Bagaimana cara tukar password Unifi atau streamyx? Sebenarnya pada awal-awal nak tukar ia memang agak rumit sebab tak tahu cara bagaimana. Bila dah belajar cara nak tukar password pada line TM kita rupa-rupanya senang je.
Di sini, bila saya sebut Unifi atau Streamyx sebenarnya kedua-dua benda ni sama je. Semuanya produk dari TM. Jadi harap anda tidak pening kepala dan tutorial ini boleh digunakan untuk tukar kedua-duanya.

Cara Tukar Password Unifi
Untuk buat penukaran password ni, apa yang anda perlukan adalah laptop atau PC. Nak buat kat tablet atau smartfon anda pun boleh juga tapi disebabkan ia screen bersaiz kecil, jadi ia agak susah nak buat kerja.
Jadi, terpulang pada anda mana lebih mudah.
Langkah 1 Pastikan anda sambung laptop anda dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
Langkah 2 Buka laman web ATAU ip address 192.168.1.1. Taip di browser ip address tersebut.
Langkah 3 Masukkan info login dan password.

Untuk bahagian login, masukkan “tmadmin”
Untuk password pula, masukkan “adm@xxxx” di mana “X” tu anda boleh ambil router Unifi anda (Original dari pihak TM) kemudian lihat nombor di belakang router tu ada tulisan MAC ID.

Ambil nombor 4 digi terakhir di belakangnya,
Maka, sebagai contoh penuh di sini ia akan jadi “adm@1234”
Lepas dah masukkan, klik butang login.
Langkah 4 Pergi ke menu SETUP » Wireless Connection » Manual Setup.

Langkah 5 Lepas dah klik pada manual setup sebentar tadi, anda lihat pada bahagian ADVANCE WIRELESS — SECURITY SETTINGS dan klik pada Security Settings.

Langkah 6 Jadi, di sinilah tempat untuk anda tukar password pada router unifi atau streamyx anda.

Lihat pada bahagian WPA/WAPI passphrase. Tukar password anda di sini. Anda juga boleh lihat password semasa dengan klik link Click here to show. Nanti ia akan paparkan password unifi atau streamyx anda.
Siap!
Kesimpulan
Dalam tutorial ini, anda telah belajar cara bagaimana nak ubah password wifi pada router unifi di rumah anda. Buat sendiri je.
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Leave a Reply