Cara Mohon Unifi Mobile – Unlimited Internet

Macam mana cara mohon unifi mobile ni? Sebenarnya unifi mobile ni dah lama wujud kira-kira setahun yang lalu iaitu pada awal tahun 2020. Sebenarnya banyak kelebihan Unifi Mobile ni. Nanti kita akan bincangkan topik apa kelebihan unifi mobile.

Tapi macam mana anda boleh mohon unifi mobile ni sebab cara mohon unifi mobile ni tidak sama di mana anda tidak boleh buat di kaunter sebaliknya anda kena buat sendiri. Hanya sim kad yang anda boleh collect di kaunter.

cara mohon unifi mobile

Jadi, tutorial kali ni saya akan tunjukkan macam mana cara nak mohon Unifi Mobile ni dengan cara paling mudah.

Cara Mohon Unifi Mobile

Untuk mohon unifi mobile ni, anda perlu download applikasi samaada android atau iOS sebab nak mohon ni anda perlu mohon melalui aplikasi mereka.

Jadi, ikut step di bawah.

Langkah 1 Pertama sekali anda klik pada unifi@mobile dan anda akan lihat seperti gambar berikut.

Untuk memohon sim baru, klik pada “I want ti Get A Sim”.

cara mohon unifi mobile

Langkah 2 Klik pada butang I want to start now.

Sebelum tu anda boleh baca dulu di sini kelebihan Unifi Mobile.

cara mohon unifi mobile

Langkah 3 Masukkan info peribadi anda seperti nombor IC dan nama.

Lepas siap, klik pada butang next.

cara mohon unifi mobile

Langkah 4 Kemudian, anda mesti sahkan alamat email anda.

Masukkan alamat email dalam ruang yang telah disediakan.

cara mohon unifi mobile

Langkah 5 Nanti sistem akan menghantarkan satu code sebagai pengesahan email.

Semak sekarang dalam email dan anda akan dapati ada nombor dari Unifi sebanyak 6 digit.

Masukkan nombor tersebut dalam ruang yang telah disediakan.

Lepas dah masukkan, klik pada butang NEXT.

cara mohon unifi mobile

Langkah 6 Di sini pula, anda perlu masukkan nombor telefon, jantina, dan alamat rumah atau alamat surat menyurat.

Lepas dah siap masukkan, klik pada butang confirm.

cara mohon unifi mobile

Langkah 7 Pada bahagian seterusnya, anda diminta untuk pilih nombor yang anda berkenan.

Jika anda nak kekalkan nombor yang sediaada pun boleh. Tiada masalah cuma nanti proses akan jadi lambat sikit berbanding jika anda pilih nombor baru.

Lepas dah siap pilih nombor yang berkenan, klik pada butang next.

cara mohon unifi mobile

Langkah 8 Sini pula anda boleh tambah order sim kad yang anda nak beli.

Jika tak mahu tambah sim lain, klik pada butang Next.

cara mohon unifi mobile

Langkah 9 Seterusnya, anda diminta untuk sahkan pesanan anda dengan klik pada butang confirmation.

cara mohon unifi mobile

Langkah 10 Pada halaman yang seterusnya pula, anda diminta untuk pilih di mana anda nak ambil sim ni samaada nak dihantar ke rumah terus atau Self Pickup.

Cadangan saya pilih self-pickup iaitu anda ambil sim tersebut di mana-mana cawangan TMpoint berdekatan sebab anda mesti aktifkan sim ni di cawangan mereka juga.

Kemudian klik pada butang Confirm.

cara mohon unifi mobile

Langkah 11 Pada halaman terakhir ini sebelum buat pembayaran, anda boleh lihat sekali lagi review pesanan yang anda buat.

Semak alamat, nama dan sebagainya adalah betul supaya tiada masalah kemudian hari.

Jika dah puas hati, klik pada butang Confirmation

cara mohon unifi mobile

Langkah Akhir Akhir sekali, buat pembayaran sehingga selesai.

Siap!

cara mohon unifi mobile

Maaf untuk pembayaran saya tidak tunjukkan sebab mudah je. Kalau anda ada masalah pada bahagian pembayaran sila tinggalkan komen di bawah.

Ikut pengalaman saya, hanya tunggu masa selama 3 hari sahaja untuk siap.

Jika dah siap nanti mereka akan menghantar email atau SMS untuk anda collect sim kad Unifi Mobile di cawangan TMpoint yang telah anda pilih.

Pada artikel akan datang, saya akan tulis pula kelebihan dan kekurangan Unifi Mobile ni.

Kesimpulan

Dalam artikel ini, saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana nak mohon Unifi Mobile. Jadi, ikut langkah-langkah yang telah saya tunjukkan di atas ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top