Macam mana cara order grab car? Soalan ni masih lagi tertanya-tanya dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun Grab untuk mengangkut penumpang ni dah lama wujud di Malaysia. Ini kerana kadang-kadang rakyat Malaysia ni “sombong” tak nak ambil tahu tentang kemudahan terkini sebab masing-masing sudah ada kenderaan sendiri.
Tapi, kadang kala kita lupa yang kita akan perlukan bantuan lain juga bila tiba masanya. Bukan selalunya kita senang atas dunia ni. Kat Syurga boleh la.
Sebagai contoh. Saya pernah naik kereta api dari Tanah Merah ke Gua Musang. Saja jalan-jalan makan angin. Tujuan utama adalah nak naik kereta api baru tu sebenarnya. Sampai je di stesen kereta api Gua Musang, saya dah lost tak tahu kat mana nak tuju.
Kebetulan masa tu di stesen kereta api, tiada orang dan juga kenderaan untuk saya tumpang. Jadi, waktu-waktu beginilah kita kena tahu cara nak guna Grab Car ni.
So, pada artikel kali ni, saya nak tunjukkan cara macam mana cara kita nak order Grab car ni sehingga korang berjaya sampai ke destinasi yang hendak dituju.
Dulu jika kita hanya kenal Grab Food, tapi Grab kini sudah ada pelbagai servis yang telah mereka sediakan. Ini menunjukkan syarikat Grab ni sangat kukuh.
Sebelum kita mulakan tutorial, jom kita tengok kelebihan Grab Car ni.
Kelebihan Grab Car
Dulu untuk pengangkutan personal, kita hanya ada teksi saja. Dulu mana ada persaingan ni. Sebab tulah teksi ni caj harga kaw-kaw sehingga membebankan penumpang. Saya kata ni sebab saya dah pernah kena.
Jom kita lihat kelebian Grab Car.
- Senarai harga yang siap ditunjukkan sebelum kita naik. Jadi, tak perlu kita nak berteka-teki lagi berapa harga caj yang dikenakan.
- Ada pelbagai pilihan pembayaran iaitu melalui CASH, debit/credit kad, online payment (FPX), dan juga Grab Pay.
- Mempunyai driver yang cemerlang sebab jika mereka tak cemerlang kita sebagai customer boleh berikan rating yang buruk pada mereka. Tapi, jika mereka bagus, kita boleh bagi rating yang tinggi.
- Driver Grab di Malaysia ni boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka ada di mana-mana saja. Mungkin salah sorang kawan kita. Mana tahu kan?
- Kadang kala, kita boleh kumpul point dan point tersebut kita boleh gunakan untuk order Grab.
- Garb tidak mengenakan caj tambahan seperti Teksi. Sebagai contoh teksi akan kenakan caj tambahan bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi.
- Setiap kereta grab ni, saya perhatikan memang bersih. Memang mereka perlu jaga kebersihan sebab customer boleh bagi rating pada mereka.
Ada lagi kelebihan Grab yang korang nak tambah?
Silakan tambah di ruangan komen.
Cara Order Grab Car
Untuk order grab ni, korang hanya boleh buat melalui applikasi Grab Car sahaja. Tak ada versi website. Jadi, sediakan telefon korang untuk mulakan tutorial ini.
Langkah 1 Pertama sekali, korang perlu download terlebih dahulu applikasi Grab Car melalui link yang saya sediakan sebab nak download link Grab ni dia pelik sikit. Korang takkan jumpa di Play Store atau Google Play.
Download sini » Applikasi Grab Car
Lepas dah download, daftar akaun dalam applikasi tersebut sebelum kita dibenarkan untuk menggunakan applikasi Grab.
Cara nak daftar tak susah pun. Korang hanya perlu follow saja arahan yang diberikan. Jadi di sini saya tak tunjuk sebab tak nak nampak serabut.
Saya hanya fokus pada cara order Grab car sahaja.
Langkah 2 Lepas dah siapa daftar, login masuk ke dalam applikasi tersebut mengikut info yang telah korang daftar sebelum ni.
Langkah 3 Lepas login masuk ke dalam applikasi Grab, korang akan lihat paparan seperti berikut dan cari icon Car.
Klik pada icon tersebut.
Untuk info korang, jika kita tengok di sini, bermacam-macam benda kita boleh buat dalam applikasi Grab ni.
Bukan untuk order Grab Car saja.
Langkah 4 Kemudian, boleh cuba baca polisi yang ditulis demi keselamatan.
Baca je sampai habis sebab bukan banyak pun dia tulis. Tak sampai seminit.
Lepas dah siap baca, klik pada butang “I Accept” pada bahagian bawah sekali.
Langkah 5 Sebenarnya, sistem Grab ni dah detact lokasi kita berada sekarang ni dengan tepat. Itu berdasarkan pengalaman saya la. Kalau lari lokasi pun, tak jauh sangat.
Bulatan biru tu tanda tempat kita berada sekarang. Andai kata korang nak set tempat lain, nanti kita boleh setting kemudian.
Apa yang perlu kita buat sekarang, kita masukkan lokasi di mana kita nak pergi. Untuk hal tersebut, kita klik pada “Where to?”
Langkah 6 Seterusnya, korang taip saja lokasi yang korang nak pergi tu di ruangan yang telah disediakan.
Jika dah jumpa lokasi, klik je pada lokasi yang korang nak pergi tu.
Kemudian, klik pada butang Cari.
