Kenali Apa Itu Domain dan Hosting

Kenali Apa Itu Domain dan Hosting | Kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan membina blog sendiri, sudah tentu korang tidak tahu dari mana nak mula sebenarnya kan?

Betul tak?

Perkara pertama yang patut korang tahu dulu sebenarnya adalah apa itu domain dan hosting kerana kedua-dua benda nilah akan menjadikan ia sebuah blog ataupun website. Tanpa kedua-dua benda ni ibarat korang nak bina rumah tetapi tak ada lot tanah dan alamat.

Kenali Apa Itu Domain dan Hosting

Pada kali ni aku nak terangkan secara ringkas dan mudah kepada korang apa itu domain dan apa itu hosting supaya korang tidak keliru.

Apa itu domain?

apa itu domain dan hosting
Image Source : Google Image

Domain adalah alamat untuk website. Sebagai contoh jika seseorang taip blogfaiz.com di web browser mereka, mereka akan pergi ke alamat web tersebut di mana ia dikenali sebagai domain.

Untuk domain ni, korang perlu pilih nama domain yang sesuai, menarik dan ringkas. Jangan nama domain yang panjang dan sudah untuk diingat kerana ia menyukarkan orang ramai untuk mengenali nama domain anda.

Apa itu Hosting?

Jika korang sudah mengenali apa itu domain, sekarang mari kita kenali pula apa itu hosting. Hosting adalah di mana tempat simpanan segala file dan database yang website kita bina. Sebagai contoh. Korang sudah membina sebuah web kemudian korang nak upload gambar dalam web. Gambar-gambar yang korang upload tadi akan disimpan ke dalam hosting. Ia bukan gambar saja, malah teks, audio, video dan apa-apa sahaja korang upload akan disimpan ke dalam hosting.

Sebab tu masa korang nak pilih hosting, ia ada pakej siap-siap. Sebagai contoh pakej A hosting storage yang ditawarkan adalah 50GB sahaja manakala pakej B hosting storage hanya 100GB sahaja. Jika storage ni penuh korang boleh upgarde hosting seperti yang disyorkan oleh pihak hosting tersebut.

Sekarang macam mana?

Sudah mengenali apa itu domain dan hosting?

Jika korang masih lagi keliru, bolehlah tingalkan komen di bawah. Nanti aku komen secara personal.

Dimana Nak Beli Domain dan Hosting?

Sebenarnya, banyak syarikat domain dan hosting ni. Ada beratus-ratus ribu syarikat penyedia hosting ni di seluruh dunia. Korang nak pilih yang mana pun boleh sebenarnya. Tak ada masalah.

Tapi aku tak nak peningkan kepala korang. Aku syorkan korang langgan saja dari pihak NetKL kerana aku sudah berpegalaman sejak 2013 lagi dalam menggunakan servis mereka. Servis yang tiptop dan hampir 99% server uptime setiap tahun.

Kalau korang tak nak pening kepala untuk bina blog atau web sendiri, layari web rasmi SMcreative Studio. Di sini korang boleh tempah web atau blog yang korang hajatkan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top