Kerja Part Time Mudah RM1000-RM2000 Sebulan

Kerja Part Time Mudah | Hari ni aku terpanggil dan rasa nak buat satu artikel yang rasa boleh mengubah hidup korang sedikit sebanyak iaitu buat kerja part time tapi kerja yang mudah.

Maksud aku mudah di sini bukan bermakna korang goyang kaki dapat duit. Tetap kena buat kerja cuma korang tak perlu nak hadap bos, tak perlu nak start motor dan sebagainya. Hanya buat kerja dari rumah saja.

Haha…

Cara aku beritahu macam nak mengajak masuk MLM kan?

Bukan.

Ni bukan MLM atau seangkatan dengannya.

Kerja yang aku maksudkan di sini adalah review produk dan korang akan diberikan ganjaran wang tunai atau produk percuma!

kerja part time mudah

Ok aku beri penjelasan sikitlah untuk korang supaya korang nampak sikit benda ni macam mana perjalanan dia.

Untuk pengetahuan, jenama-jenama besar di luar sana seperti Dove, Head and Shoulder, Colgate, Nestle dan sebagainya mereka setiap masa mencari beberapa orang yang sanggup jadi tester mereka dan buat review di media sosial masing-masing.

Jadi, jika kita sanggup jadi tester mereka, mereka akan menghantar produk mereka tu secara percuma kepada kita dan kita terus buat review.

Ada sesetengah tu akan berikan kita hadiah samaada barang atau wang tunai jika mereka adakan contest buat post secara kreatif.

Aku nak share benda ni dengan korang sebab ada kawan aku ni hanya buat benda ni secara part time dan boleh jana RM1000-RM2000 sebulan.

kerja part time mudah

Jadi, kalau korang nak cuba, boleh ikut tutorial aku di bawah ni.

Kerja Part Time Mudah RM1000-RM2000 Sebulan

Di sini ada dua syarikat yang korang boleh follow jika nak buat kerja review ni iaitu;

Cara #1 Cara Review Dengan Home Tester Club

Sebelum korang buat benda ni, pastikan baca dulu terma dan syarat untuk Hometesterclub ni.

Langkah 1 Pergi ke laman web hometesterclub.com dan buat pendaftaran. Untuk pendaftaran ni korang akan diberi pilihan samaada nak daftar guna email ataupun Facebook.

Aku pilih email.

Langkah 2 Lepas tu korang akan dibawa direct ke halaman isi maklumat tentang korang untuk lengkapkan pendaftaran.

Antara bahagian yang perlu di isi adalah;

  1. Your Particulars – Isikan info seperti nama, tarikh lahir, password untuk login akaun dan sebagainya.
  2. Street Address – Masukkan alamat tempat tinggal kita.
  3. Bit about You – Info mengenai diri kita. Isikan semua info yang diperlukan.
  4. Last step – Pada bahagian ni korang perlu pilih seperti gambar yang aku tunjukkan di bawah. Sebelum tu cek email dahulu untuk klik link pengesahan.
kerja part time mudah

Langkah 3 Lepas korang klik pada Apply For A Test, nanti korang akan dibawa ke halaman seperti di bawah dan klik pada Apply.

kerja part time mudah

Nanti mereka akan minta sahkah alamat rumah untuk penghantaran. Semak dulu alamat rumah kita betul ke tak dan klik sahkan.

Langkah 4 Lepas tu, korang akan diminta untuk jawab beberapa sedikit survey. Supaya mereka tahu produk apa yang sesuai untuk hantar pada kita.

Langkah 5 Jika berjaya terpilih, mereka akan hantarkan email seperti berikut.

kerja part time mudah

Nanti mereka hantarkan produk tersebut dan korang perlu test dan buat review dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Cara #2 Cara Review Dengan Try & Review

Untuk korang cuba dengan Try and Review ni aku tak nak beritahu secara detail sebab ia lebih kurang sama dengan Hometesterclub.

Jadi, korang perlu daftar dan jawab beberapa survey yang telah disediakan.

Jika korang berjaya, mereka akan invite korang melalui email dan menghantar produk untuk korang cuba dan buat review.

Untuk kedua-dua syarikat ni, korang kena aktif tengok dekat IG mereka di mana mereka sentiasa post produk untuk review dan juga contest untuk korang join.

Link IG aku dah bagi kat atas ni. Nanti korang boleh usha-usha tengok.

Kesimpulan

Ada kalanya benda ni mereka akan beri korang produk secara percuma dan ada kalanya mereka akan berikan wang secara tunai.

Benda ni aku utamakan kepada mereka yang dah ada kerja dan cuba nak cari duit tambahan. Bukan untuk buat secara fulltime.

Tapi apa yang aku faham, buat fulltime pun boleh juga dan mungkin korang akan dapat lebih lagi jika betul-betul fokus dengan benda ni.

Buat kerja review ni pun best juga sebenarnya sebab korang akan dapat sesuatu produk tu secara percuma dan jika ada contest korang boleh join. Biasanya bila ada contest ni mereka akan tawarkan hadiah yang lebih lumayan lagi.

Semoga dengan artikel ni korang akan dapat idea apa perlu buat untuk dapatkan pendapatan sampingan.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top