Langkah 7 1 – Jika lokasi yang korang berada sekarang ni tidak tepat atau nak ubah lokasi lain, klik je pada lokasi sekarang dan korang boleh ubah situ (rujuk video untuk lebih faham)
2 – Jika korang ada apa-apa nota nak beritahu pada Driver, tulis je nota di sini. Biasanya korang boleh bagi hint pada driver supaya senang nak cari korang. Sebagai contoh korang boleh tulis “Saya tunggu tepi batu besar pakai baju warna coklat”
3 – Jika semuanya dah settel, klik pada butang Confirm Pick-Up
Langkah 8 1 – Yang ni menunjukkan laluan dari lokasi korang ke destinasi yang dituju.
2 – Bila korang klik pada View All, korang boleh pilih kenderaan macam mana yang korang nak. Nak cerita pun susah, nanti korang cuba sendiri.
3 – Ni adalah jumlah yang perlu korang bayar. Jangan bayar lebih jika Driver minta kecuali korang sendiri nak bagi Tips.
4 – Jika nak ubah cara pembayaran, boleh ubah sini. (rujuk video untuk lebih lanjut)
6 – Jika ada offer, boleh klik sini.
8 – Jika nak insurace dari Grab, boleh klik sini untuk tambah.
9 – Bila semuanya dah selesai, klik saja pada butang Book GrabCar.
Lepas klik pada Book GrabCar tadi, korang perlu tunggu sehingga sistem mencari driver yang berdekatan untuk ambil order korang.
Itu saja.
Jika ada kemusykilan dan tutorial di atas ni kurang jelas, kornag boleh rujuk video di bawah yang saya buatkan ni untuk lihat tutorial dengan lebih jelas lagi.
Cara Bagi Rating Pada Grab Driver
Lepas kita dah selesai ataupun dah sampai di destinasi kita, sistem Grab akan menyuruh kita untuk berikan rating pada Grab driver tersebut.
Bagi saya bagi rating ni agak penting sebab dengan rating ni ia dapat membantu pengguna lain dan juga meningkatkan kualiti Grab driver.
Jadi, kita ambil masa kita yang tak sampai 2 minit pun untuk berikan rating pada mereka.
Ikut langkah berikut untuk berikan rating pada mereka.
Langkah 1 Buka applikasi Grab Car kita.
Langkah 2 Klik pada menu Activity yang terletak pada bahagian bawah.
Langkah 3 Kemudian berilah berapa bintang yang korang nak bagi berdasarkan pengalaman korang naik dengan driver tersebut.
Jika tak jelas boleh lihat video di bawah ni.
Cara Hubungi Grab Car
Jika anda mempunyai apa-apa soalan ataupun masalah mengenai Grab yang anda order, pihak HQ Grab akan sedia membantu anda.
Untuk hubungi Grab Car, boleh pergi ke halaman hubungi GrabCar.
Untuk akses direct ke Help Centre, anda boleh ikut cara di bawah.
- Buka applikasi Grab Car.
- Klik pada Account.
- Scroll down kebawah sehingga anda terjumpa Help Centre dan klik butang tersebut.
- Pada akhir halaman, klik pada butang Call Us untuk sambung ke unit kidmat pelanggan Grab Car dengan segera.
Pembatalan Grab Car
Boleh ke buat pembatalan order Grab? Jawapannya adalah boleh. Namun, anda perlu tahu ada beberapa perkara jika ingin membatalkan pesanan Grab.
- Pembatalan boleh dilakukan oleh Driver atau Penumpang.
- Driver dibolehkan untuk batalkan pesanan client jika client lambat lebih dari 5 minit dari lokasi pick up point.
- Penumpang juga boleh batalkan order. Namun, jika penumpang batalkan order lebih dari lima minit, caj pembatalan akan dikenakan antara RM3-RM5.
Nasihat saya, sila fikir dahulu sebelum buat tempahan sebab jika korang batalkan pensanan takut ia akan menganiaya Driver Grab yang mencari makan.
Soalan Lazim
Macam mana cara download applikasi Grab Car?
Untuk download applikasi Grab Car, korang boleh klik sini Download Sini kemudian pilih samaada nak download melalui Play Store atau App Store.
Adakah applikasi Grab Driver sama fungsi?
Tidak sama. Applikasi Grab Driver hanya untuk partner dengan Grab sahaja. Sebagai customer yang suka order, kita perlu download applikasi melalui link yang saya berikan.
Boleh ke order Grab untuk orang lain?
Jawapannya adalah boleh. Anda hanya perlu buat perkara yang sama jika ingin order untuk orang lain. Cuma pada bahagian current location anda hendaklah masukkan alamat secara manual iaitu dengan alamat orang yang nak menaiki Grab tersebut.
Boleh ke nak batalkan order Grab Car?
Secara ringkas Ya. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Pembatalan hanya boleh dilakukan kurang dari lima minit masa order bermula. Jika lebih, korang akan dikenakan caj pembatalan antara RM3-RM5. Fikir panjang terlebih dahulu sebelum order Grab. Nanti anda akan menganiaya Grab Driver.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.
Macam mana kita buat Booking untuk perjalanan 3 minggu sebelum perjalanan .Boleh tak kita buat booking awal . Macam mana caranya. Macam mana kita tahu jangka masa pemandu datang pickup kita .
Macam mana kita buat booking untuk pergi ke airport pada awal pagi. Boleh tak kita buat booking awal. Macam mana caranya. Macam mana kita tahu jangka masa pemandu datang pickup kita .