Cara Tutup Last Seen Whatsapp

Macam mana cara tutup last seen Whatsapp? Sebelum tu saya nak terangkan di sini apa maksud last seen di Whatsapp sebab ramai yang masih tidak tahu apa maksud sebenarnya dan apakah fungsinya.

Last seen di Whatapps bermaksud bilakah kali terkahir kita lihat Whatsapp kita. Jadi, benda ni boleh dilihat oleh orang lain jika tidak setting dengan betul. Bagi mereka yang sukakan privasi, memang sesetengah mereka akan tutup fungsi last seen ni sebab tak nak orang lain tahu bila kali terakhir mereka di Whatsapp.

Contoh last seen korang boleh tengok di bawah ni.

cara tutup last seen whatsapp

Gambar di atas menunjukkan last seen bagi pemilik nombor tersebut adalah pada “yesterday at 3:26 PM”.

Saya harap korang dah faham maksud last seen di Whatsapp.

Jadi, dalam tutorial pada kali ini saya akan tunjukkan tutorial macam mana nak setting last seen ni samaada korang nak benarkan orang lain tengok korang punya last bila di Whatsapp ataupun tidak.

Cara Tutup Last Seen Whatsapp

cara tutup last seen whatsapp

Tutorial yang saya buatkan ni fokus kepada iPhone sahaja dan cara untuk di Android pun lebih kurang sama je.

Jadi, kepada pengguna Android yang tidak faham nanti, boleh la tinggalkan komen di bawah. Nanti saya jawab di sana.

Langkah 1 Buka dan login Whatsapp

Langkah 2 Pergi ke bahagian Settings

Langkah 3 Pilih submenu “Account”

Langkah 4 Pilih “Privacy”

Langkah 5 Klik pada “Last Seen”

cara tutup last seen whatsapp

Pada bahagian last seen tersebut, korang akan diberikan tiga pilihan iaitu

  • Everyone – Sesiapa saja boleh lihat bila kali terakhir kita di Whatsapp
  • My Contacts – Hanya senarai contact kita saja boleh lihat bila kali terakhir kita di Whastapp
  • Nobody – Tiada siapa boleh tahu bila kita kali terkahir di Whatsapp

Korang pilih je mana-mana piliha yang korang rasa nak privasi.

Lepas kita dah setting seperti yang saya tunjukkan di atas, info last seen korang tidak akan ditunjukkan lagi dah lepas ni dan orang lain tidak akan tahu bila kali terkakhir korang login ke dalam akaun.

Untuk info tambahan korang, cara ni juga kita boleh tutup status “Online” jika kita sedang menggunakan Whatsapp. Jadi orang lain tidak akan tahu samaada kita sedang tengok Whatsapp ataupun tidak.

Jika korang tidak faham dengan tutorial yang saya tulis di sini, korang boleh rujuk juga video di bawah ni.

Kebaikkan dan Keburukkan Tutup Last Seen Whatsapp

Sebelum korang nak tutup last seen di Whatsapp, ini keburukan dan kebaikkan yang korang perlu tahu.

#1. Kebaikkan

  • Hidup kita rasa lebih privasi
  • Orang boleh tahu bila kali terakhir jika kita dalam kecemasan
  • Customer lebih percayakan bila lihat last seen seller

#1. Keburukkan

  • Menyukarkan orang lain untuk siasat bila kali terkakhir jika kita dalam kecemasan
  • Customer boleh lari dan kurang percaya pada seller yang tiada last seen
  • Orang lain senang nak ceroboh privasi hidup kita

Soalan Lazim

Patutkah last seen Whatsapp ditutup

Bagi saya ia bergantung pada keadaan. Jika korang guna Whatsapp untuk tujuan personal dan hanya untuk mesej kenalan, tutup last seen adalah lebih baik untuk menjaga privasi. Jika korang seorang bisnes, last seen patut dilihat oleh customer.

Apakah kesan sampingan jika tutup last seen di Whatsapp?

Kesan sampingannya adalah, jika korang turn off last seen di Whatsapp, korang juga tak dapat lihat last seen orang lain walaupun orang tersebut turn on last seen mereka.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top