saya plan nak jumpa dengan bakal isteri saya ni di rumah dia termasuk dengan mak ayahnya sekali. Maksudnya bakal mertua saya la tu.

Saya pergi masa tu dalam bulan November 2016.

Naik motor EGO je time tu.

Bukan naik GTR pun atau Alphard.

Disebabkan saya dari Kelantan dan rumah bakal isteri saya tu dari Kuala Terengganu, jadi saya plan untuk pergi sehari awal.

Jadi malam tu saya bermalam di Homestay la dengan bayaran yang agak murah iaitu RM30 je.

Biasala homestay kampung je pun.

Lepas tu, keesokkan harinya lepas solat Jumaat saya pun bertolak ke rumahnya.

Tapi pagi tu saya dah plan pergi beli bermacam-macam benda di pasar raya Mydin berdekatan.

Hahaha…

Kononnya nak ambil hati bakal mertua la beli itu ini.

Tapi semua barang yang saya beli tu barang makanan je.

Bukan barang apa pun.

Kot beli barang lain dikatakan berlebih-lebihan pula.

Ok sambung.

Bila saya sampai je ke rumah bakal isteri saya ni, hati ni memang tak yah gtau la.

Berdebar gila time tu.

Saya berdebar sebab fikir macam mana nak cakap pasal kahwin nanti.

Hahaha…

Time tu tak fikir langsung pasal kena reject ke apa.

Dalam otak ni duk fikir macam mana la nak beritahu nak bawa mak ayah datang sini.

Sebab tu masa duk sana, seingat saya sampai dalam pukul 3 petang dan balik dekat pukul 7 malam.

Hahahaha…

Gila tak gila time tu.

Cuak gila nak nyatakan hasrat sebenar.

Masa duk sana tak sentuh langsung pasal nak kahwin. Cuma sembang-sembang pasal benda lain.

Tapi time nak balik tu, hasrat nak beritahu tu tercapai juga la.

Lega rasanya.

Nak tahu ayat saya macam mana nak balik tu?

Masa nak salam tu saya just beritahu, “Pakcik, nanti nak bawa mak ayah mari sini”.

Itu je ayat saya bagi.

Mujurla ayah mertua saya ni jenis mudah faham dan tak cakap banyak.

Saya dah lupa apa yang dia cakap tu tapi dari ayat saya tu dia faham apa yang saya maksudkan.

Nak tiru tips ni?

Silakan…

Tips Bertemu Bakal Mertua

tips bertemu bakal mertua,cara bertemu bakal mertua

Di bawah ni saya kongsikan pada korang beberapa tips jika nak berjumpa dengan bakal mertua supaya bakal mertua senang melihat diri kita pada pertama kali berjumpa.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua adalah pada hari-hari keraian atau “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding pada hari-hari biasa, lebih-lebih lagi jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata.

Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.

Tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan, korang yang akan “surprise”.

Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah” atau seumpamanya. Kemudian datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” korang.

Fuh…

Silap-silap kena reject pula depan kawan-kawan pula nanti. Malu saja.

Seelok-eloknya datang sendirian dan juga kenakan baju yang dianggap sopan.

Seluar jeans tak ada masalah pun.

Tapi jangan seluar jeans yang jenis koyak lutut. Baju pula cukup la yang ala kadar.

Bagi perempuan pula, saya syorkan pakai baju kurung kalau nak jumpa dengan bakal mertua.

Pada pandangan saya sendiri, perempuan yang pakai baju kurung ni sejuk je dipandang.

Ayu dia t lain macam.

Kalau tak pakai baju kurung pun, cukup la pakai seluar slack dan baju labuh punggung.

Serius.

Kalau tengok perempuan yang jenis berpakaian macam ni, mudah je cair hati lelaki terutama bakal mertua nanti.

Saya tahu, mungkin korang kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung.

Tapi, seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting.

Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua bahawa korang adalah seorang yang matang, bertanggungjawab dan tidak selekeh.

Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua melihat diri kita. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka.

Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua ialah masalah mengenai “topik perbualan”.

Macam mana nak mulakan perbualan?

Maklumlah, kita orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika korang jenis yang pendiam.

Fuh!!!

Ini memang agak kritikal. Takkan korang nak berdiam diri sahaja masa jumpa tu?

Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

Saya dahulu pun mengalami masalah ini.

Tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu.

Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.

Tapi nasib baik bakal mertua saya pula agak banyak mulut. Mujur juga sebab saya hanya jawab apa yang mereka tanya saja.

Kalau dua-dua jenis pendiam, agak susah juga la.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika korang adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua nanti, pastikan sebelum datang jumpa bakal mertua, tanya dulu bakal bini kita tu.

Apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya? Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga? Atau paling mudah, ketahui apa pekerjaan bakal mertua korang.

Dari situ bolehlah korang membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu.

Jika ibu-bapa kekasih korang tu seorang guru maka korang kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke, isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke, atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu mungkin korang kurang minat dengan isu-isu tersebut

Tetapi untuk menambat hati bakal mertua pada pertama kalinya kita perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua korang minat.

Barulah boleh “mahsyuuukkk” orang kata.

Tetapi, jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia, maka bincangkanlah isu-isu umum seperti isu semasa dan sebagainya.

Sebab tulah saya cadangkan korang berjumpa sewaktu menyambut hari raya. Banyak sikit idea boleh dibualkan termasuk topik pasal kuih raya.

Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti, pastikan korang bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua nanti. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk korang berbahas dan menunjukkan kehebatan dalam berpidato.

Bak orang kata, “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual.

Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan korang.

Mungkin korang boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan. Tak pun lepas makan tu buat la rajin-rajin sikit kemas nak bawa masuk ke dapur dan tolong cuci sekali.

Tapi saya pasti bakal mertua korang akan suruh tinggal situ je tak perlu kemas dan basuh pinggan.

Itulah adab sebenarnya.

Maniskan jika kita hidup dalam penuh beradab ni?

Yer, mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan. 🙂

Tak percaya?

Cubalah…

Tips #5: Beli Buah Tangan

Masa nak datang ke rumah bakal mertua tu, jangan la pergi dengan tangan kosong je.

Ada je yang pergi ke rumah bakal mertua dengan tangan kosong tak bawa apa-apa.

Tak elok la macam tu orang kata kan?

Walaupun tak wajib beli buah tangan, tapi bagi saya adab nak menziarahi rumah orang tertutama rumah bakal mertua ni, beli la apa-apa buah tangan yang patut.

Biasanya buah tangan ni beli je buah-buahan, keropok atau apa-apa saja yang boleh dimakan segera pada masa tu.

Nanti korang sampai sana mungkin mereka boleh hidang terus dan makan bersama.

Kalau nak beli buah tu, pastikan tanya dulu bakal isteri kita buah apa bakal mertua kita suka.

Sebab tak semua orang suka buah epal dan tak semua orang suka buah anggur.

Jadi, nak tarik lebih perhatian bakal mertua pada kita, beli buah-buahan yang mereka minat.

Penutup

Baik!

Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu perkongsian tips bertemu bakal mertua supaya plan korang nanti berjalan dengan lancar dan tidak kekok untuk bertemu pertama kalinya.

Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Kalau bernasib baik, kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top