Cara Semak Halal Jakim Malaysia Dengan Mudah

Macam mana cara semak halal makanan yang kita beli di kedai ataupun di pasar raya? Walaupun benda ni tidak wajib korang tahu, tapi sekurang-kurangnya jika kita was-was dengan sesuatu produk dapat kita elakkan dengan cara semak status halal.

Sebagai contoh.

Dalam produk Marshmallow, secara majoritinya bahan Marshmallow mengggunakan galetin haiwan untuk menjadikan Marshmallow tersebut gebu dan sedap.

Kalau guna gelatin haiwan yang halal tak apa la.

Tapi kalau guna gelatin daripada haiwan yang haram kita makan?

Balik awal la jawabnya…

Jadi, bila dalam situasi ni kita tahu macam mana nak semak samaada produk tersebut di iktiraf halal jakim atau tak.

Definisi Makanan Halal

Sebelum tu mari kita tengok, belajar dan fahami dulu konsep makanan halal. Jika korang tak nak tambah ilmu tentang halal haram makanan, boleh terus tengok tutorial cara semak halal dengan Jakim Malaysia.

Dalam islam dah tentukan garis panduan untuk menentukan definisi makanan yang halal.

Antaranya adalah:

  1. Makanan yang tidak mengandungi haiwan yang diharamkan dalam islam dan disembelih mengikut syarak.
  2. Tidak mengandungi najis (semua jenis najis termasuk anjing dan babi)
  3. Alatan memasak yang digunakan bebas dari sumber yang berasaskan najis sebab banyak peralatan memasak diperbuat daripada khinzir.

Pandangan Ulama Penentuan Makanan Halal haram

Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan menetapkan 10 jenis binatang yang haram. Ayat ini menjadi panduan dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan dan produk disamping ayat-ayat lain yang hanya
menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram.

Info di bawah ni saya buat rujukan dari laman web rasmi UKM. Jadi saya berikan kredit pada mereka dan sama-sama kita timba ilmu di sini.

Berikut merupakan makanan haram di sisi syarak.

#1: Bangkai

Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang
memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

#2: Darah Yang Mengalir

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orangorang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan
atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

#3: Daging Babi

Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Maka
tepatlah apa yang ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud :
“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor.” (al-A’raf: 156)

#4: Binatang Yang Disembelih Bukan kerana Allah

Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan
menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala Kaum penyembah berhala
(watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut namanama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain
Allah dan menyembah kepada selain asma’ Allah yang Maha Besar.

#5: Al-Munkhaniqah

Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit
leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan
sebagainya sehingga binatang tersebut mati.

#6: Al-Mauqudzah

Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

#7: Al-Mutaraddiyah

Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Yang
seperti ini ialah binatang yang jatuh dalam perigi.

#8: An-Nathihah

An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.

#9: Maa akalas sabu

Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan
sebahagian dagingnya sehingga mati.

Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan makanan dari bilangan 5 sampai bilangan
9 ini kemudian Allah menyatakan “Kecuali binatang yang kamu sembelih,” yakni apabila
binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Oleh itu,
binatang-binatang tersebut menjadi halal sekiranya ia disembelih.

#10: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala

Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama dengan
Manshub ertinya: yang ditegakkan. Maksudnya iaitu berhala atau batu yang ditegakkan
sebagai tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah biasanya
menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut dengan
maksud bertaqarrub kepada Tuhannya.Binatang-binatang yang disembelih untuk maksud
di atas termasuk salah satu daripada jenis penyembelihan yang dilakukan bukan kerana
Allah.

Cara Semak Halal Jakim Malaysia

Sekarang jom sama-sama kita lihat macam mana nak semak halal Jakim Malaysia langkah demi langkah.

Langkah 1 Mula-mula layari laman web halal Jakim Malaysia samaada dekat phone atau di laptop. Sama je nanti.

Langkah 2 Kemudian dekat bahagian “Verify Halal Status” taip “semak status halal” dan klik pada icon kanta pembesar atau boleh klik enter.

cara semak halal

Langkah 3 Seterusnya masukkan nama negeri produk tu dibuat. Sebagai contoh produk A dibuat di Pulau Pinang. Jadi cari Pulau Pinang.

Pada nombor dua pula, pilih kategori samaada makanan/minuman, kilang, premis dan sebagainya. Yang ni berdasarkan apa yang kita nak cari nanti saamada kita nak cari nama produk tu atau nama premis tersebut. Di sini saya nak tahu samaada produk tu halal atau tidak saya akan pilih Produk Makanan/Minuman

Pada nombor tiga pula saya akan taip keyword nama syarikat tersebut. Nama syarikat sesuatu produk kita boleh rujuk pada bungkusan plastik makanan tersebut.

Lepas dah siap masukkan semua, klik pada icon carian ataupun boleh klik enter.

cara semak halal

Langkah 4 Seterusnya nanti dia akan keluar nama syarikat yang kita nak cari tu. Sebagai contoh di bawah saya nak cari nama syarikat yang mengeluarkan produk Marshmallow iaitu TenTen Food Manufacturing SDN. BHD.

Kemudian, nak cari semua produk halal yang diiktiraf oleh jakim, klik pada icon carian seperti dalam gambar di bawah.

cara semak halal,cara semak status halal,cara semak halal jakim

Langkah 5 Seterusnya nanti dia akan keluar popup untuk menunjukkan senarai makanan yang diiktiraf oleh Jakim untuk syarikat TenTen Manufactring.

Carilah produk yang korang nak cari tu samaada wujud dalam senarai ni ataupun tak.

cara semak halal,cara semak status halal,cara semak halal jakim

Siap!

Itu saja.

Mudah je kan?

So lepas ni kalau ragu-ragu tentang sesuatu produk, boleh terus semak di website Jakim seperti yang saya tunjukkan di atas ni.

Jika korang malas nak baca apa yang saya tulis, boleh juga tengok video di bawah ni.

Jangan lupa sambil tengok video sambil subscribe channel saya.

Penutup

Zaman sekarang ni makin susah kita nak dapatkan makanan yang betul-betul halal toyiban sebab kandungan dalam makanan yang kita makan hari ni bercampur gaul habis.

Saya tak kata semua produk makanan tapi hanya sesetengah saja.

Sebagai contoh saya pernah pergi ke Genting Highland dan di sana ada banyak jual candy, coklat dan gula-gula.

Ada satu sudut ni penuh dengan Marshmallow.

Kalau budak-budak tengok mesti la nak sebab nampak menarik.

Seperti yang kita tahu Marshmallow ni banyak keraguan sebab antara bahan utama yang digunakan untuk buat Marshmalllow ni adalah gelatin haiwan.

Jadi di sini kita kena berhati-hati sebab banyak jenis Marshmallow yang menggunakan gelatin khinzir.

Saya pernah beli dan pada malam tu saya mulai ragu-ragu tentang status halal Marshmallow tu. Apa lagi. Terus buang dalam tong sampah.

Harap lepas ni kita hendaklah sentiasa peka dengan halal haram makanan yang kita beli.

Soalan Lazim

Macam mana nak semak halal haram dengan jakim?

Untuk semak halal haram sesuatu produk makanan atau syarikat dengan semakan Jakim, boleh ikut tutorial yang saya tunjukkan di atas ni.

Halalkah jika bukan halal jakim?

Setiap negara ada persatuan islam sendiri yang menentukan halal haram sesuatu barang. Jadi, sebelum beli produk makanan dari luar negara pastikan ada tanda logo halal masing-masing. Kita manusia yang lemah hanya berpegang pada itu saja.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top